Sepatutnya remaja mencapai tahap kematangan
sebaik sahaja mencecah usia akil baligh. Pada asasnya, baligh dari segi
bahasa bererti "sampai". Akil baligh, secara mudah bermakna sampai
akal. Maksudnya, sudah mampu berfikir dengan baik dan sempurna.
Pada tahap ini, remaja sepatutnya sudah sampai atau mencapai tahap kematangan dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah Allah. Justeru, pada usia ini (mengikut syariat Islam), dosa dan pahala seseorang sudah mula direkod. Amal baiknya diberi pahala, amal jahat dicatat sebagai dosa. Pada usia itu juga, jika seseorang itu menemui ajalnya, maka dia akan dihisab dan diputuskan sama ada masuk syurga atau neraka. Tegasnya, pada tahap akil baligh setiap manusia bertanggungjawab terhadap diri masing-masing di hadapan Allah azzawajalla.
Remaja yang sudah mencapai usia akil baligh sepatutnya sudah lengkap
dengan ilmu fardu ain. Mereka sepatutnya sudah tahu dan memahami secara
umum tentang semua rukun iman dan rukun Islam, serta perkara-perkara
asas yang berkaitan dengannya.
Misalnya, seorang remaja wajib kenal Allah dengan segala sifat kesempurnaan-Nya, kenal kitab, malaikat, para rasul dan rukun iman yang lain. Mereka juga sepatutnya tahu persoalan rukun Islam. Misalnya, tentang solat termasuk bacaan al-Fatihah, tahiyat, wuduk dan tahu cara membasuh najis, mandi hadas besar dan lain-lain.
Tegasnya, pada usia baligh seharusnya tidak timbul lagi masalah dari segi persediaan, sebaliknya sudah cukup bersedia untuk melaksanakan ajaran Islam. Bak kata pepatah, dayung telah di tangan, perahu telah di air, maka yang tinggal untuk mendayung sahaja. Usia tersebut bukan lagi masa untuk melakukan persediaan, apatah lagi jika tidak bersedia langsung.
Umur 15 tahun bagi remaja lelaki, dan 9-12 tahun bagi remaja perempuan ialah detik masa yang sangat bermakna. Ini bukan masanya untuk berlengah-lengah dan bersantai-pantai. Sebaik sahaja mencapai akil baligh, itulah hakikatnya tarikh permulaan seseorang manusia didaftar "masuk" sebagai "pekerja" Allah. Prestasinya sudah dinilai. Baik atau jahat keperibadiannya sudah ada ganjaran dan hukuman.
Sewajarnya ibu bapa perlu mengingatkan anak mereka yang telah baligh
agar melaksanakan tugas mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka
bumi ini. Perlu dititikberatkan agar anak-anak tahu tugas-tugasnya.
Ingatkan dan dorong mereka agar menjaga batas-batas dan sempadan bagi
sebarang kelakuan dan percakapannya.
Remaja pada usia akil baligh seolah-olah telah menandatangani surat "aku janji" sebagai pekerja baru yang telah diberi senarai tugasan, disuruh semak, diminta mengaku dan berjanji (aku janji) agar mentaati Allah. Begitulah pentingnya erti akil baligh ini bagi remaja dan ibu bapa mereka.
Malangnya, usia akil baligh ini semacam dianggap remeh-temeh dalam kehidupan remaja. Ada detik atau tarikh lain (yang kadang-kadang langsung tidak ada nilai Islamnya) yang lebih diagungkan seperti "Valentine Day", "Halloween" dan lain-lain. Mengapa semua ini berlaku?
Apa signifikannya usia akil baligh bagi remaja yang sebegitu? Justeru, secara sindiran ada yang mengatakan usia akil baligh itu bukan 15 tahun tapi 55 tahun! Sebab pada usia selepas pencen itulah ramai yang baru mula beramal atau membuat persediaan untuk beramal. Itu pun kira baik, kerana ada juga manusia yang sudah mencecah usia 55 tahun pun terasa belum baligh-baligh lagi.
Jika boleh dirumuskan, usia akil baligh inilah boleh dikatakan sudah "sampai seru". Apabila sudah baligh, ertinya sudah sampai seru. Jadi, usah berdalih lagi, kalau ditanyakan kenapa tidak solat, jangan menjawab, "tak sampai seru..."
Akibat tidak memahami persoalan ini, ramai remaja tidak menyediakan diri untuk memulakan hidup baru pada tarikh mereka mencapai usia baligh. Usia itulah sebenarnya usia kematangan mereka.
Ketika itulah kematangan seseorang harus dicapai yakni apabila faktor ilmu, iman, syariat, akhlak, kemampuan berfikir, kepekaan emosi serta ketangkasan berfikir mula dimiliki dan digunakan.
Sebagai muhasabah, mari datangkan pertanyaan-pertanyaan ini kepada diri kita. Bolehkah seorang remaja dianggap matang jika dengan Allah, Tuhan yang mencipta dan menjaganya setiap masa tidak dikenali dan ditaatinya?
Bolehkah seseorang itu dianggap matang sekiranya dia meninggalkan solat, tiang agama yang akan menyelamatkannya dunia dan di akhirat?
Di mana letak kematangannya jika dia masih tega membazir masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif (impak positif) malah bersifat destruktif (menjahanamkan) kepada hidupnya sendiri
Remaja yang tidak matang boleh buang masa berjam-jam dengan Internet, melayari laman web yang tidak memberi sekelumit faedah, sedangkan sepatutnya dia memperuntukan masa mengulangkaji pelajaran. Ramai yang melepak di pusat membeli-belah tanpa matlamat yang spesifik. Begitu juga yang merempit, terlibat dengan dadah, seks bebas dan pergaulan antara lelaki dan wanita yang melampaui batas.
Mereka bertindak sedemikian kerana belum matang untuk menilai, memilih dan memikirkan akibat daripada tindakannya. Yang difikirkannya hanyalah keseronokan yang sementara, walaupun akibat buruknya berkekalan. Sedangkan bagi remaja yang baligh dan matang dalam erti kata yang sebenar, dia tahu dan sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah, ibu bapa dan dirinya sendiri.
Hanya remaja yang matang akan menjadi manusia yang baik (soleh) dan mampu membaikkan (muslih) orang lain. Merekalah khalifah di muka bumi ini yang sejati - yakni yang mampu memberi kebaikan kepada diri sendiri, orang di sekeliling dan alam sekitarnya. Orang yang matang ialah orang yang mendapat petunjuk Allah dan beruntung dalam hidupnya.
Pada tahap ini, remaja sepatutnya sudah sampai atau mencapai tahap kematangan dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah Allah. Justeru, pada usia ini (mengikut syariat Islam), dosa dan pahala seseorang sudah mula direkod. Amal baiknya diberi pahala, amal jahat dicatat sebagai dosa. Pada usia itu juga, jika seseorang itu menemui ajalnya, maka dia akan dihisab dan diputuskan sama ada masuk syurga atau neraka. Tegasnya, pada tahap akil baligh setiap manusia bertanggungjawab terhadap diri masing-masing di hadapan Allah azzawajalla.
Sebelum Baligh
Mengenal Matang
•Erti matang
Sudah mampu menilai, berfikir, memilih, membuat keputusan, seterusnya bertindak dengan benar, betul, baik dan tepat.
•Bagaimana matang terhasil?
Kematangan adalah gabungan ilmu, sikap dan keyakinan.
•Skop matang
Meliputi rohani, emosi dan akal.
Sudah mampu menilai, berfikir, memilih, membuat keputusan, seterusnya bertindak dengan benar, betul, baik dan tepat.
•Bagaimana matang terhasil?
Kematangan adalah gabungan ilmu, sikap dan keyakinan.
•Skop matang
Meliputi rohani, emosi dan akal.
Misalnya, seorang remaja wajib kenal Allah dengan segala sifat kesempurnaan-Nya, kenal kitab, malaikat, para rasul dan rukun iman yang lain. Mereka juga sepatutnya tahu persoalan rukun Islam. Misalnya, tentang solat termasuk bacaan al-Fatihah, tahiyat, wuduk dan tahu cara membasuh najis, mandi hadas besar dan lain-lain.
Tegasnya, pada usia baligh seharusnya tidak timbul lagi masalah dari segi persediaan, sebaliknya sudah cukup bersedia untuk melaksanakan ajaran Islam. Bak kata pepatah, dayung telah di tangan, perahu telah di air, maka yang tinggal untuk mendayung sahaja. Usia tersebut bukan lagi masa untuk melakukan persediaan, apatah lagi jika tidak bersedia langsung.
Umur 15 tahun bagi remaja lelaki, dan 9-12 tahun bagi remaja perempuan ialah detik masa yang sangat bermakna. Ini bukan masanya untuk berlengah-lengah dan bersantai-pantai. Sebaik sahaja mencapai akil baligh, itulah hakikatnya tarikh permulaan seseorang manusia didaftar "masuk" sebagai "pekerja" Allah. Prestasinya sudah dinilai. Baik atau jahat keperibadiannya sudah ada ganjaran dan hukuman.
Aku Janji Bermula
Ciri Remaja Yang Matang
Saya remaja yang matang apabila:
•Mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan jelas.
•Meningkatkan potensi diri ke tahap maksimum.
•Memberi kebaikan kepada orang lain secara konsisten.
•Mampu membuat keputusan yang benar dengan tepat dan cepat.
•Mempunyai keyakinan dan harga diri yang tinggi.
•Bijak mengurus masa.
•Iltizam dengan pelaksanaan tugasan dan peranan.
•Mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan jelas.
•Meningkatkan potensi diri ke tahap maksimum.
•Memberi kebaikan kepada orang lain secara konsisten.
•Mampu membuat keputusan yang benar dengan tepat dan cepat.
•Mempunyai keyakinan dan harga diri yang tinggi.
•Bijak mengurus masa.
•Iltizam dengan pelaksanaan tugasan dan peranan.
Remaja pada usia akil baligh seolah-olah telah menandatangani surat "aku janji" sebagai pekerja baru yang telah diberi senarai tugasan, disuruh semak, diminta mengaku dan berjanji (aku janji) agar mentaati Allah. Begitulah pentingnya erti akil baligh ini bagi remaja dan ibu bapa mereka.
Malangnya, usia akil baligh ini semacam dianggap remeh-temeh dalam kehidupan remaja. Ada detik atau tarikh lain (yang kadang-kadang langsung tidak ada nilai Islamnya) yang lebih diagungkan seperti "Valentine Day", "Halloween" dan lain-lain. Mengapa semua ini berlaku?
Baligh yang Tidak Diendah?
Semuanya disebabkan Allah dipinggirkan daripada kehidupan remaja. Kita kurang kenal kehebatan dan keagungan-Nya. Apabila tidak kenal, maka tidak cinta. Tiada rasa gerun dan mengharap kepada Allah. Akibatnya, ramai yang tidak nampak manfaat mentaati-Nya dan bencana jika melanggar suruhan-Nya. Apabila kita tidak mampat ganjaran dan ancaman, maka sudah tentu tidak timbul dorongan untuk beramal. Apabila berlaku sedemikian, mana mungkin timbul keinginan untuk melakukan persediaan untuk beramal kerana Allah. Kesannya, usia akil baligh tidak dipentingkan lagi.Apa signifikannya usia akil baligh bagi remaja yang sebegitu? Justeru, secara sindiran ada yang mengatakan usia akil baligh itu bukan 15 tahun tapi 55 tahun! Sebab pada usia selepas pencen itulah ramai yang baru mula beramal atau membuat persediaan untuk beramal. Itu pun kira baik, kerana ada juga manusia yang sudah mencecah usia 55 tahun pun terasa belum baligh-baligh lagi.
Jika boleh dirumuskan, usia akil baligh inilah boleh dikatakan sudah "sampai seru". Apabila sudah baligh, ertinya sudah sampai seru. Jadi, usah berdalih lagi, kalau ditanyakan kenapa tidak solat, jangan menjawab, "tak sampai seru..."
Akibat tidak memahami persoalan ini, ramai remaja tidak menyediakan diri untuk memulakan hidup baru pada tarikh mereka mencapai usia baligh. Usia itulah sebenarnya usia kematangan mereka.
Ketika itulah kematangan seseorang harus dicapai yakni apabila faktor ilmu, iman, syariat, akhlak, kemampuan berfikir, kepekaan emosi serta ketangkasan berfikir mula dimiliki dan digunakan.
Penanda Asas Kematangan
Lihatlah bagaimana seorang remaja dengan solatnya? Bagaiman ketaatannya kepada ibu bapa? Bagaimana komitmennya sebagai pelajar terhadap kejayaan pengajiannya? Bagaimana simpati dan empatinya terhadap nasib ummah? Jika diteliti, inilah penanda aras bagi kematangan seorang remaja. Remaja yang matang bukan sahaja boleh membezakan antara yang benar dan batil, baik dan buruk, betul dan salah... tetapi mereka mampu menegakkan yang benar, baik dan betul dalam hidup mereka berlandaskan petunjuk agama.Sebagai muhasabah, mari datangkan pertanyaan-pertanyaan ini kepada diri kita. Bolehkah seorang remaja dianggap matang jika dengan Allah, Tuhan yang mencipta dan menjaganya setiap masa tidak dikenali dan ditaatinya?
Bolehkah seseorang itu dianggap matang sekiranya dia meninggalkan solat, tiang agama yang akan menyelamatkannya dunia dan di akhirat?
Di mana letak kematangannya jika dia masih tega membazir masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif (impak positif) malah bersifat destruktif (menjahanamkan) kepada hidupnya sendiri
Hanya yang Matang
Ya, baligh dari segi biologi dan fisologi, semua orang boleh mencapainya. Asalkan badan sihat dan fizikal kuat, maka kita semua boleh mencapai kematangan dari segi fizikal. Tetapi bagaimana dengan kematangan fikiran, jiwa dan emosi? Boleh jadi seseorang itu telah baligh dari segi biologi dan fisiologi, tetapi belum matang dari segi jiwa, akal dan perasaannya. Seseorang yang tidak matang, tidak akan bertanggungjawab. Mereka tidak tahu menilai yang baik dan buruk. Fikirannya selapis sehaja, nampak seronok terus dilakukannya. Mereka tidak memikirkan akibatnya lagi. Apalagi akibat di akhirat (masuk syurga atau dihumban ke neraka), akibat di dunia pun tidak difikirkan.Remaja yang tidak matang boleh buang masa berjam-jam dengan Internet, melayari laman web yang tidak memberi sekelumit faedah, sedangkan sepatutnya dia memperuntukan masa mengulangkaji pelajaran. Ramai yang melepak di pusat membeli-belah tanpa matlamat yang spesifik. Begitu juga yang merempit, terlibat dengan dadah, seks bebas dan pergaulan antara lelaki dan wanita yang melampaui batas.
Mereka bertindak sedemikian kerana belum matang untuk menilai, memilih dan memikirkan akibat daripada tindakannya. Yang difikirkannya hanyalah keseronokan yang sementara, walaupun akibat buruknya berkekalan. Sedangkan bagi remaja yang baligh dan matang dalam erti kata yang sebenar, dia tahu dan sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah, ibu bapa dan dirinya sendiri.
Hanya remaja yang matang akan menjadi manusia yang baik (soleh) dan mampu membaikkan (muslih) orang lain. Merekalah khalifah di muka bumi ini yang sejati - yakni yang mampu memberi kebaikan kepada diri sendiri, orang di sekeliling dan alam sekitarnya. Orang yang matang ialah orang yang mendapat petunjuk Allah dan beruntung dalam hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan