Sabtu, 10 Ogos 2013

UMUR BALIGH ANAK-ANAK PEREMPUAN

Dulu umur biasa baligh adalah ketika fasa pertengahan remaja. Umur 15 masih dianggap biasa. Masa ni anak-anak perempuan sudah mula pandai menjaga diri sendiri, ada rasa malu, sudah pandai menjaga kebersihan diri dan biasanya lebih bijak bertindak.

Tapi sekarang kita tengok seawal umur 9 tahun kanak-kanak perempuan sudah baligh. Bagaimana umur 8-9 tahun nak uruskan hal pad jika di sekolah. Agaknya, ni ke yang jadi kes pad terbiar kat lantai bilik air awam? Di Amerika, mengikut statistik mereka, 15% kanak-kanak baligh pada umur 7 tahun! Tak dapat dibayangkan umur 7 tahun dah baligh. Baru darjah satu. Kalau balik sekolah tu bukan main comot lagi. Dan kadar ini lebih tinggi di kalangan orang kulit hitam - agak2nya sebab obesiti kah?

Kata pakar, baligh awal ini bahaya bila anak-anak ini matang daripada sudut fizikal tetapi dari sudut emosi masih lagi kanak-kanak. Bayangkan seorang kanak-kanak yang masih kurang perasaan malunya dan belum pandai mengawal diri, perlakuan dan pakaian, tetapi mempunyai bentuk badan yang sudah berubah ke arah kewanitaan, buah dada membesar, pungung sudah menaik. Anak-anak ini cenderung didera secara seksual kerana ada orang dewasa yang tidak faham dan tidak tahu bagaimana melayan anak begini - disangkakan mereka, anak ini sudah dewasa kerana bentuk badannya yang tinggi, besar dan ada shape.

Mereka juga mungkin diejek kawan2 sekolah. dan ini boleh memberi kesan kepada psikologi mereka. Ada kanak-kanak yang tidak ke sekolah ketika ada matapelajaran pendidikan jasmani ketika mereka haid. Secara tak langsung akademik turut terkesan.

Daripada sudut kesihatan pula, anak perempuan yang baligh awal berisiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit barah payudara dan pangkal rahim sbb dia menjalani tempoh yg lebih lama haid.

Menurut pakar, ibu bapa yang anak mereka baligh awal patut berjumpa dengan doktor/ pakar kanak-kanak. Ia bukan sesuatu yang normal dan umur 9 tahun mula baligh tidak boleh dianggap sbg benchmark yang selamat dan biasa. Sesuatu harus dilakukan. Mungkin mulakan dengan mengawal kemasukan BPA ke dalam makanan harian mereka, dan membasuh dgn sebaik2nya makanan yang mungkin mengandungi baja kimia berbahaya. Dan, kawal obesiti. BPA, baja kimia dan obesiti dikatakan mungkin puncanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin