Puasa
dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam. Ibadah
ini tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang telah baligh dan
sihat akalnya.
Bagaiman
kalau wanita hamil tidak sanggup mengerjakannya atau menggantikannya
pada hari-hari lain dengan berpuasa atau apakah gantinya itu bebentuk
lain??
Untuk mendapatkan keterangan, mari kita lihat ayat Al-Quran tentang puasa Ramadhan:
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184:
“
Hai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana
telah diwajipkan kepada orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.
Beberapa hari tertentu sesapa diantara kamu sakit atau musafir (lalu
tidak berpuasa) hendaklah digantikan pada hari-hari lainnya; dan bagi
orang tidak mampu melalukannya, maka gantinya ialah dengan membayar
fidayah (iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap hari); dan
sesapa dengan senang hati berbuat baik, hal itu adalah baik bagi
dirinya; dan kamu berpuasa, hal itu lebih baik dari kamu jika kamu
mengetahui.”
Dari keterangan ayat di atas, orang-orang yang dimaafkan berpuasa adalah :
- Orang sakit
- Orang musafir
- Orang yang tidak sanggup melakukan
Golongan
1 dan 2, kalau tidak berpuasa, mereka harus menggantikannya pada hari
lainnya sejumlah hari-hari yang ditinggalkan. Misalnya, dalam bulan
Ramadhan sakit atau musafir selama 10 hari, lalu tidak berpuasa, mereka
hanya menggantikan 10 hari pula pada bulan-bulan lain. Termasuk dalam
pengertian sakit adalah wanita haid dan nifas.
Golongan
3, iaitu orang yang tidak sanggup melakukan puasa, penggantinya adalah
membayar denda (fidayah), iaitu memberi makan satu hari seorang kepada
fakir miskin. Orang-orang yang tidak sanggup melakukannya puasa, itu
adalah terjemahan dari ayat berbunyi;
“Menurut
sahabat Ibu ‘Abbas, yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah: “Lelaki
dan wanita usia tua bila mereka tidak sanggup berpuasa dan sebagai
gantinya ialah memeri makan setiap hari seorang orang miskin.”
)Tafsir Ibnu Katsir 1:377)
Menurut
Mazhab Shafie, wanita hamil dan menyusukan bayi apabila khuatir
mengalami bahaya maka mereka wajip berbuka, tidak paya berpuasa. Dan
dalam keadaan ini mereka hendaklah mengganda puasanya kelak.
Antara
alasan yang diberikan oleh wanita hamil, mereka berupaya melaksanakan
tuntutan ini. Ada juga yang menyatakan mereka enggan menggantikan puasa
mereka kerana tiada kawan.
Namun,
ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk
tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan
gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Jadi,
apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan
berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti
biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa.
Untuk
memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat
bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat
makanan janinnya.
Dalam
kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di
kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu
selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang
sedang dikandungnya.
Ketika
kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan
insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang
menyumbang kepada berat badannya.
Ketika
berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam
terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami
keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah
disimpan.
Seelok-eloknya,
jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa
kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar
sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.
Bagi
wanita-wanita yang hamil dan menyusui, mereka digolongkan ke dalam
orang-ornag yang tidak sanggup berpausa bila dikhuatirkan akan menggangu
kesihatan ibu dan keselamatan bayi. Tafsir Ibnu Katsir ayat 1:379
berbunyi;
“…dan
termasuk dalam pengertian ini (tidak sanggup puasa) ialah wanita hamil
dan menyusu kerana mereka khuatir atas keselamatan diri mereka dan
anaknya.”
Bagi
wanita hamil, jika dia tidak kuat berpuasa atau terganggu kesihatan
dirinya dan bayinya, dia boleh tidak berpuasa, gantinya wajib membayar
fiyah, iaitu member makan seorng miskin untuk sehari tidak berpuasa
dengan secampak beras. Fidyah ini boleh dibayar ketika itu atau pada
hari lain ketika dia mampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan