Khamis, 23 Jun 2011

GAJAH PERANG.

Gajah perang merupakan satu alat peperangan raja-raja Melayu dahulukala yang sangat penting. Gajah perang ini dilatih khas agar tidak mudah gentar dengan bunyi bising hiruk-pikuk semasa peperangan, kerana gajah perang yang berada di luar kawal amat merbahaya kepada pihak lawan atau pasukan sendiri.
Dalam kitab Sejarah Melayu disebut mengenai gajah perang kepunyaan raja Melaka dan Sang Kertas kepunyaan raja Terengganu.
Gajah Perang juga merupakan peralatan peperangan penting di seluruh dunia, walaupun tidak secara meluas dalam sejarah ketenteraan silam. Kegunaan utama mereka adalah dalam serangan menyerbu, untuk memijak musuh atau memecahkan barisan mereka. Gajah perang dipilih sepenuhnya daripada haiwan jantan kerana ia lebih pantas dan lebih garang.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Sejarah

Gajah dijinakkan di lembah sungai Indus sekitar 4,000 tahun dahulu. Menjinakkan tidak serupa dengan menternakkan. Haiwan ternakan, seperti lembu atau anjing, dilahirkan dalam kurungan dan akhirnya menurut pembiakan pilihan. Gajah disebabkan perangai bengisnya, makanannya yang mahal dan pertumbuhan yang perlahan (15 tahun untuk menjadi dewasa), biasanya, kecuali dengan beberapa pengecualian, sentiasa ditangkap dari hutan dan berikutnya dijinakkan untuk beberapa tujuan. Spesies pertama dijinakkan dengan itu adalah Gajah Asia, untuk tujuan pertanian. Pengunaan gajah dalam ketenteraan bermula sekitar 1100 BC dan disebut dalam beberapa penulisan suci Sanskrit.
Dari Timur, gajah perang berhijrah ke empire Persia di mana mereka digunakan dalam beberapa kempen. Pertempuran Gaugamela (1 Oktober, 331 BC), bertempur melawan Zulkarnain Agung kemungkinannya antara pertembungan pertama orang-orang Eropah dengan gajahperang. Lima belas gajah yang diletakkan ditengah-tengah barisan Persia, memberikan kesan kepada tentera Makedonian sehinggakan Zulkarnain merasakan perlu untuk membuat pengorbanan kepada dewa takut pada malam sebelum pertempuran. Gaugamela merupakan kejayaan paling cermerlang Zulkarnain,yang dimenanginyadengan meletakkan tentera berkudanya jauh dari gajah-gajah tersebut. Berikutan dengan penjajahan Persia, Zulkarnain mengakui kegunaan haiwan tersebutdan menggunakan beberapa ekor darinya dalam tenteranya. Lima tahun kemudian, dalam pertempuran sungai Hydaspes, walaupun tanpa gajah, Zulkarnain sudahpun mahir menangani mereka.
Serbuan gajah menyebabkan panik dan ketakutan, dan kulit mereka yang tebal menjadikan mereka sukar dibunuh atau dicederakan.
Kejayaan kegunaan gajah untuk tujuan ketenteraan berkembang seluruh dunia. Waris empire Zulkarnain, Diadochi, menggunakan beratus-ratus gajah India dalam perperangan mereka. Carthage dan Mesir mula menjinakkan gajah Afrika untuk tujuan yang sama, sementara Numidia menggunakan gajah Hutan. Gajah Afrika lebih besar tetapi tidak menjamin kemenangan bagi Antiochus III Agung dalam pertempuran Raphia pada 217 BC.
Dalam abad berikutnya, kegunaan lanjut gajah perang di Eropah kebanyakannya menentang Republik Rom. Dari pertempuran Heraclea (280 BC, Perperangan Macedonian) sehingga barisan terkemuka menyeberangi Alps oleh Hannibal semasa Perang Punic kedua, gajah menakutkan legion Rom. Sepertimana Zulkarnain, pihak Rom menjumpai cara untuk menangani serbuan gajah yang merbahaya. Dalam pertempuran terakhir Hannibal (pertempuran Zama, 202 BC), serbuan gajahnya tidak berkesan kerana Maniple Rom hanya memberi laluan bagi mereka lalu. Lebih satu abad kemudian, dalam pertempuran Thapsus (6 February 46 BC), Julius Caesar melengkapkan legion kelima (Alaudae) dengan kapak dan memerintahkan legionnya untuk menetak kaki gajah. Legion tersebut menahan serbuan dan gajah menjadi simbolnya.
Senjata anti gajah berkesan yang dilapurkan adalah babi. Pliny yang tua melapurkan bahawa "gajah takutkan bunyi babi mengelikik perlahan sekalipun " (VIII, 1.27). Pengepungan Megara dilapurkan gagal selepas orang-orang Megara menuang minyak pada sekawan babi, membakar mereka, dan menghalau mereeka kearah gajah perang besar musuh. Gajah-gajah tersebut lari ketakutan dari jeritan babi yang terbakar.
Lukisan gajah perang Rom, Sepanyol, abad ke 11.
Pada Zaman Pertengahan, gajah jarang digunakan. Charlemagne menggunakan gajahnya, Abul-Abbas, apabila dia melawan Danes pada tahun 804, dan Krusade memberikan peluang kepada Frederick II, Maharaja Holy Roman untuk menangkap gajah di Tanah Suci, kemudian digunakan untuk menawan Cremona pada tahun 1214.
Tentera Empire Khmer berperang dengan menggunakan gajah melawan orang Cham pada abad ke 12.
Penggunaan gajah sekali lagi oleh Kesultanan India, hampir mengakhiri penaklukan Raja Timur. Pada tahun 1398 tentera Timur berhadapan dengan seratus gajah India dalam pertempuran dan hampir kalah akibat tenteranya ketakutan. Sejarah menceritakan bahawa orang-oang Turki menang dengan menggunakan strategi bijaksana: Raja Timur membakar jerami dibelakang untanya sebelum menyerbu. Asap membuatkan unta berlari kehadapan dan menakutkan gajah yang melenyek tentere mereka sendiri ketika berusaha melarikan diri.. Satu lagi cerita dalam kempen itu (oleh Ahmed ibn Arabshah) melapurkan bahawa Raja Timur menggunakan (kaltrop) besar untuk menghentikan serbuan gajah. Kemudian, pemimpin Turki tersebut menggunakan gajah-gajah tersebut menentang Empayar Turki Uthmaniyyah.
Dengan kemajuan perperangan ubat bedil pada akhir abad ke 15, gajah perang sebagai elemen penyerbu menjadi lapuk kerana ia mudah dibunuh dengan menggunakan tembakan meriam.

[sunting] Kegunaan taktikal

Terdapat banyak kegunaan ketenteraan di mana gajah boleh digunakan. Sebagai haiwan besar, ia mampu membawa kargo berat dan memberikan cara baik untuk pengangkutan . Dalam pertempuran, gajah perang biasanya diletakkan di tengah baris, di mana ia berguna bagi menghalang serbuan atau digunakan bagi menyerbu.
Semasa Perang Dunia I, gajah menarik jentera berat. Yang ini bekerja di laman peluru di Sheffield.
Serbuan gajah mampu mencecah sekitar 30 km/j dan tidak seperti kavalri berkuda, sukar dihentikan oleh baris infantari berlembing. Kuasanya berasaskan kuasa sepenuhnya: ia akan menghetam baris musuh, memijak dan menghayun gadingnya. Mereka yang tidak mati akan ditolak ketepi atau dipaksa berundur. Tambahan lagi, ketakutan yang disebabkan oleh gajah terhadap mereka yang tidak pernah berhadapan dengan gajah (seperti Empire Rom) boleh menyebabkan mereka berpecah dan lari hanya dengan serbuan sahaja. Kalavari berkuda juga tidak selamat kerana kuda yang tidak biasa dengan bau gajah akan turut juga menjadi panik. Kulit tebal gajah menjadikan mereka amat sukar dibunuh atau dilemahkan dengan sebarang cara, dan ketinggian dan jisim mereka memberikan keselamatan yang agak baik bagi penunggang gajah. Malangnya mereka juga cenderung untuk panik: setelah mengalami kecederaan serdahana atau apabila gembala mereka mati, mereka akan mengamuk, tanpa hala tuju menyebabkan kecederaan ketika mereka cuba melarikan diri. Gajah mampu menyebabkan kerosakan besar pada kedua pihak semasa berundur dalam keadaan panik. Infantari Rom yang berpengalaman seringkali cuba memotong belalai gajah, bertujuan menimbulkan panik mengejut, dan dengan harapan menyebabkan gajah lari kembali kearah baris mereka.
Dalam Perang Punic, gajah perang berperisai penuh dan membawa di atas belakangnya, menara dikenali sebagai howdah, dengan tiga orang krew: pemanah dan/atau orang bersenjatakan dengan sarissa (senjata seperti cokmar sepanjang enam meter). Gajah perang hutan, lebih kecil berbanding saudara Afrikaatau Asia mereka, tidak cukup kuat untuk membawa menara dan membawa hanya dua atau tiga orang. Terdapat juga pemandu yang dikenali sebagai mahout dan biasanya (Numidia), yang bertanggung jawab bagi mengawal mereka. Mahout turut membawa mata pahat dan penukul untuk memotong saraf tunjang dan membunuh gajah sekiranya gajah mengamuk.. Sungguhpun dengan kelemahan sedemikian, gajah merupakan kereta kebal silam, seperti Perang Dunia II Panzer.

[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin