Khamis, 13 Oktober 2011

WUJUDKAN PERATURAN MELARANG PEMIMPIN MEMINUM ARAK.

Serangan peribadi sudah bermula. Terdapat pihak tertentu yang mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat dengan arak. Mereka mendakwa Zaid peminum arak tegal. Ada yang mengatakan beliau telah berhenti daripada tabiat buruk itu selepas pulang daripada mengerjakan haji. Dan ada juga pihak yang mahu pihak yang menuduh mengemukakan bukti. Pokoknya, arak menjadi isu penting dalam PRK Hulu Selangor.
Kenapa tiba-tiba sahaja isu minum arak dibangkitkan? Adakah minum arak sesuatu yang tidak boleh bagi seorang pemimpin Malaysia? Atau, kerana Zaid Ibrahim seorang Islam, lantas arak dijadikan senjata bagi menyekat kemasukannya ke Parlimen? Bagaimana dengan calon lain?
Inilah Malaysia, sebuah negara yang di dalamnya dihuni segelintir manusia dangkal dan bodoh. Oleh sebab Zaid Ibrahim seorang Muslim, maka beliau dikaitkan dengan arak agar ditolak oleh pengundi. Adakah hanya agama Islam yang melarang umatnya daripada minum arak? Agama lain tidak ada larangan sedemikian? Setahu saya, semua agama melarang umatnya daripada minum minuman yang memabukkan. (Sekiranya terdapat mana-mana agama di dunia yang menggalakkan umatnya minum arak tolong beritahu kerana pengetahuan saya tentang agama terhad).
Kalau semua agama melarang umatnya minum arak, kenapa harus kepada Zaid Ibrahim sahaja mahu dimalukan dengan air kencing syaitan itu? Pemimpin lain – termasuk yang bergelar Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ahli Parlimen, DUN dan semua lapisan pemimpin, sama ada BN mahupun PR, tidak mahu dimalukan juga dengan air kencing syaitan ini? Sama ada mereka Muslim, Hindu, Buddha, Kristian atau apa sahaja tidak penting kerana arak merupakan “air kencing syaitan” kepada semua agama. Mereka yang minum arak adalah berdosa di sisi agama masing-masing.
Jadi, tidak adil, malah kelihatan bodoh apabila mengaitkan seseorang pemimpin dengan arak semata-mata kerana dia seorang Muslim, sedangkan agama lain juga melarang minum arak. Apabila bercakap tentang isu moral dan hukum hakam agama, jangan kita lihat pada Islam sahaja. Agama lain juga ada moral dan hukum hakam yang harus dipatuhi, cuma penganutnya “sengaja” membutakan mata dan hati. Setiap perbuatan mengingkari larangan agama adalah berdosa dan patut dikutuki masyarakat.
Misalnya, membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum arak merupakan asas moral agama Buddha. Akan tetapi ramai pemimpin yang mengaku beragama Buddha mengingkarinya. Saya rasa agama lain juga melarang 5 perbuatan di atas. Namun, kenapa tiada sesiapa mengbangkitkannya jikalau negara kita benar-benar mengutamakan moraliti dan nilai-nilai agama? Adakah pemimpin Islam sahaja wajib mematuhi hukum agama? Pemimpin bukan Islam tidak bermoral pun tidak mengapa dan diterima rakyat 1Malaysia? Ingat, tidak bermoral setaraf dengan syaitan. Bagaimana negara kita akan maju jika pemimpinnya setarah dengan syaitan sahaja?
Kekadang saya terfikir juga kenapa rakyat Malaysia boleh bertolak ansur dengan pemimpin bukan Islam yang minum arak dan berzina. Adakah pemimpin bukan Islam apabila mabuk tidak “gila” atau “hilang akal” sebagaimana pemimpin Islam?
Daripada pengamatan saya, parti-parti politik sering kali menggunakan alkohol sebagai pengantara untuk mendekati rakyat bukan Islam. Alasannya mudah, pengundi bukan Islam mudah dipancing dengan alkohol. Jadi, parti terpaksa menggunakan kaedah ini bagi meraih undi dan menjamin kemenangan kekal di tangan. Sedar atau tidak, perbuatan mereka adalah menghina agama kerana menyogok umatnya dengan minuman yang dilarang.
Jangan cepat melatah dan cuba heret saya ke mahkamah. Saya tidak omong kosong dan tidak berniat jahat. Akan tetapi saya begitu sedih melihat cara orang politik kita mendekati masyarakat bukan Melayu setiap kali pilihan raya diadakan. (Bukan semua, tetapi majoriti yang datang ke kawasan bukan Melayu akan melakukan perkara itu).Demi mencapai matlamat menang pilihan raya, arak disogokkan kepada rakyat. Apabila rakyat sudah mabuk, maka mudahlah mereka dipintal kepala. Hitam kata pemimpin, hitamlah bagi mereka. Putih kata pemimpin, putihlah bagi mereka. Kaedah terkutuk ini masih digunakan sehingga hari ini.
Mengaitkan Zaid Ibrahim dengan arak umpama meludah ke langit dan menadah muka sendiri. Setiap individu yang bernama pemimpin, parti politik atau persatuan tertentu wajib melihat diri terlebih dahulu sebelum menuding ke arah orang lain. Misalnya, tidak wajar pemimpin BN menghina Zaid Ibrahim kerana minum arak sekiranya pemimpin BN juga melakukan tabiat yang sama.
Sekiranya negara kita mementingkan soal moral, kita patut keluarkan peraturan melarang semua ADUN dan Ahli Parlimen daripada minum arak dan melakukan perbuatan tidak bermoral lain dan jikalau ingkar, hukuman berat dikenakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin