Rabu, 14 Mei 2014

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM.

Dalam era globalisasi ini, setiap perubahan menjadi semakin pantas dengan wujudnya dunia tanpa sempadan. Jarak yang jauh tidak lagi menghalang komunikasi antara individu dengan individu yang lain. Kadang-kadang kita alpa dengan perubahan sekeliling yang begitu pantas dan setiap insan yang bergelar manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan dan pemodenan yang berbentuk fizikal tanpa mengisi kekosongan rohani. Setiap negara semakin hari semakin membangun dan maju dari segi ekonominya. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan dan perbankan. Tetapi persoalannya bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat diabaikan terutama pada golongan remaja yang bakal pemacu pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang? Hal ini demikian kerana banyak masalah sosial pada masa kini adalah melibatkan golongan  remaja. Jelas menunjukkan golongan remaja pada masa kini mengalami keruntuhan akhlak yang amat menyedihkan.

Antara masalah sosial yang dikenal pasti membabitkan golongan remaja hari ini ialah seks bebas yang bermula daripada pergaulan bebas,  lari daripada rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti merogol, merompak, mencuri dan membunuh. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap yang membimbangkan.



      Walaupun banyak isu akhlak yang melibatkan golongan remaja, namun dalam penulisan saya ini, saya hanya akan menekankan isu yang berkenaan masalah “ Seks Bebas” yang  mana isu ini adalah isu yang  semakin berleluasa dan amat mendukacitakan kita apabila remaja yang terlibat adalah remaja Islam. Bagaimana cara pandang mereka terhadap seks bebas? Sedangkan remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara. Hal ini berdasarkan firman Allah:

sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna (Surah Al- Isra’: Ayat 70)

Isu seks bebas ini bukanlah perkara biasa, hal ini demikian kerana ia melibatkan maruah individu, keluarga dan agama. Perlakuan ini telah mengembalikan kita kepada zaman Jahiliah. Oleh itu, akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia dan apa-apa sahaja yang lahir daripada manusia itu sendiri.

Sebelum saya meneruskan perbincangan yang lebih lanjut, ingin sekali saya mengemukakan definisi-definisi perkataan penting dalam perbincangan ini. Antara perkataan penting ialah remaja, akhlak dan seks bebas.

            Remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin (Kamus Dewan Edisi 3, 2002). Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda. Remaja dan belia adalah anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melepasi umur kanak-kanak dan mula memasuki umur dewasa, umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga, kerana telah baligh. Umumnya remaja dan belia ialah golongan muda-mudi yang sudah baligh hingga mencapai umur 25 tahun. Oleh itu apabila kita membincangkan masalah sosial di kalangan remaja dan belia Islam bererti kita membincangkan keruntuhan akhlak dan gejala-gejala negatif di kalangan golongan muda-mudi Islam yang sudah baligh iaitu kira-kira dua belas tahun hinggalah mencapai umur 25 tahun.

Bagi definisi akhlak pula, mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Akhlak amat penting kerana Rasulullah saw sendiri telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Rasulullah bersabda:
“sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”( Riwayat Hadis al- Bukhari).

Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.”      ( Surah Al- Qalam, Ayat 4)

Hal ini menunjukkan peranan akhlak dalam menentukan sahsiah seseorang tidak boleh dinafikan lagi kepentingannya. Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa seseorang itu. Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar tetapi setiap Muslim itu mestilah berusaha ke arah membentuk kesempurnaan akhlak seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Melihat pula pada pengertian Seks bebas, pengertiannya di dalam agama Islam adalah Zina. Zina adalah nama bagi hubungan seksual antara seorang laki-laki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah. Selain seks bebas, seks rambang, seks di luar nikah adalah daripada perbuatan zina. Dalam Islam hukum zina ini adalah sangat dahsyat. Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana negara seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara barat yang lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Begitu juga dengan beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks di luar nikah. (http://www.myspace.com/pes0naalgebra/blog/288244432, 22 Februari 2012)

Akan tetapi, persepsi remaja pada hari ini adalah perilaku yang tidak bermoral seperti seks adalah satu perkara enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan (Hadis  Riwayat Imam Al- Bukhari)

Memang tidak dapat disangkalkan lagi fenomena yang disabdakan baginda adalah benar-benar berlaku dan menjadi salah satu penyakit sosial yang amat menyedihkan.

           Berdasarkan ucapan mantan perdana menteri kita pula, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;

saya mahu setiap Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorang individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara (Petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005)

Begitulah tingginya harapan dan hasrat Perdana Menteri Malaysia melalui kata-kata dan ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka sejak 55 tahun dulu, adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka? Serangan seks adalah serangan yang paling bahaya kerana dapat menjatuhkan sesebuah masyarakat. Salah satu cara pihak Yahudi ingin menjatuhkan umat Islam adalah dengan menerapkan unsur-unsur seks dalam minda  umat Islam.  Dan Allah juga berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang boleh membawa kerosakan)” (Surah Al-Israa’, Ayat 32).

Daripada awal lagi Allah mencegah kita daripada menghampiri zina inikan pula melakukan perbuatan terkutuk dan jijik itu. Setelah melakukan zina diikuti pula mengandung di luar nikah dan melahirkan anak haram. Dan kebanyakan mereka yang melahirkan anak luar nikah akan membuang anak mereka bagi menutup malu pada masyarakat. Sedangkan malu kepada Allah tidak dapat di ijab. Hal ini akan menambah perlakuan dosa, mereka bukan sahaja berdosa kerana berzina tetapi juga berdosa kerana membunuh. Dosa semakin bertambah dan berganda-ganda. Berkaitan dengan masalah pembuangan bayi ini ia bukanlah satu perkara yang baru berlaku di negara kita. Akan tetapi telah berlaku pada zaman jahiliah lagi. Walau bagaimanapun, senario gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza memandangkan isu pembuangan bayi kini adalah disebabkan oleh dorongan nafsu berbanding masyarakat jahiliah yang dahulu adalah disebabkan harga diri.

Kini sekiranya kita membaca akhbar, isu yang disajikan setiap hari adalah isu pembuangan bayi. Isu ini sering diperkatakan berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata- rata tempat. Inilah kesannya akibat daripada pengaruh seks bebas. Isu pembuangan bayi ini merupakan isu yang besar dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak kerana ia melibatkan nyawa seorang bayi  yang tidak berdosa.

Pada tahun 2008, dilaporkan ada lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa. Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299. (Berita Harian, 29 Oktober 2008) Gejala zina di kalangan remaja hari ini sebenarnya berada di dalam tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih di bangku sekolah lagi mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku? Ada kes mengandung luar nikah semuda usia 9 tahun dan lelaki yang bertanggungjawab hanyalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun. ( Sumber: http://www.salafiah.net, 27 Mac 2012).

Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa apabila kiamat dibangkitkan hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:

“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani).

Melihat aspek cara pandang para remaja tersebut, menunjukkan bahawa remaja ini menjadi hamba kepada seks. Sepatutnya kita menjadi hamba Allah SWT sebagaimana tujuan penciptaan manusia itu sendiri untuk menjadi khalifah dan hamba Allah. 

 

“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku” (surah az-zariyat:56)

 

       Ayat tersebut memaklumkan tujuan utama manusia dilahirkan di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada Allah SWT kerana itulah matlamat hidup setiap insan di dunia ini untuk meraih redha Allah untuk kejayaan di dunia mahupun di akhirat.


Kesimpulannya, memang kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Rasulullah pernah bersabda:

Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga” (Riwayat Hadis al- Bukhari , Muslim, at-Tirmizi)

Remaja-remaja ini apabila membesar tanpa ada asas Al-Quran, tanpa asas agama mudah hanyut dan mudah terjebak dalam segala kemungkaran. Ini tidak termasuk apabila kita perhatikan bertapa budaya memurtadkan umat Islam seperti menghasut menjadi Kristian begitu rancak bergiat cergas.

Cuba kita renungkan sejenak. Jika remaja yang ada asas agama pun masih boleh dipesongkan hidup mereka apatah lagi membesar tanpa ada asas agama langsung. Asas seperti fardu ain, fardu kifayah, rukun iman, rukun Islam belum cukup menjadi benteng untuk menahan serangan godaan nafsu dan bisikan syaitan yang melakukan serangan bertubi-tubi. Hanya keimanan yang tinggi. Taat sepenuhnya kepada ajaran agama, memahami Islam secara syumul dapat memperkukuhkan iman menjadi ketahanan kepada segala serangan.
BERAS HANCUR HANYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
YANG TAK HANCUR MAKANAN MENTERI RAKYAT MALAYSIA

AKU INGAT BERAS MAHAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA DAN BERAS HANCUR UNTUK PENDATANG ASING KE MALAYSIA

BETAPA BANGANGNYA PEMIMPIN UMNO MALAYSIA. YANG MISKIN PAPA KEDANA MAKAN BERAS HANCUR, TAPI MALANG MASIH SOKONG LAGI UMNO

HAMJADAH BETULLAH MALAYSIA NI
 0 1 0 90
- See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/01/apa-malang-nasib-rakyat-malaysia.html#sthash.9iMAb1BX.dpuf
BERAS HANCUR HANYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
YANG TAK HANCUR MAKANAN MENTERI RAKYAT MALAYSIA

AKU INGAT BERAS MAHAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA DAN BERAS HANCUR UNTUK PENDATANG ASING KE MALAYSIA

BETAPA BANGANGNYA PEMIMPIN UMNO MALAYSIA. YANG MISKIN PAPA KEDANA MAKAN BERAS HANCUR, TAPI MALANG MASIH SOKONG LAGI UMNO

HAMJADAH BETULLAH MALAYSIA NI
 0 1 0 90
- See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/01/apa-malang-nasib-rakyat-malaysia.html#sthash.9iMAb1BX.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin