Isnin, 5 Mei 2014

BOMBA SUKARELA PATUT DI SERAPKAN KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEPERTIMANA ASKAR WATANIAH.

Saya sebagai rakyat malaysia memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya bomba sukarela di serapkan sepertimana askar wataniah boleh di serapkan ke angkatan tentera malaysia.Pada pendapat saya sepatutnya kerajaan malaysia memberi peluang kepada golongan anak-anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap apabila bomba sukarela diserapkan kepada jabatan bomba dan penyelamat sekurang-kurangnya anak-anak muda berasa minat dalam aktiviti kebombaan sukarela.Walaupun saya sebagai seorang cucu kepada mantan penguasa bomba kedah/perlis saya memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya menambahkan lagi bilangan anggota bomba di seluruh malaysia.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakan semua majoriti adalah anak bangsa cina sepatutnya bangsa melayu wajib masuk bomba sukarela seperti anak bangsa cina,sepatutnya kerajaan malaysia menolong anak bangsa melayu sama taraf dengan kaum cina membantu anak melayu,Semasa aruah tokwan saya berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis banyak aruah tokwan saya menolong anak-anak bangsa melayu serap dengan perhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu.Bagi saya kerajaan malaysia harus memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak muda yang berumur 28-36 tahun di serap ke jabatan bomba dan penyelamat malaysia.Saya sebagai seorang cucu kepada allahyarham che kassim mansor memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya bomba sukarela di serapkan masuk ke jabatan bomba dan penyelamat untuk menarik minat golongan anak-anak muda pada masa akan datang.Walaupun kita satu malaysia sepatutnya kerajaan malaysia membantu anak satu malaysia dan menambahkan anggota bomba sukarela di seluruh malaysia tidak kira warna kulit dan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin