Rabu, 12 Oktober 2011

PANDUAN MENYEDIAKAN MASAKAN BERKHASIAT.

BAGI kalangan masyarakat negara ini, kaedah memasak menggunakan banyak lemak, santan, minyak dan garam memang sudah menjadi kelaziman. Namun jika diambil berlebihan dan terlalu kerap sedikit sebanyak boleh mengganggu kesihatan tubuh.


Disebabkan sudah biasa dengan jenis masakan sebegitu, mereka tidak dapat meninggalkannya dan sukar bagi lidah mereka untuk menjamah makanan yang lain rasa dan kaedah memasaknya.

Namun bagi anda yang sebegini, Persatuan Pemakanan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menerbitkan buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak bagi memberikan anda kaedah bijak menyediakan masakan yang anda sukai tetapi lebih baik dari segi kesihatan.

 Pelancaran buku itu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng diadakan sempena perasmian Bulan Pemakanan Malaysia di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini, ia boleh dibuat dengan melayari laman web Persatuan Pemakanan Malaysia di www.nutriweb.org.my atau menghubungi talian 03-40402393/ 03-56323301/03-56211731.

Mungkin ada yang terliur apabila disebut ayam masak kurma, ikan terubuk masak tempoyak, ketupat pulut palas, kuih koci, kerutup ayam, laksam, labu masak lemak dan gulai ikan tenggiri dengan pucuk pegaga dan sering bertanya bagaimana untuk menyediakannya dengan cara yang sihat.

Hakikatnya inilah antara resipi yang dihidangkan di dalam buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak. Ia bukannya makanan baru yang mungkin membuatkan anda berkerut dahi apabila mendengarnya, tetapi makanan lama yang menawan selera masyarakat negara ini sejak beberapa generasi tetapi diubah suai sedikit bagi menjadikannya lebih sihat.

Sebagai contoh, jumlah minyak, garam dan gula dikurangkan bagi setiap hidangan, begitu juga dengan sesetengah bahan seperti santan yang digantikan dengan bahan lain yang lebih sihat.

Sebanyak 100 resipi dari 13 negeri dihidangkan di dalam buku ini yang telah diubah menjadi lebih sihat oleh ahli pemakanan dan dietetik yang bertauliah.

Cara penyediaan juga mudah dan mereka yang baru belajar memasak juga mampu menyediakan masakan ini yang bukan saja sedap tetapi juga sihat.

Apa yang lebih menarik, resipi yang dipaparkan melalui beberapa ujian tetap sama rasanya walaupun beberapa perubahan dibuat untuk memenuhi tuntutan kaedah masakan yang sihat dilakukan.

Selain itu pada setiap resipi dilampirkan dengan kandungan nutrien yang berguna bagi membantu seseorang itu merancang hidangan harian yang berkhasiat di samping beberapa catatan mengenai asal usul sesuatu jenis masakan.

Resipi Sihat, Pilihan Bijak diterbitkan sebagai lanjutan daripada kejayaan jilid pertamanya yang memaparkan sebanyak 58 resipi dan ia dihasilkan cetusan ilham Datuk Chua, kata Ketua Pengarang yang juga Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin