Isnin, 19 Mei 2014

BENARKAH MALAYSIA BAKAL DI SERANG AMERIKA

Pada waktu itu keadaan tenang sekali. Semuanya berjalan seperti biasa. Tiada sedikitpun rasa gusar dalam hati ini. Sampailah satu masa itu keadaan berubah. Berubah dengan dahsyatnya. Suara itu kuat sekali. Ramai yang mula berlari keluar dari bangunan.
"Perhatian kepada semua pelajar. Kita bakal menghadapi musibah yang besar. Semua di minta berkumpul di luar bangunan sekarang!"
Apakah yang sebenarnya yang sedang berlaku? Pelbagai seorang muncul dalam kotak fikiranku. Ramai di antara pelajar perempuan mula menangis. Riak wajah yang cukup risau dan takut terpapar jelas pada wajah setiap orang. Jutaan persoalan yang menujah masuk satu persatu ruang fikiranku akhirnya terjawab apabila aku melihat sebuah pesawat F-22 Raptor milik negara Amerika Syarikat mula mendarat. Ratusan askar keluar dari pesawat mengambil tempat masing-masing seperti sudah membuat perancangan yang amat lengkap. Semuanya terdiam. Jantungku mula berdegup dengan kencang dan sekali lagi ribuan persoalan memaksa aku untuk mencari jawapan dalam suasana tegang itu.

"Adakah masa yang telah lama kita nantikan telah tiba? Adakah perang dunia ke-3 telah pun bermula? Ya Allah masih banyak lagi dosaku. Belum sempat aku bertaubat pada-Mu Ya Allah!"
Kami duduk beramai-ramai di bawah satu bangunan yang berbumbungkan ceiling yang diperbuat dari lapisan konkrit yang tebal. Dengan harapan kami selamat berlindung di bawahnya. Seorang lelaki berumur lingkungan 50-an mula bersuara.
"Assalamualaikum. Diharap semua bertenang. Ucapkan kata syahadah dan selawat lah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kita sedang dilanda musibah yang kita tidak pernah jangka. Jangan pernah putus mengingati-Nya. Semoga kita semua berada dalam golongan orang yang beriman. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita buat", suaranya begitu sayu sekali.
Gegaran lantai bumi mula terasa. Ya, pengeboman sudah dilaksanakan oleh tentera Amerika tanpa belas kasihan. Air mataku mengalir laju. Bayangan, mama,abah,adik satu persatu muncul di mataku. Aku ingin bersama mereka! Aku menjerit dalam hati. Tanpa diduga, sebuah konkrit ceiling jatuh menimpa 3 orang rakanku betul-betul di depan mataku.
"3 rakan kita telah selamat pergi mengadap-Nya. Janganlah kita gentar. Ini semua ujian dari-Nya. Jangan pernah kita menjadi munafik! Ingatlah. Kita sedang berjuang!"
Ceiling bangunan mula bergegar. Hendak keluar takut ditembak tentera Amerika. Mahu terus tinggal di dalam bangunan pasti mati juga dihempap batu-bata apabila dibom. Ya Allah apa yang aku harus lakukan?
Aku mula menyelinap dibalik-balik dinding. Tentera yang sentiasa bersedia dengan M18 bila-bila saja boleh melakukan tembakan kepadaku jika aku tersalah langkah. Aku duduk seketika. Air mata tak pernah berhenti mengalir. Ya Allah benarkah semua ini terjadi? Aku memejam mata serapat-rapatnya dan berharap ini semua mimpi bila aku buka mata nanti. Jantung aku seolah-olah sudah hilang daya untuk mengepam darah  ke seluruh tubuhku. Aku buka mata. Ya Allah! Terima kasih ianya hanya mimpi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin