Selasa, 14 Jun 2011

SEJARAH REALITI RAJA SIAM.


Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh.
“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal dari Dinasti Yuan yang berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu menjadi Raja Siam Toung Oo di Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana Mandalay (rujuk artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada Batu Bersurat Trengganu).
Terdahulu, Istana Mandalay ini telah dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepadaRaja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar Maha Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.

Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.

Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai Tun Saaban memerentah di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris adalah adinda Khalifatullah Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk besarkan)
“As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today, much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there.” Tun Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada Saudara Hanan.
Selepas serangan keatas Mandalay, baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43 dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai Raja Bakar @ Raja Nambang.
 
 
Raja Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam Hikayat Patani.
Pada tahun 1767 pula, Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam di Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia Ke-31, Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.
“Dalam tahun Masehi 1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu.” di petik dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani.
Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama sebenarnya iaitu Raja Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawipada tahun 1668 Masihi. Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17.
“Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
http://www.geocities.com/prawat_patani/pengenalan.htm
Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (1548) Sultan Yaakob Jalil Syah yang dikenali juga sebagai Raja Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah menetap di Kota Naga, Raja Jalil Putera menjawat jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun1754 dari Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua adalah Kota Kuala Kedah dan yang ketiga adalahKota Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.
Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih wujud lagi di Na Khun Sitammarat (asalnya tammaraja) berdekatan Segenting Kra, Thailand.
Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @ Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis pula anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat Shuib Syah. Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat Manja Abu Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya. Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di dalam Negara Burma (Myanmar).
“Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama penyandang gelaran Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah). Siapa pula yang menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana Menterinya? Tak lain tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang kelima.
Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun1778 Masihi. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan tentera Islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera Islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam bahasa siam yang bermaksud “tanah perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.
Pada tahun 1782 Masihi pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota Meang Kuang @ Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah.
Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah inggeris bermula pada tahun1788 dan Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 di atas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah masih berada di bawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). Peta di atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam. Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, di mana pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar Syah?(click untuk besarkan)
 
 
 
Peta tahun 1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam Islam di Champa yang enggan bernaung di bawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja Islam yang enggan tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa di sana sahaja, tidak di selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat di sini pun bermula. (click untuk besarkan).
Pada tahun 1819 pula, pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.
Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua SiamKota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.
Pada tahun 1821, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II secara senyap dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di Istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar “tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada penjajah Inggeris Francis Light pada tahun1786 Masihi. Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah.
Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah seperti Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, makam Permaisuri Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai(makamnya digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).
Ketiga adalah makam Sultan Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun Saaban yang bergelar Iskandar Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelarHang Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).
Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan Iskandar Koya Faiyang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) iaitu Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja MindanaoSultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilinyang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.
Selain itu ialah makam Laksamana Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan makam isterinya Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin Megat Tam Tunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedahyang turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam Sultan Idris Jammu Patani dan Puteri Majapahit yang berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam Kota Setar Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.
Pada tahun 1821 ini lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh  Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Di sana sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat sejarah Islam sebenarnya.
Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalahSyed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri Perlis, Nai Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja Kubang Pasu, Nai Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku Ibrahim Tunku Meh dilantik menjadi Raja di Kuala Muda, Nai Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. Kemudiannya Nai Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama 4 tahunsahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan memerentah sehingga tahun 1862 dan dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada tahun 1875, penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian rupa? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian Pangkor 1874yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen. Selepas itu pada tahun 1876 Masihi, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang beragama Islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China dan tentera Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan tentera China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari ini mereka dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan, dengan paras rupa berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan oleh Inggeris di China untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya tidak memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.
Ahli sejarah Inggeris Colonel James Low diminta menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang Raja Perempuan Thai, Mak enche Manjalara di negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid dan beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama Islam. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku di Patani di mana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.
Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881) adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Pulau Langkawi.
Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini. Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris dan thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari makam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Madzaffar Syah I.
Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau Tiga Sungai Merbuk daerah Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya. Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan penjajah dan mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa Melayu hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.
Saudara pembaca sekelian, sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan kebenaran agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan empayar Islamnya, kewibawaannya, manakala sejarahnya telah dicaturkan semula oleh penjajah, pada hal di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin