Rabu, 12 Oktober 2011

TABLIGH.

Gambar-gambar keratan hadis ini merupakan jawapan saya secara bergambar terhadap 'fatwa' Emjayjb yang mengatakan frasa 'Nabi Isa a.s. itu Ruh Allah' dalam Doa Kanzul Arash itu Syirik, Sesat lagi menyesatkan! (Kerana malu dengan hujahan saya beserta beberapa orang pengunjung yang lain, Emjayjb telah memadamkan sebanyak 56 reply daripada blognya. Tidak pernah dalam sejarah saya melayar internet melihat 'Comment Deleted At The Request of Author' begitu banyak sekali. Tidak pernah ada dalam sejarah Multiply komen dipadamkan sebanyak ini - Alangkah malunya! Ini juga menunjukkan bahawa hampir 56 kali lelaki bernama Emjayjb ini tidak mampu membidas hujah daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sesungguhnya perkara yang Haq akan mengalahkan perkara yang munkar!).

Berdasarkan keratan hadis daripada Kitab Fath Al-Bari Online ada menunjukkan tetang peristiwa turunnya Nabi Isa ketika kemunculan Dajjal.

Menurut perbincangan dalam laman tersebut, Imam Ibnu Hajar As-Qalani telah menukilkan potongan hadis daripada Imam Ahmad untuk menyokong hadis di dalam Sahih Al-Bukhari, bahawa kedatangan Nabi Isa a.s kelak bukanlah membawa syariat baru, tetapi untuk menegakkan kembali syariat Islam. Ini dapat dilihat pada ketika makmum masjid ingin mendirikan solat dan meminta Nabi Isa a.s untuk menjadi imam, baginda telah menolak dan meminta supaya pemimpin yang ada di situ menjadi imam. Tatkala, para makmum itu inginkan baginda mengimamkan solat berjemaah, mereka telah memanggil baginda dengan gelaran 'Ruh Allah' sebagai tanda memuliakan Nabi Isa a.s. Panggilan sebegini memang selari dengan firman Allah s.w.t. yang menggelar Nabi Isa a.s. itu sebagai 'Ruhu Minhu' , iaitu Ruh daripada-Nya.


Saudara sekalian dapat lihat dengan jelas bahawa memang terdapat frasa 'Ruh Allah' dalam keratan hadis di atas. Ini sekaligus membuktikan bahawa gelaran 'Ruh Allah' itu sememangnya ada dalam hadis.

Berdasarkan bukti ini, saya membantah keras 'fatwa' jumud oleh lelaki yang bernama Emjayjb ini. Saya juga dengan terang menolak serangan kaum Wahabi (seperti Emjayjb) yang mengatakan bahawa barang sesiapa sahaja yang membaca Doa Kanzul Arash itu Syirik dan berdosa besar kerana terdapat di dalamnya frasa 'Ruh Allah'. Pada pendapat saya yang dhaif ini, tidak ada salahnya membaca Doa Kanzul Arash ini, malah ramai para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa membaca Doa Kanzul Arash ini memang digalakan. Antara yang mengatakan bahawa tidak salah membaca Doa Kanzul Arash ini ialah mufti umat Islam di Australia yang berketurunan Rasulullah s.a.w.

Ingin saya tekankan di sini bahawa frasa 'Ruh Allah' itu bukannya merujuk kepada 'Ruh' bagi Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Hidup dan Maha Kekal sehingga tidak memerlukan 'ruh' untuk hidup sebagaimana makhluk-Nya memerlukan ruh untuk bernyawa.

Kalimah 'Ruh Allah' itu merupakan penghormatan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s. bagi menunjukkan mu'jizat baginda yang lahir tanpa bapa.

Untuk mendapatkan penerangan secara lebih mendalam, saya menjemput para pembaca yang dikasihi sekalian ke artikel saya berjudul "Doa Kanzul Arash Sesat dan Menyesatkan? - Jawapan Kepada Emjay".

Secara ringkas, lelaki pengecut yang bernama Emjayjb ini telah secara membuta tuli menjatuhkan hukum Haram, Syirik dan berdosa bagi sesiapa yang membaca Doa Kanzul Arash. Lelaki yang bersifat pengecut dan berselindung di sebalik blognya itu telah memandai-mandai membuat hukum mengikut nafsu serakahnya. Oleh itu saya menyeru kepada sidang pembaca, janganlah saudara sekalian terpedaya dengan tipu helah lelaki yang kemaruk ingin menjadi 'ustaz online' ini. Jika saudara sekalian mempunyai sebarang kemusykilan agama, silalah rujuk kepada orang yang pakar dalam selok belok agama. Jangan dirujuk kepada ustaz-ustaz Wahabi dan Emjayjb, kerana mereka menghukum berdasarkan ajaran Wahabi mereka.

Sekali lagi saya tekankan, Emjayjb itu bukan seorang Ustaz, bukan seorang Kaunselor masalah keluarga dan bukannya seorang yang bertanggungjawab. Berhati-hatilah dengan penipuan berbentuk agama di alam maya ini. Sesiapa sahaja boleh menipu di alam ini. Semoga Allah s.w.t akan menggagalkan segala rancangan jahatnya itu.

Sekian daripada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin