ADAKAH ANDA TAHU APAKAH AKIBAT SEKIRANYA SESEORANG MU'MIN MEMAKAN MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN??
DI SINI ADA BEBERAPA AKIBAT YANG AKAN MENIMPA BAGI ORANG YANG MAKAN MAKANAN YANG HARAM
Ø Susah mendapat ilmu pengetahuan
Ø Ibadat yang dikerjakan sia-sia
Ø Memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal
Ø Dilaknat oleh Allah dan azab di akhirat
Ø Mudah dihasut syaitan
Oleh
yang demikian,adakah anda masih mahu masyarakat di sekeliling kita
bergelumang dengan memakan makanan yang haram?? apakah tugas kita
sebagai umat islam ke atas saudara sesama kita?? Marilah kita sama-sama
menasihati antara satu sama lain agar kita sentiasa di redhai Allah...
Seperti
yang kita pelajari di atas, makanan yang halal adalah baik untuk
dimakan. Adakah anda tahu,kenapakah benda-benda tersebut halal dimakan??
Jawapannya: islam tidak mengabaikan kesihatan umatnya,sebab itu lah islam hanya menghalalkan benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,najis dan jijik rupanya.
Jawapannya: islam tidak mengabaikan kesihatan umatnya,sebab itu lah islam hanya menghalalkan benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,najis dan jijik rupanya.
Ø Khusyuk beribadat
Ø Mendapat hidayah daripada Allah
Ø Mudah menerima pelajaran
Ø Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal
Ø Diredhai oleh Allah
Ø Doa diterima
PENYEMBELIHAN
APAKAH HUKUM MEMAKAN BINATANG YANG TIDAK DISEMBELIH??
Memakan binatang yang tidak disembelih adalah haram hukumnya mengikut agama islam begitu juga bagi binatang yang mati disembelih tetapi tidak disebut nama Allah adalah dianggap bangkai. Walaubagaimanapun, bagi ikan dan belalang tidak perlu disembelih terlebih dahulu.
Cara Penyembelihan :
1) Penyembelih mestilah beragama islam sama ada lelaki atau perempuan.
2) Penyembelihan mestilah menggunakan senjata yang tajam.
3) Penyembelihan mestilah dilakukan pada leher binatang sehingga putus saluran pernafasan dan halkumnya.
4) Orang yang menyembelih mestilah menyebut bismillah terlebih dahulu sebelum menyembelih.
PERNAHKAH ANDA BERBURU ATAU MELIHAT ORANG BERBURU BINATANG??
Para ulama’ telah bersepakat mengtakan bahawa berburu itu ialah suatu aktiviti yang harus.
Alat-alat yang harus digunakan:
1) Binatang-binatang yang mempunyai taring atau kuku yang tajam seperti anjing yang terlatih untuk berburu atau burung helang dan sebagainya
2) Menggunakan senjata-senjata tajam seperti panah, lembing, pedang,yang boleh mengeluarkan darah dengan cepat dan mematikan binatang itu dengan segera.
Berburu Dengan Binatang
Berburu dengan binatang seperti anjing, atau helang dengan syarat binatang itu telah benar-benar dilatih untuk mengikut perintah dan suruhan tuannya serta tidak pula memakan bianatang yang diperolehinya.
HELANG
Cara Berburu Dengan Binatang
Semasa hendak melepaskan anjing itu pemburu hendaklah membaca bismillah yang sempurna iaitu apabila binatang yang diburu itu mati tidak kira disebabkan oleh terkamannya atau gigitannya maka halal di makan . Sekiranya binatang yang diburu itu masih hidup maka ia hendaklah disembelih terlebih dahulu.
Cara Berburu Dengan Senjata Tajam
Apa yang dimaksudkan dengan senjata tajam itu termasuklah pedang, panah,lembing, atau senjata lain yang berbentuk runcing yang boleh mengeluarkan darah dengan segera dan mematikan binatang yang diburu. Binatang-binatang yang mati akibat ketajaman senjata ini adalah halal dimakan tidak kira kena bahagian mana pun.
Semasa hendak melepaskan senjata itu perlulah dibaca bismillah. Jika didapati binatang itu sudah mati,maka halal lah dimakan, tetapi jika binatang itu masih hidup makan hendaklah disembelih terlebih dahulu.
ADAKAH ANDA MENGETAHUI APAKAH BINATANG YANG DISURUH UNTUK MEMBUNUHNYA??
CUBA PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH......
KALA JENGKING
Binatang yang disuruh untuk membunuhnya adalah haram dimakan. Binatang tersebut ialah ular, kala jengking, cicak, tikus dan anjing hitam.
ULAR
LEBAH
Terdapat
beberapa jenis binatang yang dilarang dalam islam untuk membunuhnya.
Dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah melarang membunuh 4 haiwan : semut,
lebah, burung hud-hud dan burung surad. ”
SEMUT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan