PERATURAN KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA
1. Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain sesuka hati.
2, Jalankan kerja-kerja khusus seperti mengasah dan menyapu bahan di tempat yang disediakan.
3, Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.
PERATURAN KESELAMATAN ALATAN
1. Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.
2. Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.
3. Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang alat-alat tangan.
4. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan.
5. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI
1. Sentiasa patuhi peraturan bengkel.
2. Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam bengkel.
3. Jangan memakai barang-barang kemas.
4. Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
5. Laporkan sebarang kemalangan kepada guru dengan segera.
PERATURAN KESELAMATAN MENGGUNAKAN ELEKTRIK
1. Jangan menggunakan alatan elektrik yang telah haus dan rosak.
2. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai tiga hala.
3. Matikan suis selepas menggunakan alatan elektrik.
4. Jangan sentuh wayar elektrik yang terputus dan terdedah.
5. Jangan sentuh alatan elektrik dengan tangan basah.
6. Pakai kasut getah ketika melakukan kerja elektrik.
7. Matikan suis sebelum mencabut plag dengan memegang kepala plag.
8. Jangan tuba memperbaik peralatan yang telah rosak.
9. Jangan bermain dengan alatan elektrik.
PERATURAN KESELAMATAN AM
1. Sentiasa patuhi arahan guru.
2. Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.
3. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
4. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
5. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.
6. Bekerja dengan teratur dan sistematik.
7. Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
8. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
9. Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
10. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan