Khamis, 23 Jun 2011

MAKANAN HALAL DAN HARAM PERLU DI BEZA.

Dalam Islam, isu pemakanan memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan seorang Muslim. Ia bukan sekadar satu sarana penerus kehidupan, tetapi apa yang kita makan akan memberi kesan kepada kesihatan fizikan dan mental, jasmani dan rohani kita. Firman Allah swt:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.(2:168)
Imam Jaafar as Sadiq(as) berkata: “Menahan diri dari memakan sesuap sesuatu yang haram adalah lebih dihargai dari melaksanakan 2 ribu rakaat solat nafilah.”(Iddat’ud-Dai)
Allah swt telah memberi satu garis panduan yang jelas lagi terang tentang pemakanan, yang telah disampaikan kepada kita melalui Rasulullah(sawa) dan para wasi baginda(as).
Secara amnya, makan boleh dibahagikan kepada 2, yakni:
1. Tumbuhan, sayuran,buah-buahan, hasil tani seperti gandum, beras dan lain-lain:- Semuanya boleh dimakan selagi tidak mendatangkan mudarat kepada manusia, seperti mengandungi racun atau kandungan yang menghayalkan(daun ketum, ganja dll)
2. Makhluk hidup, yang terbahagi kepada 3 iaitu haiwan darat,air dan burung.
Haiwan Darat
  • Haiwan darat yang boleh dimakan adalah seperti yang telah disimpulkan di dalam 5 ayat pertama surah al Maidah. Ternyata, Allah swt menghalalkan sesetengahnya dan mengharamkan sesetengah yang lain. Antara yang boleh di makan ialah binatang yang dibela secara domestik, seperti kambing, kerbau, lembu, biri-biri, unta dan lain-lain. Binatang yang tidak dibela secara domestik, tetapi mempunyai sifat yang sama, seperti kambing gurun, kambing gunung dan rusa juga halal untuk dimakan, kebanyakan binatang ini bertapak kuku(hoof).
  • Adalah makruh untuk memakan daging kuda dan keledai.
  • Adalah haram memakan haiwan bertaring seperti anjing, kucing,arnab,gajah dan monyet. Babi adalah haiwan yang secara terang telah diharamkan di dalam Quran.
  • Haram juga memakan haiwan reptilia seperti ular dan kura-kura, tidak dilupakan, kegemaran ramai orang, telur penyu. Serangga seperti kutu dan lalat juga haram dimakan, bagaimanapun belalang adalah halal.
Haiwan Air
  • Segala haiwan air yang mempunyai sisik adalah halal untuk dimakan. Ini bermakna, haiwan lain seperti penyu, kerang, ketam, ikan keli adalah haram pemakanannya. Bagaimanapun, udang adalah halal. Satu lagi syarat untuk halalnya haiwan laut ialah, ia mesti ditangkap di dalam keadaan hidup. Siapa yang menangkapnya, tidak menjadi masalah(samada Muslim atau tidak)
  • Suka untuk saya memperingatkan disini, atas dasar tanggungjawab sesama Muslim, haiwan laut seperti ketam, yang bercengkerang di termakan sebagai krustasia. Kandungan krustasia ini kerap terkandung di dalam makanan kita, kita Syiah bukan sahaja perlu berwaspada dengan kandungan lemak babi, malah berwaspada juga dengan kandungan krustasia ini.SEMAK KANDUNGAN MAKANAN ANDA. Antara makanan kegemaran yang mengandunginya adalah:
  1. Hampir semua(boleh dikatakan semua, takut saya miss check) produk serbuk maggi, contoh seperti perasa mi segera, bubur segera, dan serbuk “Secukup Rasa”
  2. Begitu juga dengan kebanyakan mi segera yang lain, seperti Mamee dan Cintan, bagaimanapun ada juga yang yang tidak mengandungi kandungan ini.
  3. Keropok seperti Cheezels.
Burung
Haiwan burung yang boleh dimakan terbahagi kepada 2, iaitu dilitupi bulu di seluruh badan(sifatnya), dan bukanlah burung pemangsa, yakni berkuku tajam, seperti helang. Terdapat 2 prinsip untuk membezakan burung yang boleh dimakan dengan yang tidak:
  • Burung yang apabila terbang, lebih banyak melayang dari mengibas sayapnya adalah haram.(contoh, helang)
  • Jika pergerakan tidak dapat dikenal pasti, maka perlulah memeriksa untuk satu dari perkara ini:
  1. Kocek menyimpan makanan yang belum diproses yang terletak di bahagian leher burung.
  2. Hempedal
  3. Bertaji(seperti ayam)
Oleh itu burung seperti ayam, ayam turki dan kebanyakan burung kecil boleh dimakan. Burung unta dan merak juga boleh dimakan.
Burung-burung pemangsa seperti helang, burung pembangkai adalah haram. Burung seperti gagak juga tidak boleh di makan. Haiwan lain yang terbang, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai burung, seperti kelawar, juga haram dimakan.
Sebagai nota, adalah perlu diperingatkan disini, jika keadaan darurat melanda, segala yang haram di makan adalah halal, mengikut kadar yang diperlukan dan bersesuaian sahaja.
Sebagai kesimpulan pendek, haiwan yang tidak boleh dimakan adalah seperti berikut:
  1. Haiwan air yang tidak bersisik, kecuali udang
  2. Haiwan pemangsa, haiwan beracun.
  3. Reptilia
  4. Haiwan terbang yang tidak diklasifikasikan sebagai burung.
InsyaAllah, sebagai pelengkap, saya akan sertakan fatwa marja e taqlid bagi soalan-soalan tambahan yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin