Salam sejahtera pelawat sekalian. Dah lama sangat rasanya saya tidak update apa-apa artikel terbaru untuk bacaan anda. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya sendiri sangat sibuk dengan urusan perniagaan secara offline. Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin menceritakan mengenai revolusi baru tentang penjagaan enjin kereta.
Pernahkan anda dengar sekarang ini minyak masak kelapa sawit telah dijadikan sebagai minyak hitam? Yup!
Ok firstly, MINYAK KELAPA SAWIT adalah minyak paling sintetik di dunia. Minyak yang anda percaya fully sintetik, semi sintetik tu sebenarnya minyak pelincir biasa saja. Yang buat dia jadi sintetik pasal mereka suntik sintetik dalam minyak tu. Bila sintetik tersebut dah bergesel dalam enjin, sintetik itu sendiri akan makin hilang. Selepas itu anda rasa enjin kereta anda berat sebab dah tiada sintetik dah.
PERSOALAN 1: Kenapa orang tidak pasarkan minyak kelapa sawit saja untuk minyak pelincir?
JAWAPAN 1: Pasal ini syarat yang ditetapkn oleh syarikat petroleum. Kalau minyak sawit dah buat sebagai minyak pelincir, rugi la perniagaan mereka. Tak percaya? Saya bukan main-main. Hal ini ada diceritakan dalam rencana utama di akhbar online Kosmo.
Respon Mereka Yang Telah Menggunakan Minyak Masak Sebagai Minyak Hitam
1. Mula-mula pick-up tiada rasa pape dan kadang-kadang rasa macam kurang sikit. Tapi lama-lama pick-up makin sedap. Superb!
2. Nak start enjin pagi, senang dan smooth jer.
3. Kelajuan meningkat dengan lancar walaupun kereta penuh muatan. Setakat 120-140 km/j tu takde hal lah.
4. Bunyi enjin jadi sedap (merdu kot).
5. Yang paling penting adalah jimat duit. Betul tak?
Kelemahan Penggunaan Minyak Masak Sawit
1. Minyak ni nipis. Mungkin ada leakage (kebocoran) kalo kereta-kereta yang dah lama. Leakage ni berlaku sebab ia mengalir pada ruangan yang dah tak rapat (sebab dah lama). Secara umumnya, gasket diperbuat dari getah. Biasanya ia berada di antara joints 2 material besi untuk elak dari bocor. Tapi anda boleh tukar gasket dan oil seal dengan yang baru.
2. Bagi mengelakkan kebocoran, anda juga boleh campur minyak sawit ni dengan Oil Treatment untuk jadikan ia pekat. Antara Oil Treatment yang disyorkan adalah minyak STP.
Kalau anda was-was, boleh try 50% sawit, 50% minyak biasa. Cari minyak sawit yang tebal sikit. Jangan hentam minyak paket yg berkeladak pulak ya! Minyak VESAWIT dan SAJI sangan disyorkan.
PERSOALAN 2: Enjin tak rosak ke kalau kita guna minyak sawit ni?
JAWAPAN 2: Saya tak nak cakap apa-apa, nanti anda tak percaya pulak. Tapi saudara Yazmin dah buat kajian ke atas keretanya sendiri. Boleh lawati laman blog beliau untuk membaca dan melihat gambar-gambar tentang kajiannya di sini.
P.S. – Saya bercerita pasal minyak enjin (minyak hitam) je tau. Jangan anda try kat minyak gearbox plak. Kalau buat jugak, pandai-pandai la ya.
P.S.S – Ni guna minyak kelapa sawit je tau. Minyak jagung ke, minyak kuda ke, minyak gamat ke anda try la sendiri.
P.S.S.S – Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu tinggalkan komen di bawah. Saya akan respon secepat mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan