Selasa, 11 Oktober 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU.

Biarpun Hari Ibu telah disambut pada Ahad lepas, masiht idak ketinggalan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua para ibu.  Semoga ibu-ibu  semua memperolehi rahmat dan nikmat dari Allah SWT. 

Sempena Hari Ibu tahun ini  PS Mubin memfokuskan kepada kita sebagai anak-anak.   Cuba tanya diri kita apakah sumbangan dan jasa kita kepada ibu bapa kita.  Cukupkah khidmat dan sumbangan  dan pertolongan yang kita berikan selama ini.  

Kita sebagai anak-anak diajar dan diasuh supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa kita.  Segala  jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak didalam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya.  Mereka berdua bertanggungjawab  mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa.  Mereka juga sanggup mengorbankan  nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran  untuk masa depan anak-anak.  Cuba kita renungkan kembali ketika kita kecil dahulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita . memakai pakaian kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya menjadi insan yang berguna dikemudian hari. 

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat.  Pengorbanan dan kudrat dicurah tanpa mengira siang dan malam.  Hanya tahu memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungan yang dijaga penuh selama sembilan bulan.    Justeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalh hasil dari pengorbanan mereka.  Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.  Untuk itu kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada mereka.

Kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya tidak dapat dinilai dengan emas dan permata. Tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.  Kasih sayang seorang ibu melebihi segala-galanya.  Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat.  Kadangkala ibu tidak dapat menyuap  makanan kemulutnya dan melelapkan matanya kerana teringat anaknya dan ada ketikanya air mata berlinang mengalir membasahi pipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anaknya. Harus diingat, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka? Ambillah kesempatan untuk menyayangi ibu bapa kita semasa  semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin