Sudah lama menantikan entry ilmiah yang lari dari CINTA? Maaf. Kali ini masih lagi entry berkaitan hal cinta. Cintai Vagina Kita. LOL.
Sudahkah anda menjaga vagina anda dengan baik pada hari ini? Bagaimana dengan sebelum sebelum ini? Adakah anda menjaganya dengan baik? Jika belum, ayuh ikuti tips berguna yang telah diilhamkan dari SINI.
1) Sila bersihkan bahagian luar saudari vagina anda selepas hadas besar atau kecil, seelok-eloknya nak pembersihan yang maksima, gunakanlah air. Jika tiada air sila guna alternatif lain yang bertujuan beristinjak. Jika menggunakan biji- biji batu yang berbucu tiga atau lebih itu hendaklah berhati-hati untuk memastikan kesejahteraan saudari vagina anda dari sebarang 'kecelakaan'. Ehheh.
tampon |
cara menggunakan tampon |
2) Pernah lihat tiub bersumbu di atas? Bukan sumbu pelita. Tapi itu adalah tampon. Sila jangan tak kenal pula. Jika anda menggunakan tampon ketika datang haid, sila jangan buad buad lupa untuk menukar ye? Sifatnya agak berbeza dari jenis tuala wanita biasa yang bersifat 'adhesive' dan hanya dilekatkan di atas permukaan panties. Bila anda memakai tampon, yang dapat dilihat ketika memakainya cuma sumbunya jek. Mana pergi tiubnya? Sudah hilang? O M G. Jangan panik. Sebab tiubnya sudah berada di dalam mulut saudari vagina untuk penyerapan darah haid yang lebih efektif. Fungsi sumbu tersebut adalah untuk memudahkan kita menariknya keluar. Kalau nak tengok panduan pemakaian tampon, sila ke SINI. Tak kira guna tuala wanita biasa atau tampon, anda dinasihatkan kerap menukarnya untuk mengelakkan anda daripada menjadi penternak bakteria yang berjaya. Jangan lupa nak tukar sudah lah.
3) Elakkan daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam saudari vagina anda dengan tujuan membersihkan bahagian dalamnya. Bahagian dalam tu ada pemastautin yang penting ye. Nama dia encik bakteria lactobacillus (plural; lactobacilli), berperanan mengekalkan keasidan pH. Perbuatan douching akan menyingkirkan pemastautin tetap tersebut disamping mendedahkan saudari vagina anda dan bahagian luarnya kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
4)
Sila lah dengan segala hormatnya tolonglah elakkan dari melakukan
perkara ini; menyabun atau menyapu shower gel pada saudari vagina anda
kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal.
Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
Shower gel untuk badan, kealkaliannya tidak sesuai untuk saudari vagina
yang bersifat asidik. Cecair pembersih wanita (feminine intimate wash)
baru lah untuk saudari vagina yang comel.
gunakan ini; feminine intimate wash |
dan bukan yang ini; shower gel -_- |
5) Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak. Jangan bercita-cita memilih profesion 'menternak bakteria dan kulat'. Untung takdapat. Rugi je yang datang nanti adalah. Euw?
6) Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. Pemakaian panty liner adalah habit yang amat baik untuk kesihatan saudari vagina anda. Jangan biarkan dia 'direct contact' dengan panties. Sila lah alas dengan panty liner untuk kebersihan yang lebih terjamin.
*Tambahan Untuk tindakan wanita bergelar isteri sahaja* :P
7) Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection). Tetapi bagi yang dah plan nak tambah batalion anak dalam family, sila tunggu sperma suami sampai ke destinasinya terlebih dahulu. Erk. =..=
8) Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan