Rabu, 14 Mei 2014

10 PERKARA RAKYAT MALAYSIA KURANG AJAR.

Di bawah ini aku senaraikan 10 Tabiat Biadap atau kelakuan buruk kurang sopan orang Malaysia yang dicatatkan oleh akhbar The Star. Apabila aku  perhatikan satu persatu, kebanyakkan tabiat-tabiat buruk yang dicatatkan itu bukannya dilakukan oleh orang Malaysia pun, tetapi perangai buruk dan biadap itu boleh jadi dilakukan oleh pekerja-pekerja asing kelas bawahan yang  berlambak di Malaysia ini.

Namun demikian,  Jika ada, diantara kita yang mengamalkan sikap dan tabiat huruk ni,, aku ingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekelian semoga meninggalkannya demi untuk kebaikan bersama.

10 kebiadapan orang Malaysia yang dicatatkan oleh The Star mengikut olahan dan aku sendiri:-

1. Kurang ajar semasa memandu seperti memandu dengan laju, menukar lorong tanpa signal, mengekori dengan rapat dan kurang sabar dengan membunyikan hon. Sikap buruk atau perangai buruk macam ni memang dilakukan oleh orang kita dan ianya tak pilih bulu, darjat atau keturunan dan juga melepasi sempadan politik. Dia tak kira orang UMNO atau orang PAS, yang berkopiah atau berserban yang berjanggut lebat sampai ke tumit, ataupun yang tidak berjanggut, yang bertundung litup ataupun yang tidak tutup aurat, semuanya melakukan perangai buruk ini. Apabila tangan sudah pegang stereng , dunia mereka yang punya, anak bini pun kadang-kadang lupa.

2. Tidak menghiraukan papan tanda seperti dilarang makan di dalam LRT, menyalakan rokok ditempat melarang merokok, meludah merata-rata, ataupun meletak kenderaan  dikawasan dilarang parking. Ada juga yang kencing di tangga apartment dan sebagainya. Inilah jadinya jika Penguatkuasaan  tak tegas, pasal tulah kejadian kurang ajar macam ni berleluasa. Ada yang menjawab pulak, Bukan tak tegas syeikh, tetapi penguatkuasa ambil sikap "lantak ko lah, tak menyusahkan mak bapak aku sudah".

3. Merampas parking lot sedangkan ada mamat/minah lain yang sedang ready nak masuk parking. Mamat/Minah tu siap bagi Signal lagi.. Ini macam punya manusia pun ada ka? Kurang ajar betul dan mementing diri sendiri. Mahu dipulas-pulas telinga mereka yang kurang ajar macam ni.

4. Tidak memberikan tempat duduk kepada orang tua dan perempuan mengandung di dalam bas ataupun LRT. Macam iklan Adlin Aman Ramli . Tapi sekarang ni Adlin dah insaf dah semenjak kahwin ni. Aku rasa, ini bukan perangai orang Malaysia tetapi perangai Mat Bangla dan Mat Indon yang bersepah dalam bas ataupun LRT. Pengalaman aku semasa menaiki kenderaan, aku lihat orang Malaysia cukup perihatin terhadap orang Tua ataupun wanita mengandung.

5. Tidak menunggu penumpang keluar dahulu dari kenderaan awam seperti BAS ataupun LRT. Mereka terus serbu masuk sahaja sebaik sahaja BAS atau LRT berhenti. Takut ketinggalan lah tu. Dari pengalaman aku, perangai macam ni pun terdapat pada Mat Bangla dan Mat Indon. Orang Malaysia aku lihat masih sopan lagi.Masih beratur dan memberi laluan kepada penumpang yang hendak keluar dahulu.
6. Bercakap kuat semasa berbual menggunakan handphone di kawasan awam seperti wayang pulak. "Sound Trouble lah bang". Itu pasal kena bercakap kuat, kalau tidak lain pula jadinya. Bimbang nanti kita kata "Assalamualaikum Pak, tapi diambilnya kapak".

7. Tidak pegang pintu apabila menyedari masih ada yang akan menggunakan pintu yang sama. Kejadian ini boleh diperhatikan di stesen-stesen minyak. Sebaik sahaja membuka pintu stesen minyak, terus melepaskan pintu tanpa memegang walaupun menyedari ada mamat/minah lain di belakang. Nasib baik mamat/minah itu bersedia , kalau tidak berbenjol dahi dihetam tombol pintu. Ada yang bersikap egolah kononnya tak mahu dikatakan sebagai penjaga pintu pulak. "Ye le, kalau yang dibelakng tu berderet macam keretapi, sampai bila nak pegang bang?" Ada yang menjawab pulak.

8. Tidak mengucapkan terima kasih atau thank you  apabila seseorang memberikan pertolongan ataupun melakukan perkara baik kepada mereka. Entahlah, berat sangat nak ucapkan terima kasih atau thank you. Bukan sahaja thank you atau terima kasih, ucapan sorry atau minta maaf pun jarang dilakukan oleh orang kita bila melakukan kesalahan kecil. Lain kali aku cadangkan, kalau orang tak ucapkan terima kasih, maka orang yang memberikan pertolongan itu ucapkan terima kasih. Baru padan muka.

9. Amalan tidak bertimbangrasa seperti meninggalkan troli pasaraya di parking lot, mencangkung di atas mangkuk tandas dan mengotorkan tandas awam. Inipun tak boleh diambilkira. Macam aku cakap, mana-mana yang awam ni, seperti tandas awam, telefon awam, pengangkutan awam, kita berkongsi dengan Mat Bangla dan Mat Indon yang datang kerja kontrak atau pengawal di negara kita ini. Kebanyakkan mereka ni tahap pelajarannya rendah.

10. Selalu lewat. Ni memang tabiat orang kita. Namun demikian satu sahaja yang tak lewat iaitu apabila memandu kenderaan. Apabila memandu mereka akan cuba untuk sampai secepat yang boleh. Itu pasallah tabiat memandu laju, memotong barisan, tukar lorong ikut suka, mengekori rapat dan sebagainya.

Inilah 10 tabiat buruk atau dikira biadap yang didakwa oleh The Star dilakukan oleh orang Malaysia. Namun demikian, bukan nak puji diri sendiri, alhamdulillah semua sifat atau sikap biadap ini masih belum aku amalkan lagi. Akan datang aku tak tahulah. Kebanyakkan sifat buruk ni bukan semuanya dilakukan oleh rakyat Malaysia, tetapi oleh pendatang asing kelas bawahan. Mereka ni bukannya tahu adat sopan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin