TANDA-TANDA PEREMPUAN KELUAR AIR MANI | Ramai suami isteri pada masa
kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar
ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan?
Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar?
Soalan
Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana
yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib
mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan.
Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan.
Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.

Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks
melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda
ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.
Jawapan
Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa
atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau
tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas
mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak
dengan syahwat.
Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut.
Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh
lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani
seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani
‘. “.
Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.
Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan