Bendera negara Thai menunjukkan lima jalur yang mendatar dalam warna merah, putih, biru, putih dan merah. Saiz jalur biru yang ada di tengah adalah dua kali lebih besar dari jalur-jalur yang lain. Warna merah-putih-biru melambangkan "negara-agama-raja", cogankata tidak rasmi negara Thai. Bendera ini menjadi rasmi pada 28 September 1917. Nama Thai untuk bendera ini adalah Thong Trairong (ธงไตรรงค์), yanng bermakna, bendera tiga warna.
Bendera pertama yang digunakan di Siam adalah berwarna merah dan tidak bercorak, digunakan sewaktu pemerintahan Raja Narai (1656-1688). Kemudiannya pelbagai jenis simbol direkakan di latar belakang tersebut seperti, chakra putih (roda yang berkaitan dengan agama Buddha), seekor gajah putih di dalam chakra atau cakera putih dengan matahari di dalamnya.
Dalam catatan rasmi, bendera Thai pertama kali direkakan pada tahun 1855 oleh Raja Mongkut (Rama IV), memaparkan seekor gajah putih (lambang diraja) di latar belakang yang merah, kerana bendera merah yang tidak bercorak tidak begitu sesuai digunakan di arena antarabangsa.
Pada 1916, bendera Thai diubah menurut rekabentuk yang digunakan sekarang, namun pada mulanya, jalur yang di tengah berwarna merah seperti jalur yang berada di lingkungan bendera. Pada 1917, warna merah tersebut diganti dengan warna biru, yang merupkan warna hari Jumaat bagi orang Thai dan juga hari lahirnya Raja Rama VI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan