Panduan dan maklumat pada tayar kenderaan
Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin juga ramai yang tak tahu..
jadi dikongsikan sebagai untuk mengingatkan balik kepada yang dah tahu dan memberi ilmu baru kepada yang masih belum tahu..
jangan main tukar je..hehehe..
biasanya kita memilih tayar berdasarkan nombor pada tayar tu kan..
contoh nombor kat tayar diatas P185/60R14 82H
Nombor 185 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.
Nombor 60 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Huruf "R" merujuk kepada binaan
tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak
20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi
prestasi lebih bagus.
Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
Nombor 82 melambangkan indek
keupayaan mengangkut berat tayar itu. Rujuk jadual index beban. oleh
kerana kereta menggunakan 4 tayar, darabkan berat dengan 4..
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Rujuk jadual kadar kelajuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan