Isnin, 19 Mei 2014

RAKYAT MALAYSIA DI JADIKAN SEBAGAI GUNDIK.


* Pembangunan dan kemajuan di Malaysia tidak dinafikan, siapa yang mendapat manfaat lebih besar rakyat atau penguasa bersama kroni?
* Keadilan terhadap masyarakat majmuk Malaysia tidak merata
* Keadilan dari segi agihan kekayaan atau ekonomi masih tidak seimbang
* Kebebasan rakyat benar-benar tercabar
* Rakyat ditegah berhimpun
* Rakyat dilarang dengar ceramah pembangkang
* Rakyat ditangkap, diugut dan diISAkan
* Media pro pembangkang dibatal permit, dirampas dan sebagainya
* Amalan demokrasi dipersempit mengikut kemahuan penguasa
* Polis diperkuda dan diperhambakan untuk mengawal penguasa
* Sistem kehakiman yang dikongkong dan dijerat * Rakyat ditutup mulut
* Rakyat mahu diperbodoh selamanya
* Rakyat mengiyakan segala kedurjanaan penguasa zalim
* Gambaran Islam adalah ganas, ekstrim dan pengganas
* Rakyat yang mahu mengamal demokrasi dituduh membuat huru-hara, agen asing, militan dan sebagainya
* Penguasa yang zalim, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa dianggap baik, dipuji-puja dan disanjung-sanjung...

Dalam sebuah negara di mana seluruh sistemnya dikontrol mati, diakujanji dan digundikkan tiada yang mustahil. Yang buruk, jahat dan zalim boleh diwarnai dan diwajahkan indah, cantik, manis rupawan. Dan yang baik, cantik, benar dan betul diwajahkan buruk seburuk-buruknya, sejahat-jahatnya, ganas seganas-ganasnya. Mungkin itulah yang tergambar dalam negara hari ini. Orang ke masjid dicurigai pengganas, ke sekolah agama dicurigai akan jadi pengganas dan budak yang sekolah di TADIKA berorentasikan Islampun dicurigai bakal menjadi pengganas. Betapa dahsyatnya su'uz-dzon atau jahat sangka UMNO/BN dan para pemimpinnya kepada rakyat negara ini. Kerana itu, apa juga keburukan, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang berlaku dipihak mereka atau institusi yang dikuasai mereka akan mati-matianlah mereka berusaha siang malam mewarnai dengan warna putih atau diwajahi dengan wajah-wajah indah, cantik, manis menawan dan baik-baik belaka.
Negara Malaysia Aman, Untuk Siapa?
Aman, damai dan makmurnya warga Malaysia. Itulah gambaran bagi negara ini di mata orang asing. Inilah juga menjadi bahan iklan dan cerita yang diklip videokan dalam media elektronik yang dikuasai oleh kaki-kaki ampu 'penguasa' dikebanyakan sistem yang wujud dalam pentadbiran negara ini. Mereka hidup dalam adat tradisi yang sudah disebatikan dalam akal budi, pemikiran, percakapan dan amalan hidup harian mereka. Siang malam fikir bagaimana mahu mengampu bodek orang besar, orang atas dan penguasa yang berada di atas. Tidur bangun hanya fikir berlegar esok bagaimana aku ampu bodek orang besar itu, agar dapat habuan besar, pangkat naik, harta bertambah, projek dapat dan berbagai-bagai lagi angan-angan kaki-kaki ampu bodek negara yang berkeliling pinggang di pinggang para pemimpin UMNO/BN.
Ukuran keamanan, kedamaian dan kemakmuran Malaysia yang berada dalam petak otak rakyat Malaysia ialah UMNO/BN/Mahathir/Ling Liong Sik/Samy Vellu. Tanpa UMNO/BN Malaysia tidak akan aman, makmur dan maju. Itulah yang disogok hari-hari ke dalam jiwa dan minda rakyat Malaysia sama ada TV atau media cetak yang lain. Belum masuk pengisian kursus, perjumpaan bersama rakyat oleh menteri-menteri UMNO/BN di seluruh ceruk rantau negara ini. Hujah mereka kepada rakyat yang dikumpul dan ditemui dalam majlis-majlis tertentu. Malaysia negara maju, Malaysia negara aman, makmur dan damai. Jangan ada rakyat terlibat dengan aktiviti anti kerajaan, pengganas, militan, memecahkan perpaduan, menyesatkan umat Islam dari segi agama atau aqidah. Dan pelbagai lagi wajah berupa topeng-topeng 'indah', cantik dan menarik disogokkan kepada rakyat. Walaupun, hakikatnya seperti 'bom' jangka yang bakal menghancur-binasakan kehidupan dan masa depan rakyat.
Rasuah disuburkan, salahguna kuasa pemimpin disembunyikan, penyelewengan dibiarkan, sistem kehakiman diperkosa, keadilan dipenjarakan, kebebasan rakyat dipasungkan dan penguasa zalim bermaharajalela semahu-mahunya memperkosa, membaham rakyat kecil yang diikat tangan kaki mereka.
Seluruh Sistem Digundikkan
Bukan setakat demokrasi digundikkan. Malah seluruh sistem yang menjadi urat nadi negara turut menjadi 'gundik', dari pemimpin berstatus orang atasan, besar dan berkuasa, pemimpin pusat, negeri, daerah, kampung sampai ke peringkat pimpinan masyarakat dan ketua cawangan parti pemerintah dibius, dikerah dan diaturcarakan mengikut kemahuan oleh sekelompok pemimpin yang terlalu berkuasa atau penguasa 'gila' kuasa.
RTM jadi gundik, media gundik, polis jadi gundik, SPR jadi gundik, JPN gundik, kementerian gundik, menteri-menteri gundik, jabatan/agensi kerajaan gundik, pegawai kerajaan gundik, masjid/suaru digundikkan, sekolah gundik, tadika gundik, universitipun gundik, jadi apa lagi yang tinggal terselamat dari budaya 'gundik' yang masyhur dalam istana itu. Istilah 'gundik' itupun sebenarnya 'sensitif'. Kerana membawa maksud pasangan yang disembunyikan dari pengetahuan pasangan sebenar yang sah. Mungkin istilah moden sekarang boleh diangkat 'pelacur' highclass. Dan ia boleh diperguna dan diperkosa ikut kemahuan tuannya.
Kesimpulannya, segala sistem negara dari peringkat rendah organisasi masyarakat di desa hingga ke peringkat atas seperti sudah diatur mengikut kehendak dua tiga orang penguasa. Undang-undang yang sedia ada hanya hiasan yang mengindahkan lembaran kertas perundangan. Kerana fungsi undang-undang, prosedur, akta, etika sebagai rule of law sudah berubah menjadi law of rule. Kesongsangan inilah yang terus-menerus bermaharajalela dalam sistem pentadbiran negara dan negeri-negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh UMNO/BN. Berbeza dengan keadaan di dua negeri Kelantan dan Terengganu sekarang, di mana haluan betul pendaulatan undang-undang semakin terserlah. Malah usaha memurnikan lagi perundangan di kedua negeri yang dikuasai oleh BA/PAS itu dengan orentasi dan berteraskan ketelusan, keadilan dan Islamisasi semakin menonjol.
Sehinggakan UMNO/BN dan para pemimpin mereka yang 'busuk hati' terus mencurigai dan mencemburui ketelusan yang dilakukan oleh kepimpinan dua kerajaan negeri BA itu. UMNO/BN sebenarnya tidak ingin ada kelompok lain lebih baik daripada mereka dalam negara ini. Justeru, usaha mengkambinghitamkan lawan politik mereka diteruskan, sekalipun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi negara ini.
Seluruh Sistem Negara Dibius Mati?
Apakah anda bersetuju? Kita boleh bayangkan kalau sudah TADIKA yang mengajar anak-anak kecil berusia 4, 5 dan 6 tahunpun mahu dikawal ikut kemahuan parti yang memerintah. Sampai ada suara-suara mahu gubal akta TADIKA? Apakah dengan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan atau akta-akta yang berkaitan dengan TADIKA yang ada sekarang ini sudah tidak relevan lagi dengan kewujudan UMNO/BN untuk bertahan lebih lama dipuncak kuasa politik Malaysia. Maka perlu ada satu akta baru untuk kawal TADIKA, supaya semua TADIKA yang akan diwujudkan dalam negara ini adalah TADIKA yang akan melahirkan ahli-ahli UMNO/BN sampai kiamat. Dan tidak akan ada lagi rakyat Malaysia yang akan berparti PAS, KeADILan, PRM dan DAP misalnya. Kalau itulah kemahuan para pemimpin UMNO/BN dalam negara Malaysia yang beramal dengan sistem demokrasi sejak dulu.
Mereka tidak payah susah-susah GUBAL AKTA TADIKA BARU. Lebih mudah dan amat mudah dengan kuasa majoriti UMNO/BN dalam Parlimen Malaysia atau kuasa besar MT UMNO itu dengan hanya suruh Mahathir umumkan atau adakan sidang media besar-besaran, bahawa Malaysia bukan lagi negara demokrasi dan Perlembagaan Negara terbatal dengan perisytiharan baru bahawa Malaysia bertukar status sebagai 'Malaysia Negara Syarikat UMNO/BN' dengan satu Perlembagaan Baru.
Atau kenapa tidak dibuat undang-undang supaya setiap rakyat Malaysia yang baru lahir mesti didaftarkan oleh ibubapa mereka sebagai ahli UMNO/BN. Apabila cukup umur TADIKA mesti masukkan ke TADIKA UMNO/BN, bila umur 7 tahun mesti masuk sekolah dan universiti UMNO/BN Sendirian Berhad berlambangkan dan cop dacing berkeris telanjang.
Budak TADIKA Pun Dicurigai
Benar-benar UMNO/BN dan para pemimpinnya diserang sakit jiwa, sakit gila dan sakit otak. Mereka dikejar ketakutan yang teramat sangat. Mereka tidak boleh dengar suara kritikan rakyat yang menyanggah segala amalan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, ketidakadilan dan kemungkaran politik, ekonomi, pengurusan negara, sistem perundangan, keselamatan negara terdedah kepada bahaya dan sistem sosial yang rapuh yang berleluasa dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN.
Andainya sanggahan dan kritikan pedas parti-parti pembangkang dan para pemimpin pembangkang boleh mereka tahan. Tetapi bila rakyat bingkas memprotes ketidaktelusan UMNO/BN dan para pemimpinnya yang rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa, mementing diri, mengkayakan diri, anak bini dan kroni. UMNO/BN benar-benar gementar, gerun bercampur takut yang teramat takut. Habis seluruh rakyat, institusi, orang kampung, pelajar sekolah, universiti dicurigai. Tidak cukup dengan itu budak-budak TADIKA yang tak tahu apapun tentang politik diheret dan disenarai hitam sebagai golongan anti kerajaan. Padahal, kalau disoal satu persatu rakyat Malaysia yang dewasa dan celik politik TIDAK ADA YANG AKAN BERKATA atau MENJAWAB BAHAWA MEREKA ANTI KERAJAAN MALAYSIA. Rakyat Malaysia yang terbuka minda dan bijak, hanya akan berkata KAMI HANYA ANTI KEPADA UMNO/BN DAN PARA PEMIMPINNYA yang rasuah, zalim, jahat, salahguna kuasa, gila kuasa, angkuh sombong dan menyeleweng...
Media Malaysia Sudah Mati Sebelum Ajal?
Seluruh media yang mengampu RTM, TV 3, Utusan, BH dan sekutu-sekutunya dalam negara ini adalah media mati. Sekalipun mereka hidup bermaharajalela menyebarkan pelbagai maklumat dan ilmu. Tetapi keseluruhannya menghala ke arah kematian. Mereka hilang wibawa dan hilang profesionalisme sebagai media rakyat. Mereka lebih mengutamakan kemahuan dua tiga kerat manusia yang bergelar penguasa, korporat dan individu gila lagi tamak kuasa dan kekayaan.
Mereka matikan akal budi rakyat. Mereka perbodohkan rakyat dengan berita-berita 'politik' yang bersifat fitnah dan propaganda. Mereka sanggup menjadi penjilat-penjilat kepada penguasa yang gila kuasa dan tamak haloba.
Kerana itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab sama-samalah kita berusaha menyedarkan mereka yang terpaku, terpukau dengan retorika bahasa pemanis memperbodoh memesongkan pemikiran rakyat dan usaha menjumud akliah rakyat agar mempercayai secara 'bodoh' segala berita-berita fitnah dan propaganda yang dimain-mainkan oleh media pengampu negara. Dengan harapan supaya rakyat majmuk Malaysia dapat berubah dan berfikir lebih terbuka dalam dunia global sekarang. UMNO/BN boleh memenjarakan seluruh jasad rakyat Malaysia dengan kekuatan dan kuasa yang mereka miliki, tetapi mereka selamanya tidak akan mampu untuk memenjarakan akal, hati budi dan pemikiran rakyat seluruhnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin