Rabu, 12 Oktober 2011

PANDUAN SOLAT DI DALAM KAPAL TERBANG.

Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Panduan solat di dalam kenderaan (kapal terbang)

Solat merupakan perkara pertama yang akan disoal di alam barzakh nanti, dan ia juga merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Kesemua kita yang bergelar Muslim, tidak terkecuali daripada melaksanakan perintah Allah ini mahupun dalam keadaan senang apatah lagi susah.

Pelbagai kemudahan atau dengan kata lainnya “rukhsah” telah diberikan kepada kita agar dapat menunaikan solat. Jika kita sedang bermusafir, Allah berikan kemudahan kepada kita dengan melakukan solat secara Qasar dan Jamak.

Malahan, jika seseorang itu sakit sekalipun, tetapi masih mampu untuk melaksanakan solat, terdapat pelbagai cara untuk mereka melakukan solat ini tidak kira dalam keadaan duduk, berbaring atau sekadar menggunakan isyarat mata (bergantung pada keadaan seseorang).

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah Salallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:

“Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat” (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a.)

Jadi, tidak ada alasan sebenarnya untuk kita meninggalkan waktu solat ini dengan sengaja. Malah, tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk bersolat juga bukanlah alasan untuk membenarkan kita meninggalkan solat.

Solat di atas/dalam kenderaan

Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi mengenai panduan solat di dalam kapal terbang.

Abdullah ibnu Umar radhiallahu-anhu menceritakan, pernah seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah salallahu ‘alayhi wasallam:

Bagaimanakah caranya saya tunaikan solat di dalam perahu? Baginda menjawab, “Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.” (Hadith Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Hakim. Menurut al-Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5009).

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa kita dibolehkan untuk solat di dalam kenderaan, tidak kira di dalam perahu, kereta, kapal terbang, ataupun di atas binatang tunggangan sekalipun, tetapi dengan syarat jika waktu itu, keadaan tidak mengizinkan untuk kita bersolat secara sempurna di atas darat.

Menentukan waktu solat [1]

Persoalan utama yang berlegar di dalam kepala adalah waktu solat. Bagaimana untuk kita mengetahui waktu solat terutamanya jika berada di dalam kapal terbang.

Bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh kita mungkin dapat mengetahuinya dengan melihat, iaitu apabila tenggelamnya matahari maka masuklah waktu Maghrib, apabila hilang cahaya merah maka masuklah waktu Isyak dan apabila terbitnya matahari, maka masuklah waktu Subuh.

Bagi waktu Zohor dan ‘Asar, kita boleh tunaikan dengan cara berijtihad dan berusaha mencari (untuk mengetahui masuknya waktu). Apabila kita mengetahui waktunya di Negeri yang kita berada di atasnya, maka hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat, kerana waktu di atas/dalam kapal terbang tidak sama seperti waktu di bumi. Kita juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib degan ‘Isyak samaada jamak Taqdim ataupun jamak Ta’khir.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, Maka dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, kemudian dia solat, maka solatnya sah, melainkan apabila jelas padanya (selepas itu) dia solat sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya, jika tidak ada apa-apa, maka tidak mengapa.
Arah kiblat?
“Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk”.- Al-Baqarah; 149-150
Berdasarkan dalil daripada al-quran ini, seseorang yang ingin menunaikan solat, wajiblah menghadap ke arah kiblat. Namun, jika berada di dalam pesawat dan kita telah berusaha untuk mencari arah kiblat yang betul, kita dibolehkan untuk menganggarkan arah kiblat setepat mungkin. Terdapat hadith yang menerangkan tentang hal ini:
“Jabir bin Abdillah radhiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihy wasallam lalu beliau berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya
Berdasarkan kepada hadis diatas,para Fuqaha telah bersepakat bahawa solat tetap wajib dilaksanakan walaupun tidak menghadap kiblat [2].
Keadaan solat
Berdasarkan hadith solat di atas perahu di atas, seseorang yang ingin menunaikan solat di dalam kapal terbang hendaklah bersolat secara berdiri jika mampu, tetapi jika dikhuatiri akan terjatuh ataupun tiada ruang yang cukup untuk bersolat secara sempurna, insyaAllah dibenarkan untuk kita bersolat secara duduk. Solat secara duduk dilakukan sama seperti solat dalam keadaan berdiri. Untuk rukuk dan sujud, kita hendaklah membezakan di antara keduanya. Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah :
“Jika mampu bersujudlah di atas tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu lebih rendah dari ruku’ mu.”
Solat secara duduk (jika terdapat keuzuran untuk solat berdiri) diterima dan solat tersebut adalah sempurna. Namun,pahalanya kurang separuh daripada mereka yang solat dengan
berdiri.Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

“Pahala orang yang solat duduk separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri”

Sahkah solat? Perlu mengulangi solat apabila berada di darat?

Jika kita telah sedaya mungkin menunaikan solat, walaupun dalam keadaan duduk (kerana tidak terdaya melakukan dalam keadaan berdiri), insyaAllah solat kita sah dan diterima Allah. Tetapi, kita harus berhati-hati kerana jika kita sengaja solat secara duduk tanpa ada keuzuran, solat kita menjadi tidak sah.

Adakah seseorang yang solat secara duduk ketika beliau uzur (sakit) perlu untuk mengulangi solat beliau secara berdiri selepas beliau sihat ?

Namun, jika segala daya usaha telah dilakukan dengan kesungguhan, maka dirikanlah solat semampu yang mungkin. Allah subhanahu-wa-ta’ala telah berfirman dalam surah at-Taghabun ayat 16:

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu.” (at-Taghabun; 16)

Rasulullah Sallahu ‘ alayhi wasallam juga bersabda yang bermaksud:

“Apabila aku perintahkan kamu dengan suatu urusan, maka lakukanlah mengikut yang termampu oleh kamu” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu-anhu).

Solat yang telah kita lakukan sebaik yang mungkin itu juga tidak perlu lagi untuk diulang atau diqhada’kan.

Firman Allah:
“(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah: 13)

Berdasarkan artikel ini, ketahuilah bahawa walau apa sekalipun keadaan kita, kita masih diwajibkan untuk menunaikan ibadah solat. Saya sertakan beberapa sumber untuk rujukan para pembaca dan harapan saya semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin memulakan perjalanan ke tempat jauh dengan menaiki kapal terbang.

Semoga mendapat manfaat darinya, insyaAllah. Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin