Kacang
soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat sama ada dari
negara barat mahupun timur khususnya masyarakat Negara Cina yang mula
menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang
lalu dimana pengambilan terhadap susu soya dan tauhu. Kacang soya juga
kaya dengan bahan mineral seperti kalcium, sodium, magnesium, iron dan phosphorous. Selain itu, ianya juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B, C, dan D serta lecithin. Antara kesan susu kacang soya yang dibangkitkan adalah penyebab kemandulan kerana mengandungi hormon estrogen. Menurut
kajian kesan pengambilan soya terhadap lelaki, pengambilan diet yang
kaya dengan isoflavon soya untuk satu jangka masa panjang boleh
mempengaruhi sikap dan tingkah laku lelaki tersebut. Isoflavon adalah
bahan penambah semulajadi estrogen dalam protein soya. Purata kajian
menunjukkan pengambilan lebih daripada 120mg isoflavon setiap hari
sekurang-kurang setahun menunjukkan kesan perubahan. Pengambilan kurang
daripada 100mg isoflavon sehari setiap hari selama setahun tidak
menunjukkan apa-apa kesan ke atas serum seksual, isi padu zakar, atau
kualiti air mani. Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan phytoestrogen
terhadap kesihatan reproduktif lelaki. Terdapat sekitar 20mg isoflavon
dalam 1 cawan susu soya. Nama kimia bagi phytoestrogen adalah isoflavon.
Phytoestrogen memiliki sifat seperti estrogen (sangat lemah), juga
boleh bertindak sebagai anti-estrogen. Sifat anti-estrogen yang
dimilikinya menjadi antara faktor soya digunakan dalam melawat kanser
payu dara. Terdapat bukti menunjukkan lelaki vegetarian yang mengambil
soya memiliki paras testosteron yang rendah sedikit, tetapi
penjelasannya lebih kepada kurangnya pengambilan kolestrol dan bukan
disebabkan pengambilan soya. Ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan
pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita.
Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition,
menyebut pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid,
mengurangkan FSH dan mengurangkan LH. Namun begitu kita harus faham
bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan
oleh kita. Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya
memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya
dianggap punca utama kemandulan bagi lelaki dan wanita. Ini adalah
kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah
faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu. Kajian di American Journal
of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan
kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk
mengandung dan melahirkan anak.
Outline:
Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki dan perempuan?
Soya dan hormone Estrogen:
Kacang
soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita,
estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber
tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya
di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa
jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan
phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone
estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen
yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan sel-sel
kanser.
Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak
ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di
negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan
amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara
lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain,
tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam
pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan
oleh American Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya
yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan
mengurangkan LH. Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya
yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian
oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu
bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca
utama kemandulan bagi lelaki dab wanita. Ini adalah kerana kemandulan
mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang
menyebabkan kemanduan itu. Kajian di American Journal of Clinical
Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan
kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan
melahirkan anak.
Bagaimana isu ini bermula?
Satu
kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro
dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan
Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical
School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction. Kajian ini
merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah
kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan
soya dalam diet.
Mereka
telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik
kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan
menjemput seramai 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian. Daripada
598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian.
Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani (sperma) untuk
dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan
sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan
juga dilakukan.
Namun
bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang
berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya.
Kebanyak peserta ini adalah terdiri daripada orang Eropah Caucasian
dan berumur secara purata 36.4 tahun.
Terdapat beberapa kelemahan terhadap kajian ini?
Daripada
99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah
berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian
sperma pula mendapati 42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma
yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55% lelaki yang
mempunyai pergerakan sperma yang lemah. Manakala lelaki yang mempunyai
sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.
Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka
yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilangan sperma yang
kurang. Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari
beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah,
isipadu
kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian.
Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan
memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika
hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan
dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta berjumlah
1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya
merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa. Teknik
kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil
boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para
pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada
masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire
itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat
(rekod) setiap kali mengambil soya. Kebanyakan peserta mempunyai berat
yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa
berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun
tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh
mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk
lelaki yang mempunyai berat yang ideal. Terdapat beberapa kritikan yang
diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di
kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet
pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah. Namun
pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang
mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu
dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai
hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari
dan malam. Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan
doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki
dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk
rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara
menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan iaitu diet pemakanan
yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat. Bagi mereka yang tidak
mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang
drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana
mengambil soya atau produk soya dalam makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan