Antara punca utamanya ialah pengaruh
budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat
adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat
yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk
menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak
bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat
sehingga melupakan diri dan didikan agama. Situasi ini menyebabkan para
remaja masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas.
Golongan remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa sahaja
tanpa memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun
negara.
INSTITUSI KELUARGA.
Institusi
keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya gejala seks bebas dalam
kalangan remaja kini. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya
berperanan dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak
mereka. Namun demikian, pada hari ini kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk
dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan masa bersama
anak-anak mereka. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa
mengambil berat hal anak-anak mereka. Yang paling penting, ibu bapa tahu
akan peranan mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-
anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Mereka seharusnya memainkan
peranan penting dalam memberi didikan agama dan sosial dari kecil lagi
kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah atau
keperibadian anak-anak mereka.
PENGARUH MEDIA MASSA
Media
massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti
seks bebas dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang
dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik. Namun
demikian, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan
pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti
televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya,
corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara
berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat.
Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah
di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam
bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi.
Jika kita bersedia mengambil
kira faktor-faktor yang telah dihuraikan di atas, antara langkah
pencegahan yang boleh diambil adalah termasuk :
1. Menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat.
2. Menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.
3. Mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat.
4. Mengenakan hukuman yang lebih berat dan proses penghakiman yang lebih cepat.
5. Mengawasi dan membataskan individu yang berisiko tinggi melakukan jenayah tersebut.
6. Meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi.
7. Menggerakkan usaha kerjasama
tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko
tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan
kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan
prasarana sosial yang sesuai.
8. Mewujudkan suasana kehidupan
persekolahan yang selamat termasuk waktu persekolahan, kawasan sekolah
dan pengangkutan. Menyubur dan mempopularkan mesej dan imej keTuhanan,
kemanusiaan, moral dan nilai-nilai positif yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan