Khamis, 8 Mei 2014

MALAYSIA MENUJU SISTEM KUKU BESI DI NEGARA MALAYSIA.


Selepas lebih setahun memegang tampuk kuasa, kini wujud tanda-tanda jelas menunjukkan Malaysia, di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggelongsor kembali ke zaman pemerintahan kuku besi yang mungkin lebih dashyat daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setelah berjanji menghormati prinsip asas demokrasi dan hak bersuara rakyat, Najib bertindak sebaliknya dan kini pemerintahan beliau dibandingkan dengan ciri-ciri sebuah negara fasis atau pemerintahan diktator bertopengkan demokrasi.
Tujuh ciri utama sebuah negara fasis sebagaimana yang senaraikan oleh penyelidik terkenal Laurence W Britt jelas berlaku di Malaysia.
Ia bukan sahaja membabitkan hak asasi manusia tetapi turut menjurus kepada aspek ekonomi dan hubungan kaum dalam sesebuah negara selain membabitkan pemusatan kuasa kepada seseorang pemimpin.
Justeru, tidak hairanlah, Jabatan Perdana Menteri yang dipimpin oleh Najib sendiri mempunyai lebih 40,000 kakitangan dengan peruntukan RM12 bilion setahun untuk tujuan pembangunan dan pengurusan.
Selain itu khazanah negara seperti Petronas dan Felda diletakkan di bawah pengawalan terus Najib. Ini membolehkan Perdana Menteri menggunakan kuasa-kuasanya untuk tidak mendedahkan butiran-butiran yang menyebabkan rizab tunai Felda susut 60 peratus dalam tempoh lima tahun.
Begitu juga Najib tidak perlu menjelaskan kepada parlimen bagaimana wang Petronas digunakan dan keperluan syarikat itu menggunakan rizab tunainya untk membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan walaupun keuntungannya susut.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemerintahan Najib tidak banyak berbeza daripada dasar penindasan dan zalim semasa zaman penjajahan Inggeris.
Ini kerana jika penjajah Inggeris menindas rakyat Malaya ketika itu dengan pelbagai undang-undang zalim yang menafikan hak dan kebebasan rakyat, Umno-Barisan Nasional pula meneruskan dasar-dasar ini.
Anwar berkata demikian selepas beliau sekali lagi menjadi sasaran apabila polis menafikan permit untuk beliau berceramah di sebuah padang bola di Linggi Negeri Sembilan baru-baru ini. Ceramah akhirnya terpaksa diadakan di sebuah kebun di pinggiran kawasan berkenaan.
Menurut Britt dalam majalah Free Inquiry walaupun pemerintahan fasis sudah lama berakhir di negara seperti Itali dan Jerman, hakikatnya ialah ia diteruskan di banyak tempat lain, khususnya di negara membangun.
“Walaupun negara-negara ini daripada latarbelakang identiti, budaya, tahap pembangunan dan sejarah yang berbeza, namun mereka mengikuti jalur fasis atau pro-fasis untuk mendapatkan, mengembangkan dan mengekalkan tampuk kekuasaan,” tulis Britt.
Beliau berkata semua rejim tersebut telah digulingkan oleh rakyat tetapi analisis pemerintahan zalim mereka mendedahkan beberapa persamaan asas.
Antaranya kecenderungan pemerintah mempromosi semangat kebangsaan atau patriotisme yang dikaitkan dengan sesuatu bangsa atau kelompok.
“Penerapan semangat nasionalisme menjadi amat penting yang dizahirkan melalui slogan, sepanduk, kain rentang sehingga rakyat terpengaruh.Ini diikuti dengan sikap anti kepada pengaruh luar sehingga ke tahap taksub,” jelas Britt.
Sistem fasis juga mengamalkan dasar yang menekan dan menafikan hak asasi rakyat.
Rejim yang memerintah memandang isu hak asasi sebagai tidak bernilai dan penghalang kepada usaha mencapai objektif golongan elit pemerintah.
“Dengan menggunakan strategi propaganda yang licik, rakyat dipengaruhi untuk menerima penindasan hak asasi mereka. Sekiranya pencabulan sampai ketahap diketahui umum, pemerintah akan menggunakan taktik, kerahsiaan, penafian dan penyebaran maklumat yang salah,” tegas beliau.
Satu lagi ciri utama pemerintahan kuku besi ialah kawalan ketat yang dikenakan ke atas media massa.
Kajiannya mendapati di bawah sesetengah rejim, media massa dikawal secara terus bagi memastikan ia tidak lari daripada dasar rasmi kerajaan.
“Rejim lain menggunakan cara yang lebih terselindung untuk menundukkan media termasuk mengawal perlesenan, akses kepada sumber, tekanan ekonomi serta ugutan.
“Mereka yang mengetuai organisasi media pula bersekongkol dengan pemerintah dan dengan cara ini menghalang maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan diketahui rakyat,” kata Britt lagi.
Pemerintahan yang berasaskan fahaman fasisme juga terlalu taksub dengan isu keselamatan negara sehingga institusi keselamatan dikawal secara langsung oleh pemerintah.
Institusi keselamatan seperti polis dan tentera disalahgunakan sebagai alat penindasan rakyat dan selalunya dilakukan secara rahsia tanpa sebarang kekangan perundangan.
“Semua tindakan institusi ini diabsahkan atas alasan keselamatan negara dan mempersoalkannya dianggap tidak patriotik malah kadangkala dilabel sebagai pengkhianatan.
Britt seterusnya mendedahkan sistem kuku besi menggalakan amalan kronisme malah melindunginya bagi kepentingan golongan elit yang memerintah.
“Walaupun kebebasan rakyat dikekang, syarikat korporat besar beroperasi secara bebas kerana pemerintah menganggap ia bukan sahaja sebagai sumber kekayaan tetapi juga cara pengawalan sosial.
“Golongan elit sektor ekonomi akan dilindungi oleh kumpulan elit politik dalam jalinan menang-menang terutamanya untuk menindas rakyat bawahan,” kata Britt lagi.
Budaya ini kemudiannya berkait rapat dengan gejala kronisme dan rasuah yang digalakkan membiak tanpa sebarang kawalan.
Mereka yang berada dalam lingkungan perniagaan dan rapat kepada golongan elit pemerintah akan memperkayakan diri mereka.
“Gejala rasuah ini berfungsi dua hala; golongan elit pemerintah akan menerima habuan kewangan dan material daripada penguasa ekonomi manakala mereka pula akan menerima keutamaan projek daripada kerajaan.
“Selain itu golongan elit pemerintah mempunyai sumber lain untuk menimba harta serta kekayaan: umpamanya dengan merompak hasil mahsul negara. Dengan institusi keselamatan di bawah telunjuk mereka dan media dalam kawalan ketat, gejala rasuah yang membarah ini dibiarkan tanpa sebarang halangan dan tanpa disedari dan difahami oleh rakyat umum,” katanya.
Britt juga mendapati pemerintahan kuku besi berjaya dikekalkan dengan memanipulasi sistem pilihan raya dalam sesebuah negara.
“Pilihan raya selalunya dibelenggu dengan penipuan samada secara terangan-terangan atau penyelewengan licik. Apabila pilihan raya diadakan pemerintah akan memastikan keputusan akan memihak kepadanya.
“Antara pencabulan sisten pilihan raya yang biasa dilakukan termasuk mengawal jentera pelaksana pilihan raya, mengugut serta melakukan intimidasi terhadap penyokong pembangkang, memusnah atau menafikan pengundian secara sah dan mengikut undang-undang, dan akhirnya menggunakan badan kehakiman untuk memastikan golongan elit terus berkuasa,” tegas Britt.
Tambah Britt lagi ciri sistem kuku besi lain termasuk melabel golongan yang menentang rejim sebagai pengganas atau teroris. Melalui jentera propaganda, kerajaan akan berusaha menghapuskan kumpulan ini dengan apa cara sekali pun.
Kata beliau lagi pemerintah fasis akan mengutamakan golongan yang mendokong tampuk kekuasaan mereka dengan meminggirkan kepentingan rakyat.
“Golongan pemerintah akan merapatkan hubungan dengan kelompok agama yang digunakan untuk menghalalkan segala tindak tanduk denga salahguna kuasa kerajaan.
“Malah golongan fasis akan menonjolkan imej bahawa merekalah pelindung kepada agama dan mempertahankan kesuciannya. Persepsi menentang kerajaan sama dengan melawasn agama ditanam dalam minda rakyat,” kata Britt.
Pemerintahan kuku besi juga menekan kesatuan pekerja serta menafikan hak golongan pekerja.
“Fasisme juga menunjukkan sikap permusuhan terhadap golongan intelek dan karyawan. Kebebasan intelek dan berkarya dianggap sebagai kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara.
“Universiti dikawal ketat dan kegiatan politik yang bertentangan dengan kepentingan pemerintah akan dihapuskan,” ujar beliau lagi.
Tegas Britt, fasisme tidak bertoleransi terhadap sebarang kegiatan pembangkang yang mampu mengugat kekuasaan mereka.
“Kekerasan digunakan untuk menekan serta menangkap pemimpin parti pembangkang dan mereka dilabel sebagai pengacau dan pengkhianat malah seringkali tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada pihak penentang. Pihak polis pula bertindak sesuka hati dengan melampaui batas kuasa mereka,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin