Isnin, 19 Mei 2014

SEJARAH THAILAND DAN SIAM.


Thailand merupakan sebuah negara-bangsa moden yang wujud sejak perisytiharan kedaulatan Westphalia pada 1648 dan selepas Perang Dunia Kedua. Thailand sebenarnya sebuah negara pelbagai bangsa walaupun penduduknya berbahasa kebangsaan dengan bahasa Thai semata-mata. Banyak spekulasi mengenai asal-usul perkataan "Thai" dan salah satunya menyentuh mengenai sejenis etnik iaitu etnik Tai. 


Seperti banyak rujukan, orang Tai atau etnik Tai dikatakan berasal dari Barat Daya China. Mereka dikatakan berhijrah gelombang demi gelombang dari Barat Daya China ke Dataran Tanah Besar Asia Tenggara sejak beberapa abad yang lampau. Sebutan terawal mengenai kewujudan mereka di rantau Asia Tenggara ini adalah menerusi nama lain iaitu nama Siam. Ia digunakan pertama kali oleh orang Khmer untuk merujuk orang-orang ini di kompleks kuil Hindu Angkor Wat di Kemboja. Perkataan Siam dikatakan diambil dari bahasa Sanskrit, iaitu bahasa kelompok kasta atasan dalam masyarakat Hindu di Kemboja iaitu Syaama bagi merujuk orang berkulit sawo matang tapi dalam nada menghina. Pelbagai kaum dari zaman pra-Siam pernah dikerah menjadi kuli batak di empayar Angkor Wat sebelum berlaku pemberontakan puak-puak dan kerajaan persekutuan di Teluk Siam. 

Semasa pemerintahan Raja Rama III (1824-1851) dari wangsa Chakri, seorang pedagang Skotland pernah membawa matawang ujian ke England atas perintah raja itu. Walaupun tidak digunakan meluas, tapi nama negara mereka dititikkan pada matawang pertama mereka sebagai Muang Thai dan bukan Siam. Perkataan lain bagi merujuk etnik ini adalah Shan dan Ahom. Charles (1921) dalam bukunya The Project Gutenberg E-Book of Hinduism and Buddhism, An Historical Sketch, Bil. 3 menyatakan bahawa nama Sanskrit merujuk kepada orang Thai mungkin bukan nama asal sebaliknya cuma satu penyelewengan berbentuk perkauman yang dibuat-buat oleh orang yang memperhamba mereka.

Rujukan empayar Siam pula pertama kalinya mungkin dibuat oleh orang Portugis yang merupakan orang Eropah awal yang memberikan maklumat awal tentang kewujudan negara orang Siam. Catatan Portugis juga menyebut mengenai raja Rameswara Bramha Trailoganat dari wangsa Sukhothai yang menghantar tentera ke kerajaan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu pada 1455. Raja ini memerintah dua negara iaitu negara Sri Ayuttaya dan negara Sukhothai di Phitsanulok yang disatukan sebaik sahaja pertabalan baginda sebagai raja. Berikutan kejatuhan negara kota Melaka ke tangan pentadbir Portugis pada 1511, pihak Portugis menghantar duta bagi hubungan diplomasi dengan negara Sri Ayuttaya.   

Seabad kemudian, pada 15 Ogos 1612, The Globe, iaitu pedagang mewakili Syarikat Hindia Timur membawa surat dari Raja Jamaes I di England tiba di "Jalan Syaam". Bermula penghujung abad ke-19, Siam mula menjadi rujukan kepada negara puak-puak ini yang pusatnya terletak di negara-kota Sri Ayuttaya. Negara Thailand yang dikenali oleh orang ramai hari ini pula adalah hasil perjalanan sejarah dan susunan takdir ilahi sama juga seperti semua kejadian lampau di dunia ini. 

Negara Thailand mempunyai wilayah-wilayah yang antaranya diserap, kalah perang zaman lampau lalu diserap menjadi bahagian empayar dan sebagainya. Antara kerajaan bentuk kehinduan yang pernah berada dalam wilayah-wilayah Thailand hari ini adalah kerajaan orang Mon di Tengah dan Barat, kerajan orang Melayu di Selatan dan kerajaan orang Khmer di Timur. Orang Tai atau Thai sendiri mempunyai kerajaan negeri mereka sendiri di wilayah Utara Thailand bermula dengan kerajaan Sukhothai pada abad ke-12 M, Chiang Saen pada abad ke-13 M, kerajaan Sri Ayuttaya pada abad ke-13 M, Chiang Mai dan kerajaan Lanna pada abad ke-13 M.

Negara kota itu semua berperang sesama sendiri dan juga pernah menerima ancaman dari orang Kemboja, orang Burma dan orang Vietnam. Di Burma, India Timur dan Vietnam pun ada etnik jenis Tai tapi berbahasa dengan bahasa yang sedikit berbeza dengan bahasa orang Thailand disebabkan perbezaan geografi dan muka bumi. Bermula abad ke-19 dan awal abad ke-20 M pun, muncul kuasa penjajah dari Eropah pula yang berebut-rebut hendakkan tanah seberang laut bagi kemajuan revolusi perindustrian dan perdagangan mereka. Thailand atau empayar Siam terselamat disebabkan oleh keputusan Perancis dan England untuk memberikan status kawasan neutral bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar antara koloni. Thailand memansuhkan sistem monarki mutlak pada 1932 dan selama 60 tahun berada di bawah pemerintahan junta tentera. Selepas itu baru wujud sistem kerajaan berdasarkan pilihanraya seperti sekarang.

Di sini aku nak beri ulasan sedikit mengenai peminat-peminat sejarah. Apabila kita mengkaji sejarah, kita cuba sebolehnya mengelakkan sentimen berpihak dengan mana-mana bahagian. Tidak menggunakannya untuk kepentingan kita sendiri dengan menggariskan bahagian yang kita suka selanjutnya memperbesar atau menokok tambah selain kita tidak boleh menganggap sistem atau keadaan zaman purba sama seperti negara kita tinggal sekarang ini. Kerajaan zaman purba bukan milik kerajaan zaman moden kecuali jika ia bertahan kukuh sampai ke zaman moden bertahan melalui arus zaman. Kadang-kadang ia berevolusi juga. Sama juga dengan jenis manusia. Sistem pemerintahan kerajaan menurut sistem pentdbiran Hindu purba adalah menurut kepada mandala, wangsa (dinasti) dan keluarga diraja. Begitu juga halnya, sistem pemerintahan negara republik yang moden tak sama dengan sistem pemerintahan negara seperti Malaysia yang berkerajaan negeri dengan sistem monarki. Sebab itu bukan semua pentadbiran di negara dunia dirujuk sebagai "kerajaan".

Manusia itu boleh menjadi nasionalis tapi bukan menjadi nasionalis yang pelampau, membuta tuli, menyodok rata macam sungkur atau dalam erti kata lain yang mungkin kasar sedikit, tongong dan poyo. Manusia bukan pemilik mutlak dunia yang maya mahu pun dunia mana-mana pun dan istilah khalifah atau cakravartin bukan untuk menjadikan manusia perasan. Yang Maha Memiliki "seluruh" alam adalah Yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin