Seorang
perempuan bernama Analisa,perempuan melayu Islam yang bermula kisahnya
sebagai tukang urut.dari seorang tukang urut lowclass kepada
highclass..memang lumayan,tapi penat..bapanya yang tidak bekerja masa
itu,membuatkannya terdesak memerlukan wang. ibu bapanya selalu
bertengkar kerana wang. suatu hari mereka bergaduh besar sehingga kata
cerai terlafaz dari mulut si ibu..
Analisa
dapat melihat gelunggan airmata yang hampir jatuh di pipi bapanya..
sehingga suatu hari,kawan baik bapanya yang tahu masalah keluarga
Analisa menawarkan sejumlah wang yang besar pada Analisa. Analisa
menerima tanpa rela kerana niat ingin menolong keluarga.. bermulalah
kisahnya sebagai pelacur ketika usianya 14 tahun.. Rm 2ribu dalam
gengaman.. kerja urut yang hanya mendapat Rm100 dilupakan terus.
Ianya
berlarutan sehingga umurnya mencecah 22 tahun.. Analisa bijak,setahun
hanya 5-8 orang yang dilangganinya.. 30-40 ribu dalam akaun..tapi dia
teramat *****.. kerana bergantung hidup cara kotor ini.
Ceritanya
kian berubah apabila bertemu seorang jejaka pilihan,Muhammad yang
sanggup menerimanya walaupun dia pelacur.. tapi Analisa masih ada satu
kontrak dengan pelangganya. dia melakukan secara senyap tanpa
pengetahuan buah hatinya itu.
Muhammad
baru sahaja dibuang kerja,maka Analisalah yang menanggung kos
perbelanjaan mereka berdua,memandangkan mereka sudah tinggal sebumbung.
azam Analisa itulah kontrak terakhirnya...tanpa dia tidak sedar Muhammad
sebenarnya dapat merasa apa yang dilakukan Analisa.
Analisa
dapat kerja lain sebagai pelayan kelab malam (GRO).. pendapatannya
dijanjikan sungguh lumayan. 4-5 ribu..dalam tangan. Analisa menjadi
rebutan semua lelaki yang gemar ke kelab malam.. Analisa diibarat
perempuan highclass, primadona di kelab itu. harganya jauh berbeza dari
GRO yang lain. cukup mahal. hanya orang-orang atasan sahaja,dan kaya
dapat mendampinginya. Analisa menjadi rebutan..
Cintanya
terhadap Muhammad makin menebal apabila mendapati dirinya mengandung..
Muhammad menerima dengan ikhlas...mereka pun berkahwin, tapi
semuanya berubah selepas anak mereka lahir. Muhammad kian berpaling
tadah, dia mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.
Analisa
marah dan betul2 kecewa lalu Muhammad mengungkit kisah lama Analisa..
dia berkata 'dulu kau jadi perempuan jalang,anjing betina, aku sikit pun
tak bising,skarang jangan nak melenting!' bukan sekali dua banyak kali
ini berlaku... hanya satu Analisa minta pengampunan bukan hukuman tapi
ini yang dia terima...
Dia
hanya meneruskan sisa2 hidup dengan harapan dia diberikan kesempatan,
sepenuh kasih sayang dari suaminya. dan lebih2 lagi,, pengampunan.
'Ya
Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun, kau ampunkanlah
setiap inci dosa2ku..kau terimalah aku hambamu ini yang begitu
jijik,kotor, hina, kalau dulu aku hanya berdoa supaya kau satukan aku
dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak
mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu lagi harapan
dan doa, kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi
Kebahagiaannya,adalah
keceriaanku,walaupun aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk
kebahagiaannya dan terbaik untuknya. aku rela dan sanggup... kau
makbulkanlah Ya Allah.'
Setelah
itu,Analisa menghembuskan nafasnya ditikar sembahyangnya dengan
iringgan airmata,hanya anak kecilnya yang menemani Analisa semasa
Analisa menghembuskan nafas terakhir.anak kecilnya tidur dalam
rangkulannya.
Wahai semua yang membaca kisah ini,mari sama2 kita berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada Analisa binti Abdullah.
Muhammad mula sedar apabila dia bangun dari tidur.
Kepada para suami, ampunilah dosa2 si isteri ingatlah kita pun pernah melakukan dosa tak kira dengan siapa,ianya tetap dosa. moga rohnya dicucuri rahmat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan