KEJADIAN HARI KIAMAT- Pendahuluan
Kitab suci Al-Quran menyebutnya sebagai ‘qiamat’. Agama Hindu mengenalinya sebagai ‘maha pralaya’. Apabila alam Melayu mula menerima Islam, Maha Pralaya pun berganti dengan ‘kiamat’, mengikut lidah Melayu apabila menyebut ‘qiamat’.
Saya melihat ada DUA SESI HARI KIAMAT sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Kiamat yang pertama ialah hari berlakunya kemusnahan alam. Kiamat yang kedua pula ialah hari kebangkitan semula semua makhluk selepas kemusnahan alam.
Kiamat tentang hari kemusnahan alam contohnya:
“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”
(Al-Zalzalah: 1-2)
Kiamat tentang hari kebangkitan semula contohnya:
”Pada hari itu manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka akan amal-amal mereka.”
(Al-Zalzalah: 6)
Kedua-dua ayat di atas menceritakan tentang HARI YANG SAMA iaitu kiamat, tetapi ayat yang pertama mengisahkan HARI KEHANCURAN manakala ayat kedua menceritakan HARI KEBANGKITAN. Kedua-duanya hari kiamat.
Dalam tulisan ini, kiamat yang akan kita perkatakan ialah kiamat jenis yang pertama iaitu hari kehancuran alam dan isinya.
Satu persoalan, mengapa kedua-dua sesi berlainan acara itu dinamakan sebagai kiamat?
Boleh jadi kerana rapatnya jarak masa antara sesi pertama dengan sesi kedua. Sebaik-baik sahaja alam dihancurkan, dengan segera makhluk dibangkitkan semula.
Wallahualam.
Bila Kiamat Akan Berlaku?
Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:
“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Al-A’raaf: 187)
Berpandukan ayat ini, jelaslah kepada kita sememangnya tidak ada sesiapapun yang dapat memberikan jawapan kepada soalan, “Bila akan berlaku kiamat?”
Injil Markus daripada Alkitab (Bible) menyokong hal ini dengan kata-kata Jesus (Nabi Isa as) yang berbunyi:
"Heaven and earth will pass away, but My words will by no means pass away. "But of that day and hour no one knows, not even the angels in heaven, nor the Son, but only the Father.”
(Mark 13: 31-32, New King James Version)
Maksudnya:
“Langit dan bumi akan lenyap (kiamat), tetapi perkataan-perkataanku tidak akan lenyap. Namun tentang hari dan masa (berlakunya kiamat) itu tidak ada sesiapapun yang tahu, tidak (diketahui) juga oleh para malaikat di syurga, tidak (diketahui oleh) Anak (Jesus), tetapi hanya Bapa (iaitu Allah saja yang tahu).”
Kesimpulannya, jangan sama sekali percaya dengan tarikh dan tahun-tahun kiamat yang diramalkan oleh sesiapapun. Kiamat akan berlaku pada waktu yang memang tidak disangka-sangka (secara mengejut) oleh sesiapapun.
Hal inilah yang ditekankan oleh Tuhan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“(Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan SECARA MENGEJUT.”
Antara Nama-nama Kejadian Kiamat dalam Al-Quran
AS-SAA’AH (Saat Itu)
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa pada SAAT ITU adalah sangat besar (hebat).”
(Al-Hajj: 22)
AL-QAARI’AH (Hari yang Menggemparkan)
“HARI YANG MENGGEMPARKAN! Apakah hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya (caranya) untuk engkau tahu apakah hari yang menggemparkan itu? (Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 1-5)
AL-HAAQQAH (Saat yang Pasti Berlaku)
“SAAT YANG PASTI BERLAKU.”
(Al-Haaqqah: 1)
AL-WAAQI’AH
“Al-Waaqi’ah. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian yang merendahkan dan meninggikan. Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya. Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya. Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”
(Al-Waaqi’ah: 1-6)
AL-ZALZALAH (Hari Gegaran)

Suasana Kejadian Kiamat Menurut Al-Quran
“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)
Pada hari itu penduduk bumi ada yang terpelanting berselerak ke udara. Gunung-ganang juga tercabut dan terpelanting ke langit lalu terpecah-pecah. Keadaan gunung-ganang itu samalah seperti pertunjukan bunga api yang biasa kita lihat sempena pesta-pesta.
Untuk mendapatkan lebih pemahaman, kita ambil contoh bulu kucing dengan lastik (terbil). Kumpulkan bulu-bulu kucing gugur yang kering, satukan semuanya lalu kita lastik ke udara. Kita boleh lihat bagaimana lajunya bulu-bulu ini pergi dan kemudiannya pecah berselerakan. Begitulah keadaan gunung-ganang pada hari tersebut. Alangkah menggerunkan!
Ayat 3: Kejadian (hari kiamat) yang merendahkan dan meninggikan.
Ayat 4: Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya.
Ayat 5: Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya.
Ayat 6: Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”
(Al-Waaqi’ah: 3-6)
Ada ulama mentafsirkan “Kejadian yang merendahkan dan meninggikan” itu sebagai merendahkan (menghinakan) orang-orang yang engkar dan meninggikan (memuliakan) orang-orang yang soleh. Maksudnya ayat itu mengisahkan kiamat selepas hari kehancuran iaitu HARI KEBANGKITAN. Memanglah pada hari kebangkitan makhluk-makhluk yang engkar akan dihina manakala yang taat akan dimuliakan.
Namun begitu saya punya sudut pandangan yang lain sebagai satu perkongsian akan apa yang saya fahami ketika berinteraksi dengan ayat tersebut.
Ayat ke-4 hingga ke-6 membicarakan HARI KEHANCURAN. Mengikut kronologi, ayat sebelumnya iaitu ayat ke-3 juga tentulah membicarakan HARI KEHANCURAN, belum lagi membicarakan hari kebangkitan.
Apa yang direndahkan dan apa yang ditinggikan?
Mengapa direndahkan terlebih dahulu kemudian baru ditinggikan?
Kita akan melihat kupasan tentangnya dalam tajuk selepas ini.
Namun begitu, bukan semestinya ayat-ayat al-Quran bercerita mengikut kronologi. Kita lihat contohnya:
Ayat 10: “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.”
Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”
(At-Takwiir: 10-11)
Ayat ke-10 menceritakan HARI KEBANGKITAN kerana surat-surat amal dibentangkan pada hari kebangkitan manakala ayat ke-11 menceritakan keruntuhan langit iaitu pada hari kemusnahan.
Apa yang pasti, peristiwa yang berlaku pada hari kehancuran itu ada MERENDAHKAN SESUATU dan MENINGGIKAN SESUATU. Boleh jadi ia menceritakan keadaan alam semesta yang menjadi tidak seimbang, ada bahagian yang terperosok dan ada bahagian yang meledak.
Wallahualam.
Pada hari itu bumi bergoncang dengan sangat kuat, goncangan yang membuatkan gunung-ganang hancur lebur hingga menjadi debu yang berterbangan. Bayangkanlah, gunung-ganang yang besar lagi teguh pun hancur menjadi debu. Gunung-ganang ini bukan terhambur setakat ruang angkasa bumi, tetapi hingga ke angkasa lepas.

Pada hari kehancuran itu bumi bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat. Bumi juga pecah lalu terhamburlah segala yang ada di dalam perut bumi.
“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)
Hal ini memang sangat mengerikan. Bayangkan kita melihat langit terbelah dari timur ke barat. Bumi menjadi rata kerana apa saja yang ada di atas permukaannya termasuklah gunung-ganang sudah terhambur ke angkasa. Selepas itu barulah isi perut bumi meledak dan mengeluarkan segala kandungannya. Akhirnya bumi pun turut hancur-lebur, kosong...
“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”
(Al-Infitaar: 1-3)
Pada mulanya langit terbelah. Kemudian ada bintang-bintang dan planet-planet jatuh berguguran ke bumi (melanggar bumi). Ketika itu lautan pun bergelodak dengan hebatnya akibat gangguan graviti dan hentaman bintang-bintang.
“Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”
(At-Takwir: 1-3)
Saya mengalami kesukaran untuk memahami maksud “...matahari DILINGKARI cahayanya.”, jadi saya tinggalkan. Dalam tafsir ar-Rahmaan ditulis begini, “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).”
Boleh jadi ia bersangkutan dengan fenomena Red Giant & Supernova (akan kita bincangkan kemudian). Namun kita ada sedikit gambaran berpandukan ayat berikut:
"(Dia) menjadikan malam MELINGKARI siang dan menjadikan siang MELINGKARI malam..."
(Az-Zumar: 5)
'MELINGKARI' pada ayat ini lebih kepada MENUTUP ataupun MENGALAHKAN. Wallahualam.
Pada hari itu ada bintang-bintang (termasuklah planet-planet) gugur berselerak dan menimpa bumi menyebabkan gunung-ganang tercabut lalu terpelanting ke angkasa.
Begitulah antara gambaran hari yang amat dahsyat itu menurut al-Quran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan