Cinta. Ramai yang sudah bercinta dan ramai juga yang "pernah"
bercinta. Kalau yang bercinta kemudian berkahwin, baguslah. Tapi apa
motif bercinta kalau sudah menjadi pasangan bahagia, tiba-tiba putus?
Tidakkah membuang masa namanya itu? Pernah tak korang terfikir kalau
korang single sahaja? Jangan risau tentang jodoh, kerana Tuhan ciptakan
kita semua dengan pasangan masing-masing. Suatu hari nanti jodoh kita
tetap akan tiba.
Apa beza kalau sudah ada teman lelaki / teman wanita dan tiada? Ramai sudah yang saya jumpa, bila single, nak cari teman wanita / teman lelaki, tapi bila sudah dapat nak single pula? Apa sebenarnya yang diri kita mahukan? Cuba fikir masak-masak sebelum meneruskan perhubungan ke tahap yang lain. Salahkah kalau sekadar berkawan dan mengambil berat satu sama lain sahaja tanpa perlu bercinta? Kasih sayang boleh dikongsi kan? Begini lebih bagus kerana tiada komitmen dan masing-masing mempunyai hala tuju yang baik. Mencintai tidak semestinya memiliki kan?
Cuba anda bayangkan setelah bercinta, tiba-tiba hubungan menjadi keruh? Dan anda berdua berpisah? Kalau berpisah cara baik, baguslah. Tapi kalau berpisah dan selepas itu masing-masing bawa haluan masing-masing kan tidak bagus. Bukan saya ingin mempertikaikan tentang cinta, tanpa cinta ibubapa saya dahulu, siapalah saya, kan? Tapi apa yang ingin ditekankan ialah, berfikirlah masak-masak agar perhubungan sentiasa menjadi lebih baik.
Kepada yang sudah ada pasangan di luar sana, hargai pasangan anda. Jangan sesekali tinggalkan mereka untuk lelaki / wanita lain, sebab lelaki / wanita lain itu akan tinggalkan anda untuk orang lain. Percaya pada karma. Pada yang masih belum berpunya, jangan risau. Cinta tidak perlu dicari, sebab ianya akan tiba tepat pada masanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan