Isnin, 12 Mei 2014

KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SIFAT PENIPU KEPADA RAKYAT.

JIKA BERANI KERANA BENAR , TAKUT KERANA SALAH
JANGAN SEKAT KAMI KERANA KETAMAKKAN,,
JIKA BENAR RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,,
ASTRO MAHAL , PARABOLA , MONOPOLI DAN KERAJAAN
SILA AMBIL PERHATIAN ...

RAKYAT CELIK , KERAJAAN BIJAK BUKAN TAMAK
Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia masih lagi salah di sisi undang-undang, sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. Sudah jauh…..ke hadapan. Dan, apa alasan kerajaan tidak benarkan penggunaan parabola di Malaysia antara sebabnya adalah :
Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
Siaran yang berbentuk hasutan
Kenapa ramai ingin memasang parabola di Malaysia?
Bayar sekali seumur hidup, kemudian dah boleh terus guna. Tak perlu nak fikir bayar bulan-bulan macam………
Begitu banyak siaran luar negara boleh diperolehi, anda yang tentukan. Samada kualiti atau tidak, anda yang tentukan.
Tiada masalah lagi untuk mendapat siaran terkini sedangkan siaran berbayar yang ada sekarang ini pun, bayar bulan-bulan tetapi kandungannya? Ketinggalan zaman. Siaran rancangan daripada luar negara sudah sampai season 6,7 apabila dibawa masuk baru season 2,3? Kemudian pusing-pusing rancangan tersebut sampai pening penonton dibuatnya.

Walaubagaimanapun, kerajaan mengharamkan penggunaan parabola di Malaysia. kalau nak pasang parabola juga, ada aduan diterima bersedia dengan tindakan undang-undang
Lebih 60 siaran dari negara asing boleh diperolehi

Pendapat kami, undang-undang mengharamkan penggunaan parabola di malaysia sudah tidak relevan lagi. Kalau kandungan lucah menjadi “ketakutan kepada kerajaan” tak payah susah-susah guna satelit, di internet berlambak ada. Tak pun CD haram yang di jual di pasar malam….
Adakah menteri tidak tahu apa yang berlaku di Internet dan apa yang berlambak di internet sekarang?
Adakah menteri masih tidak sedar apa yang dah disebarkan melalui telefon bimbit sekarang ini?
Adakah ketika menteri turun menemui rakyat dengan pergi ke pasar malam, hanya beli mertabak & cincau sahaja? Sehingga tidak menyedari “disebalik” DVD cerita Karipap-karipap Cinta ataupun The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, adanya DVD yang lebih lucah daripada siaran yang ada melalui parabola?
Adakah menteri sudah membuat homework yang mana lebih 95% kandungan siaran melalui parabola tidak berunsur lucah. Cukup sedikit. Kadang-kadang kami fikir rancangan yang disiarkan di Malaysia “lebih hebat” daripada ini. Lagipun, semua siaran porno tersebut hanya boleh didapati melalui siaran premium sahaja (kena bayar langganannya) bukannya boleh didapati dengan mudah melalui penggunaan parabola.

Walaubagaimanapun, biarkanlah jika itu yang rakyat mahukan. Berikan mereka peluang “untuk memilih” & buat pilihan..FIKIR FIKIRKANLAH,,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin