Isnin, 19 Mei 2014

INTERNET DI BERI SECARA PERCUMA KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA.

Kerajaan Selangor menegaskan bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya memberikan kemudahan internet secara percuma dan bukan emel percuma, kata Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail. Beliau mengulas projek yang dilancarkan kerajan bagi menyediakan akaun emel kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk urusan rasmi kerajaan yang dilaksanakan sebuah syarikat IT, Tricubes Bhd.
“Dengan pemberian ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan?
“Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Bagaimanapun,  laporan media hari ini mendedahkan emel yang dikatakan percuma itu, tidak percuma sepenuhnya kerana terdapat beberapa caj sampingan yang dikenakan kepada pengguna.
Rodziah dalam kenyataannya membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat.
Menurutnya, projek Emel 1Malaysia yang dijalankan kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional menunjukkan projek itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan dirancang rapi.

Malah beliau turut mempersoalkan status Syarikat Tricubes Berhad yang dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia.
“Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini? Alasan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak bahawa projek ini tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal,” katanya.
Justeru, katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya meminta kerajaan memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Pakatan Rakyat.
Projek emel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri itu  rata-rata mendapat reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.
Tinjauan  dibuat di laman sosial Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan rakyat Malaysia merasa ragu-ragu dengan inisiatif tersebut, malah turut menjadikan ia sebagai modal untuk gurauan.
Sehingga kini, di laman Facebook, Kumpulan membantah inisiatif tersebut, ’1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email’, menjangkau 40,000 penyertaan dalam tempoh kurang 48 jam, selepas projek itu diumum Najib.
Bilangannya dijangka semakin bertambah.
Menurut status-status yang ditulis pengguna laman sosial tersebut, ada yang berpendapat Emel 1Malaysia akan digunakan Najib sebagai saluran kempen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin