Khamis, 13 Oktober 2011

TANDA YUNUS DAN SEJARAH PEMBANGUNAN KAABAH.

Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah
(Edisi 3.0 19940402-19980822-20071211-20080106))


Satu daripada konsep yang sangat disalahfahamkan ialah konsep Tanda Yunus.  Ini adalah tanda yang tunggal yang diberikan dalam pelayanan Mesiah.  Tanda ini berkaitan dengan pembangunan kembali kaabah dan juga tujuh puluh minggu dalam tahun.  Tanda diperluaskan dan mempunyai kaitan penting bagi zaman kita sekarang.  Nubuatan masih lagi beroperasi dan akan berakhir tidak lama lagi.  Kefahaman yang betul tentang masa pembangunan kembali kaabah adalah sangat mustahak.  Kertas kerja ini menghubungkan injil dan misi Yesus dengan buku Yunus, Daniel, Ezra, Nehemiah, Hagai dan yang lain-lain.



Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA


(Hakcipta ©  1994, 1998, 2007, 2008 Wade Cox)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org



Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah


Pembangunan Semula Kaabah


Ada tiga versi mengenai pembangunan semula kaabah:-- pertama, adalah Alkitab, kedua, Apocrypha dalam 1 Esdras dan ketiga adalah oleh Josephus dalam The Antiquities of the Jews dalam Buku XI Bab I ke IV.

Semua telahpun dipersetujui bahawa Cyrus telah menghantar perlengkapan rumah Tuhan kepada Sheshbazzar anak raja (Ezra 1:8) atau pembesar (Ezra 5:15 atau 1 Esdras) di Yehuda untuk menjaga sehingga pembangunan Kaabah bermula, dan mereka telah dibawa kembali bersama-sama dengan mereka yang dalam pembuangan.  (Kecuali Josephus The antiquities of the Jews, Bk. XI, Ch. III, lihat nota dalam Pemerintahan Magi) Zerubbabel telah direkodkan sebagai Governor semasa pemerintahan Darius (dalam pembuatan semula dasar) dan ketiga-tiga pengawal dalam lagenda Apocryphal juga terdapat dalam Josephus dimana telah disediakan dalam pemerintahan ini  (Zerubbabel mungkin telah kembali dengan yang lain semasa zaman Darius I, tetapi ini adalah cuma andaian).

Altar Tuhan telah dibina dalam bulan yang ketujuh dalam tahun pertama mereka kembali.  Kebanyakan mereka yang dalam pembuangan dahulu pergi ke pekan dan bukan ke Yerusalem (kalau bukan semua mereka mengikut nubuatan) (Ezra 3:1-3).  Dasar kaabah belum lagi dibuat (ayat 6).  Kerja  telah bermula dalam tahun yang kedua dengan dasar telah dibuat (ayat 10). 
Sejak dari masa ini, orang-orang Yahudi merasa kecewa dalam cubaan mereka oleh penduduk di kawasan tersebut, selepas itu dikenali sebagai Samaritans, yang bukan orang Israel tetapi Cuthean dan Medes yang telah menetap di Israel selepas sepuluh suku kaum telah di usir secara sengaja melalui polisi oleh Esarhaddon, Raya Asaria.  Josephus mengatakan bahawa mereka telah dipindahkan dari Cutheth dan Media oleh Shalmaneser, Raja Asaria.  Polisi yang sengaja dibuat mengenai penempatan semula adalah ciri-ciri empayar Tigris-Euphrates dan telah memberi kesan sejauh ke Ethiopia dan Libya yang jauh di Lembah Indus.  Israel telah ditempat semula di Utara Araxes.  Orang-orang terpilih Israel lewat tahun telah berpindah ke pondok-pondok disepanjang Euphrates dan mereka juga kelihatan berada diantara orang-orang Yudea, yang memberikan bukti bahawa orang-orang Israel telah tinggal diantara orang-orang Yudea.  Pendapat yang tersalah ini telah disokong oleh beberapa ahli taurat yang terkenal di sebelah Timur.

Orang-orang Cuthean dan Medes yang dikenali sebagai Samaritans telah menganut agama orang-orang Yahudi dan lewat tahun mereka telah membina sebuah kota, Sechem, di bawah Gunung Gerrizzim yang dihuni oleh orang-orang yang ingkar terhadap agama Yahudi.  Sebagai contoh, mereka yang takut dengan pengadilan atas pelanggaran hukum yang berkenaan dengan Sabat dan daging, dan lain-lain.  (Josephus The Antiquities of the Jews, Bk. XI, Ch. VII:2 & VIII:6-7 & Ezra 4:2).

Jadual yang berikutnya menunjukkan urutan peristiwa-peristiwa mengikut Alkitab, dengan menggunakan tarikh semasa yang diterima, walaupun ia berbeza dengan pendapat Josephus.

Terdapat satu Kaabah yang dibina di pertengahan kurun kelima BCE oleh golongan Samaria. Fondasi telah ditemui yang mana menyerupai dengan fondasi di Yerusalem, dimana dibuat pada masa kepulangan tetapi tidak disiapkan sehingga pemerintahan Darius II satu kurun kemudiannya, dan selepas struktur di Gerizim.

Josephus telah dibuktikan silap berkenaan dengan tarikhnya terhadap kerja-kerja di Gunung Gerizim. Dr. Yitzhak Magen telah menggali Kaabah yang asal dan memberinya tarikh pada pertengahan kurun kelima BCE. 13,000 duit syiling orang Persia telah ditemui di tempat persepuluhan. Terdapat 68 jenis duit syiling yang berlainan, yang terawal bertarikh 480 BCE. Bahan tembikar ini bertarikh kurun yang kelima dari kurun yang keempat. Tulang-tulang korban bertarikh kurun yang kelima. Di persidangan arkeologi di Copenhagen pada 2006, ianya diumumkan bahawa Josephus tersilap dengan tarikhnya (petikan Y. Magen. Mt. Gerizim Excavations, Jil. 1. Terbitan Judea and Samaria. JSP II, Israel Antiquities Authority 2004 ISBN 965-406-160-0 ISBN 13: 978-965-406-160-5). Perinciannya menandakan satu kaabah dan keimamatan yang aktif di Gerizim dari pertengahan kurun kelima (mungkin sehingga 343 tahun) sebelum pemusnahan Hircanus, dari 113 BCE. Itulah sebabnya mengapa pembinaa di Yerusalem telah ditentang dengan sungguh-sungguh oleh orang-orang ini, seperti yang disebut dalam Alkitab.



Tarikh
Peristiwa
539 BCE
Babylon ditakluki oleh Cyrus dan Darius dari Mede, anak lelaki Astyages (dipanggil Xerses oleh Daniel), pakcik kepada Cyrus dan pengawal yang pertama, memerintah dari Babylon dan Media dimana ia mengambil Daniel.  (Josephus Antiq. of the Jews, Bk X, Ch. XI:4).
538/7 BCE
Pemerintahan Cyrus secara reBCEi
Orang-orang buangan kembali (tarikh tidak pasti).  Mereka kembali ke pekan Israel tetapi bukan ke Jerusalam.
?
Sheshbazzar membina dasar bangunan Kaabah (Ezra 5:16).  Dasar mungkin mungkin telah di buat kembali oleh Zerubbabel apabila dia memulakan selepas  membina altar (Ezra 3:2).  Ada kemungkinan bahawa Sheshbazzar adalah Shenazzar dalam 1 Tawarikh 3:17-19, anak lelaki kepada Shealtiel dan saudara lelaki kepada Pediah, bapa Zerubbabel.  Ada kemungkinan besar bahawa Zerubbabel mengambil alih tempat Sheshbazzar sebagai Governor semasa ia masih muda.  Matius 1:12 merekod Zerubbabel sebagai anak lelaki Shealtiel, menunjukkan bahawa Pediah mungkin telah meninggal sewaktu ia muda dan Shenazzar atau Sheshbazzar mengambil tempat Shealties sebagai Putera Wali di Yudea dan kemudiannya diambil alih oleh Zerubbabel, sama ada semasa ia tua atau apabile pakciknya meninggal dunia.
530-522 BCE
Pemerintahan Cambyses.  Dia memerintah selama setahun bersama-sama dengan Cyrus, bapanya.  Josephus merujukkan kepada surat rungutan  yang ditulis oleh raja ini tetapi tiada rekod yang terdapat dalam Alkitab.  Cubaan telah dibuat untuk mengaitkan dia dengan surat kepada Ahasuerus, tetapi ini adalah terjemahan Xerxes dan diterjemah seperti ini oleh Moffatt, NIV dan lain-lain.  Herodotus merekodkan bahawa raja ini adalah gila.
525 BCE
Berakhirnya teka-teki nubuatan mengenai tangan Pharaoh yang patah dalam peringkat pertama oleh Cambyses menakluki Mesir (Ezek. Chs. 29-30 et seq.),  yakni, lapan puluh tahun dari 605 BCE.
522 BC
Pemerintahan Magi (rekod oleh Josephus).  Magi telah disembelih selepas satu tahun memerintah, dan Darius, anak lelaki Hystaspes telah dipilih oleh tujuh prinsip keluarga Persia sebagai raja. Zerubbabel kembali dari Yudea untuk Vesel Tuhan yang masih di Babylon (mungkin satu pertentangan).  BCEerdis, orang Magus telah diganti sebagai BCEerdis, anak lelaki Cyrus, telah dibunuh dibawa arahan Cambyses.
Dia memerintah selama tujuh bulan sehingga dia dan saudaranya, Patizeithes, (yang memulakan penggantian) telah diketahui dan telah dipenggal kepala pada malam penyembelihan Magi (Magophonia).  Dia bukanlah raja sebenar dan memberi hanya satu perintah iaitu menghapuskan cukai selama tiga tahun.  Dia telah ditahan dalam istana atas rasa takut diketahui dengan apa cara pun sebab Cyrus telah memotong telinga BCEerdis orang Magus atas sebab kesalahan yang serius.  BCEerdis ini kadang-kadang digunakan sebagai satu daripada tiga raja yang disebut dalam Daniel 11:24.  Keempat-empat raja yang disebut, besar kemungkinan mereka ialah Cambyses, Darius, Xerxes dan Cyrus Artaxerxes.  Raja-raja yang lain tidaklah begitu terlibat walaupun Darius II telah bercampur tangan dengan hal ehwal di Greek dengan memasuki dalam perjanjian dengan Sparta (Thucydides The Peloponnesian War, Bk. 8:5,6,36,37,57-59).  Herodotus telah menulis tiga yang terakhir di Histories, Bk. 6, ms. 100;
Semasa tiga generasi yang melibatkan pemerintahan Darius anak lelaki Hystaspes dan anaknya Xerxes dan cucu lelakinya Artaxerxes,  Greek telah mengalami penderitaan yang lebih teruk dalam tempoh dua generasi sebelum Darius dilahirkan, yang sebahagiannya disebabkan oleh perang di Persia dan juga sebahagiannya disebabkan oleh perjuangan untuk kemegahan.
Selepas Cyrus Artaxerxes, Persia sangat komited untuk kemusnahan dengan Greece sehingga reaksi Greece tidak boleh dihindarkan lagi dan ia dilaksanakan oleh Alexander.
521 BCE
Darius I (Yang Agung).  Ada pembinaan sedikit kaabah (Ezra 4:4-5).
516 BCE
Nubuatan tujuh puluh tahun berakhir (Jer. 25:8-14 dan Dan.9).  Yerusalem mungkin boleh dihuni sehingga pada tarikh ini.
486 BCE
Xerxes I (Ahasuerus), anak lelaki keempat kepada Darius I, cucu pertama kepada Cyrus.  Surat telah ditulis kepada dia, tetapi tiada balasan yang telah direkodkan (Ezra 4:6).
465 BCE
Artaxerxes I (nama sebenar ialah Cyrus, juga dipanggil sebagai Macrocheir atau Longimanus).  Surat ditulis kepada dia oleh Bishlam, Mithredath dan Tabe-el (Ezra 4:7) ketua kumpulan penentang pemulihan anti-Yahudi semasa pemerintahan raja ini.  (Ini adalah berbeza dengan ketua kumpulan yang disebut oleh Nehemiah, dan mengukuhkan lagi fakta yang ada dua raja yang berlainan telah terlibat.  Artaxerxes telah mengeluarkan perintah untuk menghentikan pembangunan kaabah (Ezra 4:7-24).  Penaklukan Mesir oleh orang-orang Athenia dengan ikatan persatuan Delos telah mendorong untuk mengadakan kawalan keganasan.
Pemberontakan telah dikurangkan dalam tahun 454 sebelum masihi  di Mesir dan juga di bahagian-bahagian lain dalam empayar.  Pembangunan benteng Yerusalem dengan jelas tidak diingini.  Peperangan Greek bermula dari pembakaran Sardis pada tahun 501 BCE sehingga tahun Artaxerxes yang ketujuh belas dalam tahun 448 BCE.
424 BCE
Xerxes II (tiada rekod alkitabia).  Telah dibunuh dalam tahun 424 selepas 45 hari oleh Sogdianus, saudaranya yang tidak sah yang memerintah selama 6? bulan.  Dia telah di bunuh oleh saudaranya yang tidak sah yang lain, Ochus, dimana dia menjadi raja Darius II lewat tahun 424 BCE dan permulaan 423 BCE.
423 BCE
Darisu II.  Telah memerintah supaya memulakan pembangunan dalam tahun 422 BCE (Ezra 6:1 dan 4:24)(dalam tahun keduanya).  70 tahun bermula.  Dari Ezra 5, ia kelihatan bahawa seperti nubuatan Hagai dan Zakariah dalam tahun 423 BCE dan 422 BCE.  70 tahun bermula dari 423/422 BCE (tahun pertama dalam masa peringatan yang baru).  Pembangunan siap dalam tahun keenam Darius  dari Persia (Ezra 6:15) in 3 Adar i.e. March 418 BCE.  Darius meninggal dalam lingkungan masa penghujung 405 ke musim bunga 404. Kaabah di Gunung Gerizim mungkin juga terlah bermula pada masa ini, tetapi mungkin juga tidak sebelum 465 (lihat diatas).
404 BCE
Artaxerxes II (Arsakes) menghadapi penentangan Mesir ketika Musim Semi atau Nisan 404 BCE.
402 BCE
Artaxerxes kehilangan Mesir.
401 BCE
Perang saudara di Persia.  Greek telah kalah dalam peperangan Cunaxa dan mereka berundur ke pesisiran Laut Hitam.
398 BCE
Syarat ketetapan kepada pengembalian Ezra dalam tahun yang ketujuh puluh, mungkin memberi manfaat kepada ketaatan orang-orang Yahudi (Ezra 7:1-26).
387 BCE
Artaxerxes mengalahkan Spartan dan mengakhiri campurtangan mereka.  Ketenangan raja melihat Persia dan menduduki kembali Ionia.
385 BCE
Nehemiah dijadikan Governor Yudea dari 385-372 BCE apaibla kota dan benteng telah dibina (Neh. 5:14).  Eliashib adalah Imam yang Maha Tinggi (Neh. 3:1).  Ini adalah surat yang kedua atau perintah Artaxerxes.  Ini adalah pembinaan pintu gerbang benteng Kaabah dan juga benteng kota (Kaabah sudahpun dibina -  Neh. 6:10-11).  Kota kelihatan telah dirosakan dalam perang saudara dimana orang-orang Babylon dan Yahudi Israel dengan jelas menyokong raja.
375/4 BC
Ini mengakhiri nubuatan dalam Daniel 9:25 pengurapan pertama kepada 7 minggu dalam tahun.  49 tahun dari 423/2 BCE – 375/4 BCE.
374/3 BCE
Tahun Yobel bermula pada tahun 374 BCE ditahun yang ke-32 Artaxerxes II memerintah.  Tidaklah begitu jelas sama ada pemulihan tanah oleh Nehemiah merupakan pemulihan peringatan.  Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa ini lah kemungkinannya, lagi pun ini adalah peringatan yang terakhir telah diketahui.
374/3 BCE
Tahun yang ke-32 oleh Artaxerxes.  Nehemiah kembali ke Yerusalem dari Babylon dan mendapati bahawa Kaabah adalah dalam keadaan yang tidak teratur dibawah jagaan Eliashib dan Tobiah (Neh. 13:6).  Nehemiah telah memulihakan Kaabah dan memberikan syarat-syarat kepada orang-orang Lewi dan pengidung yang telah kembali ke Kaabah.  Dia menetapkan semula persepuluhan dan membersihkan Hari Sabat (Neh. 13:12-19).
323 BCE
Ezra meninggal pada tahun yang sama Alexander the Great meninggal (Seder Olam Rabbah 30)
62/63 BCE
Berakhirnya 62 minggu dalam tahun dan persepuluhan telah dimansuhkan dan pengurangan kuasa imam kepada perkara-perkara kriminal dengan penghukuman James, Bishop di Yerusalem pada tahun 62 BCE.
70
Berakhirnya 70 minggu dalam tahun dan pemusnahan Kaabah.
73
Kejatuhan Yudea dan Masada.


Josephus mendapatkan Zerubbabel selepas ia kembali atas perintah Cyrus.  Surat kepada Ahasuerus adalah surat kepada Cambyses dan pembinaan telah siap semasa perintahan Darius I dengan Ezra dan Nehemiah kembali dalam pemerintahan dan nabi Hagai dan Zakariah telah dibangunkan dalam tahun yang kedua dalam pemerintahan tersebut.  Pembinaan, mengikut dia akan siap dalam tahun 516 BCE.  519-516 BC adalah masa yang paling awal yang dibenarkan bagi nubuatan tujuh puluh tahun yang dibuat oleh Jeremiah dan telah diulang kembali oleh Daniel dan memberikan masa dimana Jerusalam akan dibinasakan.  Urutan masa adalah sangat sesuai, dan semua perkara telah berlalu mengikut kemungkinan yang paling awal dibenarkan leh nubuatan, mungkin tidak memerlukan misi Hagai, dan pada satu had, Zakariah untuk memberi arahan kepada mereka supaya meneruskan kerja mereka (Hagai 1:2-15).  Ezra 4:23 dan 5:1-2 menunjukkan bahawa Hagai dan Zakariah telah dilantik dibawah perintah Artaxerxes yang menghentikan pembinaan (lihat 1 Esdras 7:5).

Josephus seterusnya mengenal pasti perintah yang memberikan syarat-syarat kepulangan Ezra dengan Xerxes dan suami kepada Esther sebagai Artaxerxes I.  Masalahnya ialah Ahasuerus (atau Ahasaerus) adalah Xerxes Persia.  Artaxerxes I, telah diberi nama Artaxerxes oleh orang-orang Greek (lihat Josephus Antiq. of the Jews, Bk. XI, Ch. VI:l).

Maklumat seterusnya yang boleh memberikan terang ialah ada enam generasi orang-orang Levite yang terlibat dari kepulangan Zerubbabel dan permulaan sehingga penyiapan dalam pemerintahan Darius dari Persian (Neh. 12:1-22).  Kehidupan Zerubbabel telah diperpanjangkan oleh Tuhan untuk memimpin penyiapan (Zak. 4:9) dan, selepas meseg Hagai dan Zakariah, dia bangun dan menyiapkan Kaabah dengan Jeshua, anak lelaki Jozadak.

Dari kedatangan Jeshua dengan Zerubbabel sehingga pemerintahan Darius dari Persia, telah direkodkan dalam Nehemiah 12:10-11 bahawa Jeshua mempunyai anak lelaki, Joiakim, seorang cucu, Eliashib, seorang cicit, Joiada, seorang anak kepada cicitnya, Jonathan, dan seorang anak kepada anak dari cicitnya, Jeddua.

Dari Nehemiah 12:22, kita lihat bahawa Jonathan tidak mengganti tempat Joiada sebagai ketua imam tetapi saudara Joiada telah mendapat tempat itu.  Jonathan telah berkahwin Sanballat, anak perempuan kaum Horon, dan telah dibuka oleh Nehemiah (Neh. 13:28).  Walau bagaimanapun, adalah muktamad bahawa ada lima generasi yang teleh dilahirkan kepada Jeshua sebelum pemerintahan Darius dari Persia, raja yang telah memberikan perintah untuk membinakan dan menyiapkan Kaabah.  Walaupun Jeshua mempunyai beberapa anak-anak lelaki yang ada bersama-sama dengannya semasa pembinaan dasar Kaabah selepas tahun yang kedua (Ezra 3:9), ada kemungkinan besar bahawa Darius dalam pembinaan itu ialah Darius I, sebab ia telah memerintah dari 521-466 BCE, kira-kira 16 tahun selepas kepulangan.  Ia semestinya Darius II dalam tahun 423-404 BCE kira-kira 114 tahun selepas kepulangan.  Memberikan 20 tahun setiap generasi dan memberikan peluang bagi Jaddua menjadi imam sebelum raja ini, Zerubbabel mempunyai kira-kira 120 tahun umur dan dengan ini Jeshua mempunyai kira-kira 140 tahun umur pada masa pembinaan dan mereka meninggal dunia tidak lama kemudian.  Penggunaan istilah membangunkan dalam Ezra 5:2 menunjukkan bahawa Zerubbabel dan Jeshua sudahpun lanjut umur dan telah berhenti daripada tugas-tugas yang berat  seperti mana yang dinyatakan juga dalam Zakariah 4:9.

Perlu juga diambil perhatian bahawa Iddo juga kembali bersama dengan Zerubbabel.  Semasa Joiakim menjadi imam yang maha tiggi, keimaman telahpun melimpasi dua generasi, jadi kita lihat bahawa Zakariah telah dipilih diantara orang-orang Lewi, dari zaman Iddo.  Dia sebenarnya cucu kepada Iddo, anak lelaki Berechiah dan dia adalah nabi pada tahun yang kedua semasa zaman Darius.  Apabila Zakariah berkata mengenai alat pengukur dalam tangan Zerubbabel dan imam yang maha tinggi, Jeshua, ia betul-betul mengkagumkan dan sebagai satu tanda Allah bahawa bukan sahaja Zerubbabel mesti memulakan dasar tetapi juga mesti menyiapkannya.  Kita tahu dari Nehemiah 12 bahawa Zakariah adalah imam dibawah Joiakim.  Dengan ini dasar aktiviti dari zaman kegemilangan masih lagi berguna.

Nubuatan Zakariah mempunyai hubungan dengan kepentingan pembangunan Kaabah dan tujuh puluh minggu dalam tahun, dari tahun pemerintahan Darius II yang kedua, pembangunannya, penyiapannya dan pemulihannya.

Bukti Yang Bukan Berdasarkan Alkitab

Kebanyakan bukti-bukti yang memberitahu cerita-cerita Alkitab adalah berasal dari huruf-huruf Arab, diterjemahkan oleh H.L. Ginsberg dan dicetakkan di The Ancient Near East: An anthology of texts and pictures (ed. James B. Pritchard, Princeton, 1958, pp. 278-282), adalah surat-surat kepada dan dari orang-orang Yahudi pada benteng Elephantine.  Benteng ini telah dibuat oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang berbangsa Semit bukan Yahudi sejak dari zaman kerajaan Eghpt sebelum penaklukan Medo-Persians.

Rumah Tuhan yang menarik telah dibina disana dan sudah lama berdiri apabila Cambyses menakluk Mesir.

Seperti mana yang disebut sebelum ini, semasa pemerintahan Cyrus Macrocheir atau Artaxerxes I, penaklukan Mesir oleh orang-orang Athen telah dihentikan dalam tahun 454 BCE dan Wali yang tertinggal untuk mengetuai ialah orang Medo-Persia yang bernama Arsames, yang memerintah sebagai Wali dari tahun 455/4 BCE kepada sekurang-kurangnya tahun 407 BCE.

Semasa, sekurang-kurangnya sebahagian daripada masa itu, ketua orang-orang garnisun Yahudi adalah orang Yahudi iaitu ialah Yedoniah.  Dalam tahun yang kelima semasa zaman Darius II, 420/419 BCE, Hananiah, seorang penulis Yahudi kepada Arsames telah menulis kepada Yedoniah di Elephantine, memberitahunya bahawa Darius telah mengirim surat kepada Arsames untuk memberikannya kebenaran untuk mengadakan upacara Roti Tidak Beragi bagi orang-orang garnisun Yahudi, dan juga memberikan pengiraan yang terperinci mengenai hari permulaan upacara tersebut pada 14 Nisan seperti berikut:

Jadi, kamu kira dari hari yang keempat belas dalam bulan Nisan dan mematuhi perayan paskah, dan dari hari yang ke-15 sehingga hari yang ke-21 hari Nisan adalah pemeliharaan upacara Roti tidak Beragi.  Hendaklah kamu (dalam acara agama) bersih dan berhati-hati.  Janganlah melakukan kerja pada hari yang ke-15 atau hari yang ke-21, atau minum bir, atau makan sesuatu yang dicampurkan dengan ragi.  Dari hari yang ke-14, waktu matahari terbenam sehingga hari yang ke-21 hari Nisan, untuk tujuh hari ia tidak semestinya kelihatan diantara kamu.  Janganlah bawa ia didalam kediamanmu tetapi tutup ia diantara hari-hari ini.  Arahan dari Raja Darius.  Kepada saudaraku Yedoniah dan orang-orang garnisun Yahudi,  saudara kamu Hananiah.

Catatan 1.  psh dua ostraca dari Elephantine.

Catatan 2.  Arahan termasuk bir adalah konstruksi berdasarkan kepada tradisi orang-orang Yahudi.

Perayaan yang diarah oleh Darius pada tahun yang kelima pemerintahannya terhadap orang-orang Yahudi dan juga Elephantine adalah ialah perayaan paskah yang dirujukkan di Ezra 6:13-22.  Perayaan ini diadakan pada waktu dedikasi Rumah Tuhan dimana ia boleh terjadi dari surat di Elaphantine pada 419/8 BCE.

Tahun yang kelima zaman Darius yang kedua adalah tahun sebelum penyiapan Rumah Tuhan, adalah menghairankan bahawa terdapat 123 lelaki dan perempuan orang-orang garnisun Yahudi gdi Elaphantine pada hari ke-3 Phanenoth (bulan dalam calendar Mesir) dalam tahun ke 5 telah mengumpul dua shekel setiap seorang, berjumlah 12 karash dan 6 shekel (di mana 20 shekel adalah sama dengan satu Karash, maka ini adalah 246 shekel).  Pungutan ini telah didedikasikan kepada Tuhan, Yaho (Ya[o]weh).  Adalah menghairankan bahawa golongan garnisun bukan berbangsa Yahudi, juga telah mendermakan sehingga 7 karesh untuk Ishumbethel, dewa lelaki orang Aramean dan 12 karesh untuk Anathbethel,  dewa perempuan dimana sama dengan Anath, isteri Baal.

Pungutan pada tahun yang kelima ini adalah bersamaan dengan pungutan khas dan kemungkinan digunakan untuk perhiasan Rumah Tuhan di Yerusalem.  Sama ada sumbangan lain-lain pergi ke bahagian lain di bahagian timur mediteranean ke kuil-kuil pagan atau ia adalah sumbangan kepada Rumah Tuhan bagi pihak Aramean cults, kami Cuma membuat tekaan.  Walau bagaimanapun, ini mungkin satu petunjuk bahawa orang-orang telah bercampur gaul dengan orang-orang bukan Yahudi seperti mana yang kita ketahui terjadi  dari Ezra 9:1-4 dan disambung sehingga Nehemiah.

Apa yang kita tahu ialah pada Marheshwan ke-20 dalam tahun yang ketujuh belas Raja Darius, contoh 408 BCE, sepucuk surat telah dikirm ke Yerusalem kepada Bagoas, Governor Judah, memberitahu urutan perkara-perkara yang akan berlaku disekeliling ketibaan Arsames yang telah kembali ke Mesopotamia kepada raja.  Selepas Arsames kembali kepada Darius, imam-imam Allah, Khnub, dalam benteng di Elephantine, telah membuat pakatan dengan ketua komandan, Vidaranag, untuk menghapuskan Rumah Tuhan, Yaho di Elephantine.  Anak lelakinya, Nefayan, yang memegang kuasa terhadap benteng di Syene telah di panggil dan diperintah untuk memusnahkan Rumah Tuhan di Elephantine “Benteng Yeb”.

Dia dan orang-orang Mesir dan askar-askar lain telah masuk dan memusnahkan Kaabah sehingga rata dan menghempaskan bumbungan batu dan kelima-lima pintu gerbang yang kuat tetapi meninggalkan pintu terngangah.  Mereka telah membawa emas dan perak dan semua artifak-artifak lainnya.

Surat tersebut telah menunjukkan bahawa ini sahaja lagi Rumah Tuhan yang tertinggal dari penaklukan Cambyses.  Vidaranag kemudiannya dibunuh dan dimakan oleh anjing-anjing.

Surat itu juga telah menunjukkan bahawa apabila malapetaka berlaku, sepucung surat telah dikirim kepada imam besar di Yerusalem yang bernama Johanan, jadi kami tahu bahawa imam besar dalam tahun 410 BCE ialah Johanan.  Ini mengenepikan ketidakpastian bahawa Darius dari Persia yang dirujukkan di Nehemiah 12:22 adalah Darius yang Kedua.

Surat ini juga menunjukkan bahawa mereka menulis kepada Ostanes,  saudara Anani dan orang-orang ternama Yahudi.  Orang-orang ini tidak membalas (“Tidak pernah ada surat yang dikirim kepada kami.”).  Orang-orang Yahudi di Elephantine memakai pakaian yang diperbuat daripada karung dan berpuasa bermula Tammuz, tahun yang ke-14 zaman Darius, 411 BCE, sehingga kepada tarikh surat, 408 BCE.

Mereka telah memohon bantuan untuk membina kembali Rumah Tuhan dengan cara sangat hormat dan juga memberitahu Governor bahawa mereka juga telah menulis kepada Delaiah dan Shelemiah, anak-anak lelaki kepada Sanballat, Governor Samaria.  Dengan penuh yakin mereka mahu mereka supaya menjadi wakil kepada Governor.  Sanballat ini adalah kaum Horon yang disebut dalam Nehemiah 2:10 dan anak perempuannya telah berkahwin anak lelaki Joiada, anak Eliashib, imam besar.

Ini telah membuatnya tidak layak sebagai imam besar.  Eliashib, imam besar, masih hidup sebagai kepulangan Nehemiah (Neh. 3:1) tetapi Johanan sudahpun melaksanakan tugas sebagai imam besar pada masa kepulangan Ezra pada tahun 410 BCE.  Bolehlah disimpulkan bahawa Eliashib adalah imam besar yang paling tua yang masih hidup pada masa kepulangan Nehemiah, dan sebagai ketua kepada keimaman tetapi telah menyerahkan tugas-tugasnya kepada Joiada kemudian kepada Johanan (mengambil tempat anak saudaranya) dan kemudiannya Juddua telah mengambil tempat sebagai imam besar menurut Nehemiah 12:22 semasa pemerintahan Darius orang Persia (II).

Nehemiah 12:22 kelihatan telah membahagikan lima masa itu kepada dua era.

Era yang pertama ialah semasa jagaan zaman Joiakim, anak Jeshua, dan era semasa merujukkan “zaman Nehemiah, Governor dan Ezra yang imam, orang pintar”.  Ini menunjukkan bukti yang kukuh tentang pembahagian masa sekitar masa keimaman yang sudahpun meninggal (cth. Joiakim adalah bapa kepada Eliashib), dan era semasa oleh imam-imam yang hidup termasuk Eliashib sebagai imam yang paling tua diantara imam-imam yang hidup.

Semasa kepulangan Ezra, Jaddua tidak disebut, hanya Jehohanan sahaja telah direkod mempunyai bilik imam, menunjukkan bahawa dia masih lagi sebagai imam besar.  Jaddua kelihatan termasuk dalam Nehemiah 12:22 yang pernah menjadi sebagai imam yang mungkin sebagai imam sementara sebagaimana Nehemiah memasukkan semua keimaman sehingga zaman pemerintahan Darius dari Persia yang tidak diragu-ragu lagi sebagai Darius II.  Ezra telah menulis seolah-olah Johanan (atau Jehohanan) tidak ada dan dia telah mengambil tempat ketidakhadiran Johanan dalam bilik imam.

Kelihatan dalam sumber-sumber dari Alkitab dan bukan dari Alkitab, menunjukkan bahawa keadaankeimaman telah menjadi buruk selepas zaman Joiakim.  Eliashib, Johanan dan Jaddua tidak kelihatan menjalankan kerja-kerja imam dengan teliti dan rajin.  Tanpa balasan kepada orang-orang Yahudi di Elephantine oleh Johanan dan penyertaan yang kurang dalam aktiviti-aktiviti Ezra dan Nehemiah menunjukkan yang mereka telah mengabaikan tugas-tugas mereka.  Perkahwinan diantara suku kaum, pencemaran dan mengotoran gereja telah dibuktikan dengan lebih kukuh lagi oleh surat-surat dari Elephantine.  Memorandum merekodkan bahawa Bagoas dan Delaiah telah menuliskan kepada golongan garnisun memberikan arahan supaya Arsames diberitahu supaya Rumah Tuhan akan dibangun kembali di Elephantine dengan daging sebagai persembahan dan kemenyan akan dibuat di atas altar seperti mana selalu dilakukan dahulu.

Tidak disebut mengenai korban bakaran supaya tidak menyinggung  Arsames, Mazdean yang menganggap persentuhan api dengan badan yang mati sebagai suci.  Ia kemudiannya direkodkan bahawa orang-orang Yahudi di Elephantine dibawa Yedoniah akhirnya terpaksa memohon Arsames berjanji supaya tiada korban bakaran diadakan dalam Rumah Tuhan dan pembayaran seribu ardab-ardab barli (teks dalam Pritchard, ibid.).

Kelihatan bahawa Rumah Tuhan siap dibina dalam tahun 417 BCE.  Ketua-ketua keimaman telah meninggal dan terjadi beberapa kekurangan bimbingan dan petunjuk telah terjadi, dengan Eliashib, Johanan dan Jaddua tidak aktif dalam suatu tahap.

Apa yang penting mengenai dengan ayat-ayat ini ialah mereka memberikan bukti kebenaran yang penting tentang maklumat-maklumat dari alkitab dan mereka menunjukkan ketepatan Alkitab secara literal.  Mereka juga menunjukkan bahawa tradisi tarikh pembinaan dalam tahun 516 BCE adalah mustahil.

Satu lagi bukti kebenaran penting tentang ayat dalam alkitab terdapat dalam tulisan Arab.  Mibtahiah, anak perempuan kepada Mahseiah, anak lelaki Yedoniah, telah mengawini Pi, anak lelaki kepada Pahi (Phy), yang membina benteng Syene dimana Mahseiah bekerja dibawa Varizata.  Ini menunjukkan batas tentang perkahwinan antara kaum yang terjadi sehingga zaman Ezra dan Nehemiah.

Dalam tahun yang ke-25 zaman Artaxerxes, pasangan ini telah bercerai dan persetujuan telah disimpan dalam tulisan Arab.  Mibtahiah telah dipaksa untuk membuat sumpah oleh tuhan orang-orang Mesir (Sati) untuk pembubaran, dan pemisahan mas kahwinnya telah direkodkan.

Pemusnahan Rumah Tuhan di Elephantine adalah permulaan siri anti-Semitic orang-orang Mesir yang bermula dalam tahun 410 BCE dan berterusan sehingga pemerintahan Artaxerxes II yang telah menghadapi penentangan orang-orang Eghpt dalam kenaikannya dalam tahun 404 BCE dan dalam tahun 402 BCE dia kehilangan Mesir.  Dalam tahun 401 BCE dia menentang perang saudara di Persia dan sepanjang masa ini, orang-orang Yahudi terus setia berdasarkan layanan mereka yang baik.

Mitos Tentang Dekrit Artaxerxes

Dalam Alkitab, dalam peringkat manapun tiada yang mengatakan tentang perintah oleh Artaxerxes yang berkaitan dengan pembinaan Rumah Tuhan kecuali menghentikan pembinaan, seperti yang dikaitkan dalam Ezra 4:23.  Apabila ketetapan telah dikeluarkan, Rumah Tuhan sudahpun mula dibina tidak kira ia arahan dari Xerxes I atau Artaxerxes I atau II.  Tiada versi yang diketahui dalam sejarah purba, sama ada melalui alkitab atau tidak, yang memberikan penghargaan kepada Artaxerxes I, atas pembinaan Rumah Tuhan atau memberi perintah kepada golongan Lewi.  Ini adalah merupakan ciptaan moden.

Ahli-ahli teologi yang menyatakan tentang Artaxerxes I, terutama sekali yang berkaitan dengan 2,300 hari atau tujuh puluh minggu dalam tahun dalam Daniel 9:25 (yang mengandungi terjemahan yang salah dalam versi King James dan yang lain-lain tetapi diperbetulkan dalam RSV) adalah salah.

Perbezaan diantara Alkitab dengan sumber-sumber sejarah, secara terus menerus telah pun dibuktikan betul apabila pengetahuan bertambah-tambah.

Tujuh Puluh Minggu Dalam Tahun

Kepentingan nubuatan tujuh puluh minggu dalam tahun dalam Daniel 9:25-27 adalah apabila diambil dari pemerintahan Darius II, ia berakhir dalam tahun 70 CE,  bermula dari sekeliling Yerusalem oleh Titus Army pada 1 Nisan dan berterusan kepada pemusnahan Rumah Tuhan dalam 70 CE.  Pada hari yang sama, tradisi mendapatkannya, yang ia telah jatuh kepada orang-orang Babylon (lihat terjemahan Moffatt).  Perkara ini berakhir dengan penutupan Rumah Tuhan di Leonopolis di Mesir (lihat dibawah).

Yang pertama diminyaki ialah Nehemiah yang telah membentuk semula keimaman Rumah Tuhan pada tahun 372 BCE (7 minggu dalam tahun) dan membersihkan hari Sabat dan memulakan kembali perpuluhan.  Dia menyiapkan tembok benteng Rumah Tuhan dan tembok kota dan menyusun semula Yerusalem.

Yang kedua diminyaki ialah pelayanan Messiah.  Tetapi nubuatan merujukkan kepada Yerusalem dan fungsi Rumah Tuhan dan bukannya kepada pelayanan Messiah.  Penebusan dosa dan kebenaran yang kekal tidaklah dibawa masuk or siap semasa upacara hukum masih lagi dijalankan.  Pengakhiran nubuatan adalah bergantung kepada pembukaan atau pemansuhan tempat korban bakaran.

Selagi korban bakaran masih lagi dilaksanakan didalam Rumah Tuhan, Messiah belum lagi yang tertinggi atau korbannya tidaklah boleh dikatakan telah memansuhkan korban seharian walaupun ia dipengaruhi oleh kematiannya.  Nubuatan ini belum lagi berakhir, tetapi bukanlah minggu yang berlainan sebagaimana ditegaskan oleh beberapa orang.  Tetapi dalam erti kata bahawa pengakhirannya belum lagi dicurahkan ke atas sistem Roma.  Ini adalah, seperti yang diungkap dalam Wahyu, apabila kota dimusnahkan dan empayar yang ketujuh/kelapan raja akhirnya telah dimusnahkan.

Jika perintah diambil dari 516 BCE dari pemerintahan Darius I untuk mengikuti secara langsung dari 70 minggu dalam tahun, maka pengakhiran nubuatan adalah dalam tahun 26 BCE dimana tiada kaitannya dengan sesuatu.  Kristian moden cuba mengaitkan perkara ini dengan 27 CE dan cuba menegaskan pelayanan Kristus telah bermula dimana ia tidak terjadi.  Josephus dengan jelas tersalah tentang permulaan dan keberlarutan dinasti  golongan Kasdim menunjukkan bahawa ia bertujuan untuk memperpanjangkan pemerintahan mereka untuk melanjutkan tarikh raja dari Persia untuk memberikan maksud nubuatan 70 minggu dalam tahun dari Cyrus.  Diantara anak-anak Zadok, 70 minggu dalam tahun mempunyai maksud yang berlainan sekali  berhubung dengan zaman manusia, tetapi ia adalah diluar skop usaha ini (lihat Appendiks untuk Analisis Josephus).

Perubahan dalam pembinaan Rumah Tuhan dari Darius II kepada Darius I kelihatan sebagai penemuan Kristian yang awal (diubahsuai oleh Josephus) dimana cuba meruntuhkan kepentingan nubuatan 70 minggu dalam tahun dan kemungkinan disengajakan oleh Esdras dimana ia adalah salah.

70 minggu dalam tahun tidak bermula dari pemerintahan Darius I atau dari ketidakwujudan perintah Artaxerxes I, tetapi dari Darius II.  Ia adalah satu bukti yang positif tentang Ketuhanan Kristus dan tidak memerlukan penjelasan bukan-Alkitabiah untuk tiga setengah atau tujuh tahun tempoh yang tidak lengkap.

Tanda Yunus

Tanda Yunus adalah yang paling penting dalam aspek pelayanan Mesiah.  Kristus menyatakan dalam Matius 12:39-40.
           
39 Tetapi jawab-Nya kepada mereka:  “Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut sesuatu tanda.  Tetapi kepada mereka  tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus.  40 Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.  41 Pada waktu penghakiman, orang-orang Niniwe akan bangkit bersama angkatan ini dan menghukumnya juga.  Sebab orang-orang Niniwe itu bertobat setelah mendengar pemberitaan Yunus, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Yunus!  42 Pada waktu penghakiman, ratu dari Selatan itu akan bangkit bersama angkatan ini dan ia akan menghukumnya juga.  Sebab ratu ini datang dari ujung bumi untuk mendengar hikmat Salomo, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Salomo.

Ini telah diulang dalam Lukas 11:29-32.  Dari Lukas kita lihat bahawa Kristus berkata dalam ayat 30:

Sebab seperti Yunus menjadi tanda untuk orang-orang Niniwe, demikian pulalah Anak Manusia akan menjadi tanda untuk mangkatan ini.

Tanda Yunus bukan saja yang ia berada dalam perut ikan tiga hari tiga malam, tetapi ia juga masuk Niniwe dengan mengambil masa tiga hari perjalanan, dan satu hari perjalanan masuk ke kota yang dia nubuatkan terhadap Niniwe. Ia bertobat selepas diberi masa selama 40 hari untuk berbuat demikian (Yunus 3:3-10).

Kristus memulakan pelayananNya selepas Yohanes Pembaptis mula mengajar.  Yohanes bermula mengajar pada tahun ke-15 pemerintahan Tiberias Caesar.  Dengan menggunakan tahun sivil yang bermula dalam Tishri (Sept/Okt) dan tarikh Tiberius,  memerintah dari kematian Augustus dan bukannya daripada pengumuman secara reBCEi Senat, Tarikh yang mungkin dan yang paling awal ialah Oktober 27 CE (lihat Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)).  Kita tahu bahawa Yohanes telah pun membaptiskan untuk beberapa lama apabila Yesus datang dan minta dibaptiskan olehnya.  Untuk lebih terperinci lagi kita boleh mengkonstruksikan hari dari pembaptisannya sehingga Perayaan Paskah pada 28 CE  dimana kelihatan kira-kira lima puluh hari.  Dari Matius 4:17, kita tahu bahawa Yesus tidak memulakan pelayananNya sehingga Yohanes telah dipenjarakan (Matius 4:12).  Dari Yohanes 3:22, terbukti bahawa, selepas Perayaan Paskah pada of 28 CE, Yesus dan murid-muridNya membaptiskan orang-orang di Judea (walaupun Kristus sendiri tidak membaptiskan, Yhn. 4:2)).  Yohanes belum lagi dipenjarakan dan membaptiskan di Aenon dekat Salim (Yohanes 3:23-24).  Jadi, Kristus tidak memulakan pelayananNya sehingga selepas Perayaan Paskah pada of 28 CE.  Kristus mengadakan pelayananNya kurang daripada dua tahun.  Dengan gandingan pelayanan Yohanes Pembaptis dengan pembaptisannya dan pemilihan murid-murid, pelayanan berlangsung selama dua tahun setengah.  Ini adalah pada tahun untuk satu hari prinsip bagi nubuatan Yunus.

Beberapa gereja moden percaya bahawa pelayanan Kristus ialah tiga tahun setengah dan dia disalibkan dalam tahun 31 CE.  Daripada urutan Yohanes dan yang lain, a Passover of 30 CE menunjukkan (lihat Masa Penyaliban dan Kebangkita (No. 159)). PelayananNya adalah dua tahun setengah. (atau dua tahun nabi), dari Perayaan Paskah 28 CE sehingga Perayaan Paskah 30 CE.  Terdapat dua sayap dalam 50 hari atau lebih sebelum pembaptisan sehingga Perayaan Paskah, dan beberapa 50 hari selepas kebangkitan sehingga pentacosta.

Apabila ditambah kepada kiraan Yohanes Pembaptis pelayanan yang kurang daripada tiga tahun setengah (atau tiga hari nubuatan) dihasilakan, setahun untuk sehari mengikut asas Yunus.  Pelayanan Yohanes Pembaptis sama dengan perjalanannya ke kota dan pelayanan Kristus adalah dua hari nubuatan.  Dari pembaptisan Kristus, kita boleh melihat bahawa pencobaan setan dalam 40 hari di padang belantara adalah sebelum Perayaan Paskah pada of 28 CE dan permulaan pelayanan Kristus.  Pencobaan setan selama 40 hari di padang belantara mempunyai perjalanan ceritanya sendiri bersamaan dengan tempoh yang diberikan di Niniwe, dan setan dihakimi.

Sebagai bukti yang positif tentang pelayanan Kristus,  Yerusalem diberi setahun untuk sehari berbanding dengan Niniwe.  Peringkat ketiga dalam 40 hari, adalah untuk Judah, 40 hari, berakhir dengan kemusnahan Yerusalem dalam tahun 70 CE, 40 tahun dari kematian Kristus, sebab bukan seperti Niniwe mereka tidak bertobat - walaupun tanda yang besar telah diberi kepada mereka daripada Yunus di Niniwe.

Kepentingan utama misi Yunus ialah terhadap orang-orang kafir yang dia sahaja diantara nabi-nabi orang Ibrani yang telah memyebabkan pertobatan orang-orang kafir.  Ini adalah tugas asal Messiah seperti mana dinyatakan oleh Yesaya 53.  Dengan kesengsaraan, juga dinyatakan juga oleh Mazmur 22, Kristus sedar tentang applikasi ayat-ayat Alkitab ini.  Dia menyatakan perkataan-perkataan Mazmur dari salib dan memberi notis tentang misinya kepada orang-orang kafir melalui perumpamaan tentang penggarap-penggarap kebun anggur dalam Markus 12:1-9.  Indikasi injil-injil telah diterangkan secara jelas dalam injil Yohanes menunjukkan bahawa Kristus melihat kesengsaraan dan kematian seperti biji benih yang menghasilkan buah dan “menarik semua orang datang kepada-Ku” (Yohanes 12:32).

Jika orang-orang Farisi dan Saduki menerima bahawa pembinaan Rumah Tuhan terjadi ke pemerintahan Darius II, maka ia tidaklah boleh dielakkan yang mereka akan disalahkan jadi mereka menyusun semula kesilapan-kesilapan dan urutan-urutan yang disalahubahkan.  Pemutar-balikan oleh Kristian Moden mengenai 70 minggu dalam tahun sekitar Artaxerxes I adalah bertentangan dengan Ezra dan Nehemiah sama sekali, dan disebabkan ini ia disingkirkan oleh fahaman Yudaisme.  70 minggu dalam tahun berakhir tepat pada akhir 40 tahun tempoh yang diberikan kepada Judah dan Yerusalem untuk bertobat yang bermula 1 Nisan 70 CE kepada 1 Nisan 71 CE, dimana Rumah Tuhan telah dimusnahkan.  Rujukan Kristus kepada Niniwe dan kepada Solomon menunjukkan kepentingan kepanjangan masa terhadap Rumah Tuhan dan penghentian korban.  Yerusalem telah dikepung pada 1 Nisan dan ia dirompak dan Rumah Tuhan dimusnahkan pada Atonement 70 CE.  Masih ada bahagian urutan yang tidak lengkap.

70 minggu dalam tahun bermula pada tahun pertama Tahun yobel baru.  Ia juga pada tahun kedua pemerintahan Darius II.  Pada penghujung Tahun yobel adalah pemulihan Ezra dan Nehemiah (lihat kertas kerja Membaca Hukum dengan Ezra and Nehemiah (No. 250)).

Apa yang tidak difahami secara am ialah korban masih lagi diteruskan di Judah selepas pemusnahan Rumah Tuhan pada penghabisan nubuatan dalam Yesaya 19:19.

Yesaya 19:19 “Pada waktu itu akan ada mezbah bagi Tuhan di tengah-tengah tanah Mesir dan tugu peringatan bagi Tuhan pada perbatasannya”.

Adalah difahami bahawa Rumah Tuhan telah dibina di Elephantine dan korban telah diteruskan disana sementara Rumah Tuhan di Yerusalem berada dalam masalah dari pencerobohan Yerusalem oleh orang-orang Babylon.  Rumah Tuhan ini terus dalam operasi sepenuhnya sehingga ia diceroboh selepas Rumah Tuhan di Yerusalem telah dibina kembali semasa pemerintahan Darius II.  Yerusalem kemudiannya terus menjadi pusat Rumah Tuhan beribadah untuk hampir dua abad sehingga abad yang kedua BCE.  Yesaya telah bernubuat bahawa sebuah Rumah Tuahan akan dibina di Mesir.  Nubuatan ini telah diberitahu kepada Messiah (Yes. 19:20) yang akan membebaskan Mesir.  Mereka berada dibawah kekuasaan Rom pada masa itu dan Messiah telah dikirim ke Mesir untuk keselamatan sebagai anak dan untuk menggenapkan nubuatan ini dan di Hosea, supaya ia akan dipanggil keluar dari Mesir sebagai anak Allah dan yang pertama untuk Israel.

Pembinaan Rumah Tuhan yang terakhir di Mesir telah direkodkan (pada satu peringkat yang diberi tarikh yang salah pada 1 BCE) oleh The Companion Bible at Appendix 81.  Pembinaan direkodkan oleh Josephus (Antiquities of the Jews 13.3.1-3; 6; The Jewish Wars 7.10,3; and Against Apion 2.5).  Ringkasannya ialah disebabkan oleh peperangan diantara orang-orang Yahudi dan Syria, imam besar Onias IV melarikan diri ke Alexandria.  Dia secara aktif menyokong Mesir menentang Syria.  Dia telah diterima disana oleh Ptolemy Philometor disebabkan sokonganya itu.  Dia telah dijadikan sebagai ketua orang-orang Yahudi disana membuat Ethnarch dan Alabarch.  Dia memohon kebenaran dari Ptolomy dan Cleopatra untuk membina Rumah Tuhan disana untuk menggenapkan Yesaya.  Dia meminta kebenaran untuk memenuhinya dengan orang-orang bersama dengan imam-imamnya sendiri and juga orang-orang Levites.  Surat yang ditulisnya dan jawapan oleh raja dan ratu telah direkodkan pada appendex di atas.

Rumah Tuhan di Yerusalem telah dikotori oleh kedatangan tuhan-tuhan orang Yunani yang ditempatkan disana oleh Antiochus Epiphanes.  Yerusalem  menjadi tempat neraka pada zaman ini dan sistem telah menjadi korup.

Onias datang ke Leontopolis di daerah Heliopolite atau nome.  Tempat Rumah Tuhan adalah tempat dimana Israel mendapatkan terang dalam tempat tinggal mereka sementara Mesir berada dalam kegelapan.  Tujuannya ialah untuk menggambarkan Messiah yang menjadi terang dalam kegelapan.  Rumah Tuhan berfungsi lebih daripada 200 tahun dari 160 BCE kepada 71 CE apabila ia ditutup oleh perintah Vespasian.  Tempat itu telah dirujukkan dalam LXX sebagai kota kebenaran  (‘ir-ha-zedek).  Orang-orang Yahudi merasa sangat iri hati keatas Rumah Tuhan ini dan mengubah huruf-huruf dalam perkataan-perkataan, kota matahari menjadi kota kemusnahan (cheres kepada heres).

Lima kota yang dinyatakan dalam Yesaya 19:18 ialah kemungkinan Heliopolis, Leontopolis, Daphne, Migdol dan Memphis.

Penutupan Rumah Tuhan pada 71 CE atas perintah Vespasian mengakhiri fasa Tanda Yunus.  Manakala korban telah diteruskan di Elephantine semasa tempoh Rumah Tuhan yang pertama dalam masalah, Allah tidak membenarkan Rumah Tuhan ini untuk terus hidup selepas kemusnahan Rumah Tuhan di Yerusalem.  Kali ini, Rumah Tuhan yang baru akan diperbuat daripada batu-batu hidup dan kekuasaan telah diluluskan dari Judah kepada gereja di padang belantara.  Fasa ini dalam Tanda Yunus adalah untuk mengadili bangsa-bangsa dalam 40 Tahun yobel.  Korban akan dihentikan selama 40 Tahun yobel.  Sesiapa yang cuba untuk memulakan kembali korban akan dibunuh atau dihapuskan.

Ini akan mengakhiri 70 minggu dalam tahun dan kepanjangan masa Rumah Tuhan yang kedua.  Seperti mana Tanda Yunus juga berakhir dan Rumah Tuhan yang ketiga dari tarikh ini telah dibuka dari Yerusalem dan disebarkan.

Rumah Tuhan yang ketiga, atau kaabah yang keempat, akan dibina mengikut blok Roh individu Anak Allah yang tunggal.  Kepentingan ini terdapat di Zakharia 3:8-10 dan Zakariah 4.

Dari ayat 8, pengumuman tentang kedatangan cabang telah dibuat dan tujuh mata telah dinubuatkan (ini adalah tujuh bintang dalam Wah.2:1).   Dari kedatangan Kristus, yang akan “membuka ketidakadilan dibumi dalam sehari”, kita lihat perkembangan melalui Zakharia 4:1-3 mengenai tujuh era gereja dan dua pohon zaitun.  Dua pohon zaitun ini adalah yang dua yang Diurapi dan menggunakan minyak dari  mereka melalui dua paip emas (Zakh. 4:12).  Oleh itu, Rumah Tuhan yang ketiga adalah Roh Allah dan, dengan ini, ia menyempurnakan semua perkara dari minyak Roh Allah.  Dengan belas kasihan diberikan (Zakh. 4:7) dan dari Zakharia 4:6, kita lihat segala perkara telah disempurnakan sejak dari masa itu “bukan  dengan keperkesaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman Tuhan semesta alam”.

Disebabkan ini Rumah Tuhan yang kedua, atau kaabah yang ketiga, terhad dari segi masa dan terpaksa memberikan jalan kepada yang ketiga dan Rumah Tuhan yang rohani, kaabah yang keempat, ketujuh tiang lilin dimana kita tahun dari Wahyu 2 dan 3, adalah tujuh era gereja.  Era-era ini telah diberi nama untuk tempat berasingan dari Yerusalem dan bermula dari Ephesus sebagai era orang-orang Ephesus.

Tetapi dari 70 CE hati Judah telah menjadi keras supaya mereka tidak memahami kepentingannya.  Ia juga mempunyai kemungkinan yang sama bahawa kekuasaan guru-guru agama pada zaman itu melihat kepentingan penuh tentang nubuatan dan mereka telah dikutuk disebabkan itu.  Sejak dari itu, pembuatan cerita tentang pembinaan semasa pemerintahan Darius I, mula menjadi kabur tentang kepentingan perkara tersebut.

Urutan yang terakhir Tanda Yunus adalah melihatkan empat puluh Tahun yobel, dimana kita lihat dari kehidupan Musa adalah yang ketiga dan peringkat terakhir dilambangkan oleh empat puluh tahun dipadang belantara Israel sebelum ia mengambil harta warisan.  Empat puluh tahun ini adalah bentuk sebenar empat puluh tahun Yobel.  Tahun Yobel pertama melibatkan kelahiran Kristus dan jalan kepada pelayanannya.  Yohanes pembaptis memulakan pelayanannya dalam tahun Yobel 27 CE dimana, merupakan tahun yang kelima belas zaman Tiberias, dan mestilah ia dalam bulan Oktober.  Jadi, kepentingan disini ialah bahawa dia memulakan apabila tahun Yobel tiba.   Seperti mana yang kita lihat bahawa simbol pemulihan Josiah adalah dalam tahun pertama Tahun yobel yang baru.  Inilah yang dibuat oleh Kristus.  Dia memulakan pelayanannya dalam tahun 28 CE selepas Passover.  Jadi, empat puluh Tahun yobel mengambil Tanda Yunus sehingga  pembentukan Millennium dalam tahun pertama Tahun yobel yang baru pada Mac/April 2028 CE.  Urutan tiga puluh tahun adalah diantara 1997 dan 2027.

Jalan Yang Salah

Pengambilan tempat yang awal oleh ahli-ahli theology Protestan dengan perintah Artaxerxes menjadi dasar dari cubaan untuk mengaitkan nubuatan kepada penterjemahan yang salah Daniel 9:25 dalam versi King James.  Penghujung 1830an William Miller memilih ini sebagai tarikh permulaan nubuatan 2,300 hari.  Mengapa ia dan yang lain telah membuat kesilapan, ia adalah yang membingungkan.  Permulaan nubuatan telah dinyatakan dalam Daniel sebagai bermula apabila kaabah dimusnahkan dan upacara pembakaran persembahan bakaran di Rumah Tuhan telah dimansuhkan.  Ini tidak terjadi dari atau bersama-sama dengan mana-mana perintah pembinaan atau perintah sementara.  Miller telah membuat kesilapan yang serius dan manipulasi terhadap post-reformasi tentang nubuatan-nubuatan telah menjadi perhatian yang teguh.

Menghubungkan Nubuatan 2,300 Hari

Masa yang paling awal dimana nubuatan boleh diberi tarikh ialah masa penaklukan Yerusalem dan pencemaran Rumah Tuhan oleh Ptolemy (Soter) penghujung tahun 302 BCE.  Ini adalah waktu penyiapan nubuatan, pada tarikh paling awal, penghujung tahun 1998.  Sebagai tarikh yang paling mungkin, ia bermaksud bahawa semua akan diselesaikan dari 1999.  Beberapa orang mengaitkan penghentian pemberian korban kepada Antiochus Epiphanes dalam tahun 167 BCE, dimana boleh meletakkan penyiapan pada 2133 atau 2134 tetapi ini tidak boleh terjadi bersama dengan Daniel 12 atau Wahyu.  Seperti juga tarikh 197 BCE tidak boleh menghasilkan tarikh 2108.

Dalam tahun 197 BCE, Judea menjadi daerah Empayar Seleucid, pengambil tempat Alexander dari Timur dimana Antiochus Epiphanes datang.  Seleucus IV mula memasukkan kebudayaan Yunani yang ditentang oleh Zadokite imam besar Onias III.

Akhir kepada 70 Minggu Dalam Tahun

Pengakhiran nubuatan 70 minggu dalam tahun dan keterperincian berkenaan dengan pemusnahan Rumah Tuhan dalam tahun 70 CE memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti untuk memastikan pengertian yang sempurna.

Hak orang-orang Yahudi keatas Rumah Tuhan telah diterima dan diiktirafkan oleh pemerintahan Rom.  Larangan terhadap orang-orang kafir memasuki bahagian dalam Rumah Tuhan telah diterima oleh pemerintahan Rom, dan sebagai akibat atas pelanggaran ialah hukuman mati, walaupun ia adalah seorang yang berbangsa Rom.  Pemerintah Rom melaksanakan hak orang-orang Yahudi terhadap orang-orang walaupun mereka bukan berbangsa Yahudi.  Inilah sebabnya Paulus telah membuat rayuan kepada Emperor (Kisah Rasul 25:9-12) dan hanya ini sahaja telah menghalang Festus daripada berurusan dengan Paulus mengikut hukum orang-orang Yahudi.

Dari Emile Schurer's The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Jil. 1, 111.2, T&T Clarke Ltd, Edinburgh, 1973, penyembahan orang-orang Yahudi bukan saja diberi toleransi tetapi juga menikmati perlindungan dari pemerintahan pusat Rom.  Pengendalian pentadbiran Rumah Tuhan, terutama sekali dalam aspek kewangan, terjadi dari 5-41 CE (ibid., Vol. 1, pp. 377-379).

Dari 44 CE kepada 66 CE pentadbiran telah dipindahkan kepada Herod of Chalcis dan kemudiannya Agrippa II (ibid., Vol. l, pp. 377,472).  Gambar Kaisar juga telah dibuka daripada Imperial Standards (ibid., p. 380).

Orang-orang Yahudi telah dikecualikan daripada perkhidmatan tentera untuk menghalang konflik dengan upacara hari Sabat (op. cit., Vol. I, pp. 362-363, Vol. II, pp. 474-475, Vol. III, pp. 22-23,120-121).  Judah kekal sehingga 70 CE dalam unit administrasi dengan pemerintahan daerahnya.

Tentera Rom di Caesarea, sehingga meletusnya perang orang Yahudi dalam tahun 66 CE, terdiri kebanyakannya orang Siria Caesarea tentera Sebastene.  Pada 66 CE Vespasian telah berupaya menyenaraikan tenteranya, lima kumpulan dan satu bahagian barisan berkuda dari Caesarea (ibid., Vol. I, p.364),  sama dengan yang ditempatkan disana pada 44 CE.  Tentera dalam Kisah Rasul 27:1 pada kira-kira 60 CE kemungkinan satu daripada lima kumpulan yang dinyatakan oleh Josephus di Antiquities of the Jews, Book XX, 8,7, dimana dia menegaskan bahawa keadaan yang huru-hara diantara orang-orang Yahudi dan Syria akhirnya menyebabkan peperangan.

Pembinaan terakhir keatas Rumah Tuhan ialah dinding dalam bahagian teratas bangunan kepunyaan ruang dalaman sebelah barat untuk menghalang pandangan Agrippa keatas ruang dalaman sewaktu upacara (Schurer, Vol. I, p. 475).  Pemusnahan dinding in telah dihalang dengan rayuan kepada Nero dan campurtangan Poppea, isteri Nero.  Pada waktu ini keimaman besar dilantik oleh Agrippa, yang mula menghentikan pengambilan perpuluhan dan imam yang miskin mati kebuluran (ibid., ms. 465, 468-470).

Pada 62 CE pembinaan yang terakhir terhadap Rumah Tuhan telah siap dan penghentian pengambilan perpuluhan ditetapkan sebagai norma calon-calon Agrippa, bermula dengan Ananus.

Tulisan-tulisan dari kerajaan yang didapati oleh orang-orang Syria dari Nero dengan sogokan Beryllus, orang pintar Nero yang bertanggungjawab dengan surat-menyurat dengan Greek, sangat menentang orang-orang Yahudi (ibid., p. 467).  Dari 62 CE dibawah imam besar, Ananus, calon Agrippa, banyak imam-imam telah dibunuh.

Imam besar kepada tempat beribadat yang keempat atau Rumah Tuhan yang ketiga, James, Bishop Yerusalem, saudara Yesus Kristus, telah dibunuh (ibid., p. 468).  Ini menunjukkan berakhirnya keimaman dalam Rumah Tuhan di Yerusalem dan berakhirnya 62 minggu dalam tahun.  Pemerintah yang baru, Albinus, (62-62 CE) adalah sangat jahat, merampas wang awam dan persendirian, termasuk harta kerajaan.

Sejak dari masa ini, keimaman besar adalah perlindungan bagi orang-orang yang lemah.  Seorang imam besar, Jesus anak lelaki Damnai, terlibat dengan pertelingkahan dengan penggantinya, Jesus anak lelaki Gamaliel, sebab dia tidak mahu melepaskan pejabat yang suci (ibid., p. 469).  Apabila Albinus dipanggil semula, dia membunuh kriminal-kriminal utama dan melepaskan semua tahanan, membuat penjara kosong dan negara penuh dengan pencuri.  Penggantinya, penyebab yang terakhir, Gessius Florus (64-66 CE), adalah lebih teruk, menjadikan dia yang paling jahat yang pernah menjawat jawatan.  Dia merampas seluruh kota and membiarkan keadaan yang jahat tanpa kawalan (ibid., p. 470).

Dalam 64 CE Nero mengumumkan penganiayaan orang-orang Kristian di Rome, ini telah memyebabkan Petrus dan Paulus dianiaya.  The “Pact with many” menentang orang-orang Yahudi dan Kristian disebarkan.  Dalam 68 CE Ruman rajah  di Qumran telah dimusnahkan, dan Nero juga telah ditumbangkan.

Orang-orang yang membawa pembaharuan telah pempraktikkan penculikan imam-imam sebagai ganti tahanan-tahanan dan dalam tahun 66 CE pemerintah dengan orang Siria memulakan kerja ini yang mana menjadikan perang orang Yahudi.

Dari 1 Nisan 70 CE Yerusalem dikepung.  Pada hari Pengampunan 70 CE Rumah Tuhan telah dimusnahkan dan dari Atonement 70 CE tiada Rumah Tuhan atau korban bakaran sehingga tahun terakhir peperangan pada 73 CE dengan kekalahan Masada.  Tempoh ini dirujukkan oleh Daniel 9:27.

Untuk seminggu dalam tahun, kumpulan utama orang-orang telah berhenti mengamalkan agama merekac  dari 63 CE sehingga 70 CE atas sebab pencemaran Rumah Tuhan dan pencuri perpuluhan dan kematian imam-imam.  Istilah yang digunakan “Setengah daripada  masa korban dan persembahan akan berhenti” secara am diambil untuk merujukkan kepada setengah minggu dalam tahun, tetapi kemungkinan merujukkan kepada masa selepas pemusnahan dari 70-73 CE apabila bangsa terus menentang tanpa Rumah Tuhan atau korban.  Dengan ini, 70 minggu dalam tahun dengan jelas, menggenapi nubuatan.   Selepas kematian Yakobus dan sebelum pemusnahan dalam tahun 70 CE, Jemaat pergi ke Yerusalem di Pella (ibid., p. 498 & note 65)  sebab mereka tahun dari nubuatan bahawa pada penghujung tempoh ini akan terjadi dan Rumah Tuhan yang seterusnya daripada tujuh gereja-gereja, kerubi yang keempat Yehezkiel ((Yeh. 1:15) akan bermula.  Dari Penghkotbah 6:6,   Solomon telah menyatakan ia akan berterusan selama dua ribu tahun.  Tanda Yunus kemudiannya akan pergi kepada fasa yang seterusnya yang sudahpun difahami, iaitu zaman orang-orang kafir.  Ini akan berterusan selama empat puluh tahun yobel sehingga kedatangan Messiah dan permulaan Millennium yang dirujukkan dalam Wahyu 20:4.

Gereja dibawah Symon anak buah Messiah kembali ke Yerusalem sekitar 72 CE dan menubuhkan gereja-gereja Desposyni atau kepada yang kepunyaan Tuhan menyediakan Bishop kepada gereja-gereja Asia dan Mesir untuk beberapa dekad sehingga Rom menggantikan mereka dengan gereja-gereja Yunani.

Mungkin seorang akan bertanya soalan:  Apakah yang akan terjadi jika orang-orang Yahudi bertobat?  Jawapannya disediakan oleh rujukan kepada Israel di padang belantara dimana pengintip-pengintip atau saksi-saksi dikirim untuk mengintip tanah perjanjian.  Mereka dikirim, seorang dari setiap sukum kaum.  Hoshea anak lelaki Nun adalah dari suku Ephraim  dipanggil Joshua oleh Musa  (Bil. 13:8,16).  Mereka dikirim dari Zin kembali pada penghujung empat puluh hari (Bil.13:25).  Mereka enggan menerima warisan pengintipan yang begitu baik - semua kecuali Joshua dan Kaleb (Bil. 14:6-7).  Tiada seorangpun daripada dua puluh orang yang telah mengeluh kepada Tuhan dibenarkan masuk ke tanah perjanjian kecuali Joshua dan Kaleb.  Anak-anak Tuhan telah diberi empat puluh tahun di padang belantara sebagai gembala yang mengembara sebagai hukuman ketidaksetiaan mereka terhadap Tuhan.  Ini mewakili Judah dan Levi dalam zaman Messiah.

Empat puluh hari sebagai saksi menjadi empat puluh tahun dari Tanda Yunus dari Messiah kepada pemusnahan Rumah Tuhan.  Empat puluh tahun di padang pasir menjadi empat puluh Tahun yobel daripada pengembaraan sehingga kedatangan yang kedua kali.

Judah sebenarnya boleh bertobat dan boleh dibawa masuk dibawah kepimpinan mereka.  Mereka tidak bertobat, dan Allah mereka tidak akan bertobat.  Kita kemudiannya dipanggil keluar dibawah keadaan yang lain.  Bagaimana pun, Judah akan diberi pertobatan tidak lama lagi.

Apendiks

Dekrit Cyrus dan Raja-Raja orang Kasdim Menurut Josphus

Ramai ahli-ahli sejarah sibuk sekali dengan membuktikan bahawa nubuatan untuk 70 minggu dalam tahun adalah berkaitan dengan pelayanan Kristus – dalam satu pandangan ia menentukan permulaan dan pada satu pandangan ia meninggalkan 3? tahun daripada zaman akhir.  Dalam kegairahan yang tersalah petunjuk, beberapa penterjemah telah memanipulasikan Daniel 9:25-27 bahawa tuduhan penipuan tidaklah disalahgunakan.  Kemungkinan terjamahan yang paling setia dan tepat ialah oleh Moffatt.

Ketahuilah, fahami, bahawa diantara isu perintah nabi-nabi kepada pengembalian orang-orang dan pembinaan semula Yerusalem dan pentahbisan kedudukan tinggi imam besar, tujuh minggu dalam tahun akan berlaku;  Dalam masa enam puluh dua minggu dalam tahun ia akan dibina kembali, dengan kawasan dan jalannya; akhir sekali, selepas enam puluh dua minggu dalam tahun, imam besar yang telah ditahbiskan dihentikan, dan tiada yang mengambilalih;  kota dan gereja akan dimusnahkan seiring dengan imam yang ditahbiskan, dan kemudiannya kesusahan akan keluar dengan banjir peperangan sehingga akhiar zaman.

Untuk seminggu dalam tahun kumpulan utama orang-orang akan berhenti mengamalkan agama mereka;  untuk setengah daripada masa korban dan persembahan akan dihentikan, dan selain daripada ini akan terjadi kebencian yang menggemparkan, sehingga akhirnya kesusuhan yang diundang jatuh kepada yang melanggar kesucian yang mengejutkan.

Kamu akan melihat bahawa upacara meminyaki dalam pentahbisan seseorang rupa-rupanya permulaan kembali keimaman dan kemudian pemusnahan Yerusalem dan Rumah Tuhan dan penghentian korban.

Sementara tiada ketidakpastian bahawa itu ialah penyaliban Kristus yang dirujukkan dalam ayat 24, nubuatan dengan jelas tidak mengindahkan dengan pelayanannya tetapi dengan penggenapan dalam pemusnahan Rumah Tuhan.

Senarai raja-raja golongan Kasdim sehingga kepada Cyrus dari Persia telah dibuat dan tarikh-tarikh yang diterima dari Ptolemy Canon juga telah dimuatkan untuk pengetauhuan.

Josephus juga merekodkan bahawa Nehemiah telah diberi komisinya oleh Xerxes dalam tahun yang ke-25 dan tembok telah disiapkan dalam masa dua tahun empat bulan dan mereka siap dalam tahun yang ke-28 zaman Xerxes.

Nasib tidak menyebelahi, tarikh-tarikh yang berasal dari Xerxes menggunakan Ptolemy adalah dari 486 kepada 464 BCE – tempoh selama 22 tahun.  Samada terjemahan-terjemahan itu yang salah, Josephus yang salah atau yang lain, semuanya salah.  Raja-rajah yang telah pernah memerintah dalam lebihan 25 tahun adalah Darius I dan Artaxerxes I dan II sahaja.

Tarikh yang menarik telah timbul.  Jika kita mengambil tarikh Cyrus dari pembinaan dari Nebuchadnezzar dalam tarikh yang diterima iaitu 605 BCE dan menambahkan kepada kronologi Josephus untuk raja-rajah golongan Kasdim, ini akan menghasilkan pemerintahan Cyrus dalam tahun 464 BCE.

Tujuh puluh minggu dalam tahun dari tarikh ini adalah penghujung tahun 27 CE.  Yohanes pembaptis memulakan pelayanannya penghujung tahun ini.  Setahun dua samada sebelum atau selepas dari tarikh permulaan dibenarkan.  Masalahnya ini ialah tarikh akhir untuk raja Persia dengan menggunakan peraturan-peraturan Ptolemy dan tarikh-tarikh yang diterima yang kebanyakannya terdapat dalam carta-carta zaman dalam Alkitab adalah 260 BCE – menempatkan penaklukan Alexander yang sudahpun lewat.  Kepanjangan zaman raja-raja Persia mungkin terlalu lama atau tarikh permulaan yang tersalah beberapa tahun.

Faktanya ialah peraturan-peraturan Ptolemy secara penerangan adalah betul dengan tarikh 605 BCE yang ditentukan dengan hitungan astronomi.  Kemungkinan pula timbul yang 70 minggu dalam tahun dengan menggunakan tarikh Josephus untuk raja-raja Golongan Kasdim, berakhir pada zaman Kristus.  Tiada dalam mana-mana fasa dengan menggunakan hitungan-hitungan yang mungkin, Cyrus Artaxerxes I (Longimanus) mungkin sebagai raja pada permulaan tarikh-tarikh tersebut.

Jadual tarikh yang dibina dari Josephus adalah tidak betul dan tidak mengesahkan nubuatan Alkitab. Josephus menggunakan struktur dari fahaman selepas-kaabah. Mengikut Josephus ia adalah 96 tahun dari tindakan Nebuchadnezzar menentang orang-orang Yahudi, yang mengambil tempat dalam tahun yang ke-23 zamannya, sehingga  pemerintahan Cyrus.  Atas sebab ini sendiri, pendapat Josephus mestilah disingkirkan dan tafsiran asal diterima.

Apa saja titik permulaan yang digunakan tiada tempoh tujuh puluh tahun dimana tiga setengah tahun tertinggal dan tergantung yang mesti diserap oleh tempoh dongeng sebelum kedatangan Kristus.  Tiada juga Daniel memberi isyarat yang terdapat minggu yang terpisah atau minggu yang kemudian.  Penyusunan masa tidak membenarkan ini.  Daniel secara jelas menyatakan bahawa pada penghujung tempoh, untuk seminggu dalam tahun, kumpulan besar manusia akan berhenti mengamalkan agama mereka dan, untuk setengah daripada masa, korban dan persembahan akan berhenti.

Penyelidikan tentang pemusnahan Yerusalem dan Rumah Tuhan menunjukkan bahawa nubuatan ini genap dalam tahun 70 CE.

Beberapa orang mengajar bahawa perintah akhir akan dikeluarkan kepada yang tertindas untuk 3? tahun.  Sebagai contoh, tempoh kecelakaan atas murka Allah dalam Wahyu.  Sementara 3? tahun tempoh kecelakaan atas murka Allah berlaku, cubaan untuk menghubungkaitkan mereka dengan nubuatan ini adalah perdebatan yang meragukan.  Yang lain mengajarkan bahawa tempoh seminggu dalam tahun adalah dikhaskan untuk zaman akhir.  Tiada sokongan kukuh untuk menyokong pendirian ini.  Jika seorang pernah berada ditengah-tengah Yerusalem untuk tempoh 3? tahun sehingga 70 CE, ia akan lebih sedar tentang ketepatan nubuatan dan gagal tentang pendirian diatas.


Jadual

Raja-raja
Tahun
Tarikh
Nebuchadnezzar
(Nabopollance)
21
622 BCE
(Tarikh permulaan tidak mengikut Josephus tetapi tahun pemerintahan)
Nebuchadnezzar
43
605-562 BCE
Evil Morodach
18
562-522 BCE
Neglissor
40
522-482 BCE
Labosordacus
9/12
482-? BCE
Baltasor (Naboandelus)
17
465-? BCE
Cyrus (of Darius)
10
465-455 BCE
(Pembuatan peraturan Ptolemy)
Cambyses
7
455-448 BCE
Darius I
36
448-414 BCE
Xerxes
22
414-392 BCE
Artaxerxes
41
392-351 BCE
Xerxes II
-
351 BCE
Darius II
19
351-332 BCE
Artaxerxes II
46
332-286 BCE
Artaxerxes III
20
286-266 BCE
Darius III
6
266-260 BCE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin