Rabu, 12 Oktober 2011

RANCANGAN NASA HENDAK MELETUP BULAN PADA 2012.

Inilah yang boleh dikatakan satu pembaziran yang berlaku. Bagaimana duit yang sepatutnya disalurkan untuk membantu terlalu ramai yang manusia Bumi ini. Tetapi sebaliknya berlaku dimana, orang-orang kulit putih dari Amerika Syarikat ini lebih suka membelanjakan berbillion untuk mengejar sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang faedah kepada manusia selain hanya mahu mengekalkan kuasa mereka dalam bidang angkasa lepas.
Pada hari ini, ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau. Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
4799120018 bea3888d53 Rancangan NASA Meletupkan Bulan
LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk. Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua. Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.
“Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi,” kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari. Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.
“Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya,” kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan.
4798487751 2256658e02 Rancangan NASA Meletupkan Bulan
Amerika? Biasalah, mana boleh kalah lebih-lebih apabila mendengar laporan yang mana sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. Amerika Syarikat yang dikatakan sudah beberapa kaki menjejak kaki ke bulan tetapi masih belum menjumpai air di sana. India yang boleh dikatakan low profile dalam misinya untuk ke bulan, mampu menjumpai air di bulan.
P/S : Lebih-lebih lagi sekarang ini, Rusia dikatakan sudah merancang untuk menghantar angkasawannya pergi ke Marikh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin