Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau
zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah,
Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai
keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.
Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan
perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina yang
membawa maksud hubungan
seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai
persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks
haram adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi
perkahwinan antara lelaki dan perempuan melibatkan pasangan kekasih yang
cenderung melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami
isteri.
Kesan
yang ditanggung daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang
lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut
berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila
melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas melalui, firman Allah bermaksud:
‘Dan
janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat
32 ).
Tersebut di dalam Hadits Nabi s.a.w pula:
“
Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ad enam perkara
buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun yang di dunia ialah:
Hilang seri pada wajah, pendek umur dan sentiasa miskin… Adapun di
akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk perkiraan di padang Mahsyar
dan mendapat azab nereka”
Kita tidak boleh membenarkan kebebasan tanpa had dibiarkan berleluasa di negara ini. Masyarakat
kita sering disajikan dengan masalah keruntuhan moral di kalangan
rakyat. Semakin ramai pasangan berani melakukan aksi yang terlampau
malah menjijikkan di hadapan orang ramai. Mereka sudah berani bercumbu
di taman-taman, di dalam kenderaan awam, pawagam malah di mana-mana
sahaja asalkan mereka dapat melepaskan segala kerinduan dan nafsu.
(Pergaulan
antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin perlu ada batasnya
terutama bagi golongan remaja-Gambar hiasan semata-mata)
Masyarakat
Timur merupakan sebuah komuniti yang kaya dengan sopan santun dan
pemalu. Muda-mudi kini semakin bebas bergaul dengan sesuka hati tanpa
mengira segala nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa.
Ketika kerajaan sibuk melaungkan Belia Sihat dan sebagainya, masih
banyak pihak cuba menghancurkannya dengan mengadakan pelbagai pesta di
pusat-pusat hiburan yang berunsurkan pergaulan bebas.
Kesopanan
dan kesusilaan yang menjadi Rukun Negara Malaysia langsung dilupakan
oleh kebanyakan rakyat. Kita tidak harus terkejut pada suatu hari nanti
jika remaja semakin hebat mengamalkan prinsip kebebasan. Tanda-tanda
kehebatan remaja kita boleh dilihat di mana-mana sahaja termasuk di
kawasan pedalaman. Seks bebas sudah semakin berleluasa di mana-mana
sahaja dan angkanya semakin membimbangkan.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SEKS BEBAS
o Faktor biologi
o Faktor teman hubungan (pasangan)
o Pergaulanb ebas
o Kurang didikan agama
o Media massa
o Perpecahan keluarga
o Kesempitan wang
o Faktor kerajaan.
GEJALA SEKS BEBAS DIKALANGAN REMAJA
Kajian
yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan. Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat memeranjatkan: di mana
didapati 24 peratus dari kalangan remaja berusia 13-19 tahun mengaku
pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada remaja
berusia 13-18 telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih
kurang 50 peratus dari remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku lucah dan
44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video.
Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309 `anak
tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001 [Utusan
Malaysia, 13 Nov. 2002]. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati
bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan
maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke sekolah
akhlak dan asrama kelolaan jabatan itu, contohnya seramai 675 remaja
dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1993 kes
kemasukan baru di asrama akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu
serius iaitu 1505 kes berbanding tahun sebelumnya 376 kes. Dari jumlah
itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur
antara 15 dan 18 tahun, rata-rata adalah mereka yang masih menuntut. Ini
diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail iaitu sebanyak 1,199
atau 54 peratus daripada 2234 wanita yang terbabit dalam kegiatan
maksiat di antara tahun 1990 - 1993 berumur kurang dari 18 tahun.
[Watan, 13 Julai 1996]
Mungkin
kajian ini tidak menggambarkan keseluruhan keadaan sebenar masalah
salah laku seksual dan gejala seks bebas,namun ia patut menyedarkan
semua pihak khususnya ibu bapa, badan-badan kerajaan,pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi
merungkai permasalahan sosial yang kian meruncing dari sehari ke sehari
ini
Penglibatan
para pelajar dan golongan remaja di dalam pergualan dan seks bebas
tidak menjadi satu perkara rahsia lagi. Pendedahan mengenai kegiatan dan
permasalahan telah lama dibuat. Namun, keadaannya bukan menjadi
bertambah baik tetapi semakin kritikal. Berdasarkan bilangan responden
yang dikaji oleh pensyarah berkenaan maka kita boleh merumuskan bahawa
99 peratus pelajar terbabit mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks
kecuali seorang sahaja.
Angka
ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kementerian
Pendidikan dan pihak sekolah kerana gejala sosial yang melibatkan
golongan pelajar menjadi semakin tidak terkawal. Punca dan faktor yang
menyumbang kepada berlaku gejala sosial di kalangan pelajar perlu dicari
dan dikenal-pasti dengan segera. Membiarkan perkara itu tanpa sebarang
tindakan yang konkrit akan menyebabkan kebejatan sosial di sekolah
menjadi bertambah parah.
Satu
siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan dilakukan termasuk juga
membuat penilaian semula terhadap peraturan dan pengurusan sekolah serta
sistem pendidikan yang diguna-pakai hari ini. Dengan kemajuan dan
pembaharuan yang dilakukan ke atas sistem pendidikan negara, mutu
disiplin dan kesedaran sivik para pelajar sepatutnya semakin meningkat
naik. Yang berlaku adalah sebaliknya di mana keruntuhan akhlak dan
kemerosotan moral kian menjadi-jadi.
Para
pelajar merupakan generasi masa depan yang perlu diasuh dan di didik
dengan baik. Kerosakan yang berlaku kepada golongan pelajar akan
menyebabkan kerosakan yang lebih kronik di dalam masyarakat.
PENDIDIKAN SEKS
Proposal
kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya
adalah untuk memperkenalkan pendidikan seks dalam syllabus pembelajaran
persekolahan.
Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.Termasuk
di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang
seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai
masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas
berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih
sayang, tanggungjawab dan seumpamanya.
Dalam
Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib
mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun,
mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan
sahaja apabila bertunang
Pendidikan
seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan menyelesaikan masalah
utama. Penyelesaian masalah seksual mesti melibatkan tiga pihak iaitu
individu, kelompok dakwah dan pemerintah. Kebaikan mahupun keburukan
pendidikan seks ini perlulah dibuat kajian terperinci kerana melibatkan
isu-isu yang boleh dianggap sensitif terutama bagi golongan ibu bapa.
Apa yang penting masalah ini perlu ditangani segera samada diteruskan
pendidikan seks tersebut disekolah mahupun sebaliknya.
KESAN-KESAN GEJALA SEKS BEBAS
Dari
sudut kesihatan seks bebas ini sudah tentu membabitkan kesan
reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang
tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa
disembunyikan.Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil
jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah
selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada
risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada
rahim.Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada
kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan
kemandulan.
Antara kesan-kesan lain seks bebas ini ialah:
- Berleluasanya aktiviti pelacuran
- Banyak kes jenayah seperti rogol semakin berleluasa.
- Penyakit kelamin.
1. Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks.
GEJALA 2. Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria dan kulat.
- Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah :-
1. AIDS / HIV
2. Sifilis
3. Genitial
4. Hepatitis A
5. Hepatitis B
6. Herpes
7. Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infecti)
KESIMPULAN
Tidak
ada lagi perkara lain yang paling membimbangkan daripada perkara
meningkatnya gelombang seks dan serangan seks tidak putus-putus menggoda
manusia dengan tenaga luar biasa, di mana setiap orang mungkin terjebak
kepadanya jika tidak tersekat oleh ketakutan neraka, penyakit kelamin
ataupun kehamilan. Ia bukan sahaja boleh membuat seseorang menjadi
binatang buas dari segi akhlak, tetapi akan merosakkan masyarakat
keseluruhannya. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan gejala seks bebas dapat dibendung dengan seriusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan