Nabi Hud a.s merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh a.s).
Beliau diperintahkan membentuk kaum Ad yang alpa terhadap kesejahteraan
hidup duniawi sehingga tidak mengenali Tuhannya Pencipta yakni Allah
S.W.T. Nabi Hud a.s berasal daripada keluarga yang terhormat dan
berpengaruh. Beliau terkenal sejak kecil lagi kerana kelakuan yang baik,
budi pekerti yang luhur, lurus dan sangat bijaksana dalam pergaluan
bersama rakan taulannya.
Nabi Hud a.s sentiasa menyeru kaumnya untuk menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan berhala. Beliau melarang sama sekali penganiayaan sesama manusia. Kaum Nabi Hud a.s memiliki tanah kebun yang luas hasil bumi yang melimpah ruah, mereka dapat membina rumah dan istana yang tersergam indah sebagai tempat tinggal masing-masing. Akibat mengecapi kebahagiaan hidup itu mereka lupa asal-usul dan hanya tahu “berterima kasih” pada batu-batan dan tidak pada Allah S.W.T
Walaupun Nabi Hud a.s telah berusaha untuk menyeru kaumnya namun mereka tetap ingkar. Sifat takabur mereka terpahat hebat sekali sehingga tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian maka Allah S.W.T memberikan laknat atas mereka dan terbentanglah di langit yang hitam lagi panjang. Melihat keadaan yang begitu ganjil, mereka keluar dari rumah masing-masing untuk melihat awan tersebut dan berpendapat bahawa awan itu adalah awan rahmat yang menyiram dan menyuburkan tanaman mereka serta memberi minum pada ternakan mereka. Tetapi sebaliknya Nabi Hud a.s berkata kepada mereka itu bukah awan rahmat tetapi ia adalah azab dari Allah S.W.T. Maka dengan keizinan Allah S.W.T angin yang kuat serta hujan yang lebat keluar daripada awan itu selama tujuh malam dan lapan yang akibatnya membinasakan seluruh umat Nabi Hud a.s yang ingkar itu.

Setelah keadaa cuaca kembali tenang dan tanah “Al-Ahqaf” menjadi
sunyi daripada suara kaum Aad, Nabi Hud a.s meninggalkan tempat tersebut
dan berhijrah ke Hadramaut, sebagai penempatan menghabiskan sisa
hidupnya sehingga wafat. Beliau dikebumikan di sana. Makamnya masih
terletak sehingga kini, diatas sebuah bukit, di suatu tempat lebih
kurang lebih 50km dari kota Siwun. Para penziarah datang berama-ramai,
terutamanya pada bulan Syaban setiap tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan