Ahad, 26 Jun 2011

PANDUAN MAKANAN YANG DI HALALKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM.

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.
Ramai pengusaha makanan dan bahan gunaan kurang memahami tentang penggunaan penunjuk ‘ HALAL’,DITANGGUNG HALAL’,’ MAKANAN ORANG ISLAM’ atau sebagainya, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘HALAL’) 1975.
Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-
1.Takrif penting dalam peruntukan perintah perihal Dagangan (PenggunaanPerbahasaan ‘HALAL’) 1975.
2. Sumber makanan dan minuman.
3. Penyembelihan
4. Hidangan dan Penyimpanan.
5. Pemprosesan Makanan dan Masakan.
6. Kebersihan.
7. Bahan Gunaan.
8. Tanda Halal.
9. Penutup.
 1.       TAKRIF PENTING DALAM PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENGGUNAAN PERBAHASAAN ‘HALAL’) 1975.

  1.1    HUKUM SYARAK 
Hukum syarak ertinya undang-undang Islam dalam Mazhab Syafie atau undang-undang dalam mana-mana telah dipersetujui oleh Yang di Pertuan Agong serta dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan,Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh mana-mana Raja dikuatkuasakan dalam negeri.  
Sumber bagi undang-undang Islam ialah al-Quran,Hadis,Ijma’ dan Qiyas. Mana-mana sahaja bahan makanan yang ada disebut menurut salah satu sumber diatas sama ada disebut menurut salah satu sumber diatas sama ia Halal atau Haram maka ia menjadi hukum syarak atau undang-undang Islam.
1.2    TAKRIF HALAL.
MAKANAN ORANG ISLAM’ atau makanan ‘DITANGGUNG HALAL’ atau ‘HALAL’ atau sebagainya boelh diertikan seperti berikut:
i.      Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak ;  
ii.    Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak ;  
iii.   Tidak disedia,diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan  
iv.    Tidaklah dalam masa menyedia,memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a),(b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

1.3    NAJIS MENGIKUT HUKUM SYARAK.  
Najis mengikut hukum syarak ialah  
i.      Sesuatu yang kotor, jijik dan dan tidak patut digunakan dan wujud pada manusia, pakaian, minuman atau bahan-bahan gunaan manusia. ;  dan
ii.    Najis adalah berbentuk cecair atau bahan bahan perkumuhan manusia ataupun haiwan seperti air kencing, nanah, darah, muntah, perma atau ovum dari anjing dan babi. Adapun sperma atau ovum selain dari keduanya dianggap tidak najis.
 2.         SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL  
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, , bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan. 


2.1   HAIWAN.
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
 i. Haiwan Darat.
 ii. Haiwan Air. 
2.1.1     HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:  
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak ;
ii. Babi ;
iii. Anjing ;
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya;
v. helang, burung hantu dan seumpamanya ;
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya ;
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud - hud dan labah – labah;
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya;
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya ; dan
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.  
2.1.2     HAIWAN AIR  
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.  


2.2      TUMBUH-TUMBUHAN  
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram seperti ganja, poppi dan seumpamanya .

2.3     MINUMAN
2.3.1 Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan  kesihatan manusia dan yang bercampur dengan benda- benda yang najis.
  2.3.2 Bahan Sumber Asli
Semua bahan sumber asli seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.3.3 Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.3.4 Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.
 3.         HIDANGAN DAN PENYIMPANAN:
Semua bahan halal yang disimpan,dipamer dan dihidang hendaklah diasingkan dalam setiap keadaan di antara yang halal dengan tidak halal untuk menghindarkan percampuran atau terkena najis di antara bahan halal dan tidak halal.  
4.         PEMPROSESAN MAKANAN DAN MASAKAN.  
Semua makanan yang telah diproses adalah halal sekiranya bahan-bahan ramuannya halal dan pemprosesan adalah bersih dari najis seperti berikut:  
i.         Tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari haiwan yang bagi orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak ; 
ii.        Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dianggapkan sebagai najis mengikut hukum syarak sama ada sedikit atau banyak, seperti minyak babi, lemak dari bangkai, jenis-jenis arak dan lain-lain ; 
iii.        Tidaklah disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa benda najis mengikut hukum syarak,seperti alat pemotong, tempat, kuali, sudu, periuk dan lain-lain ;  
iv.         Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (i), (ii) atau dan (iii) atau apa-apa benda yang dianggap sebagai najis mengikut hukum syarak.
6.         KEBERSIHAN.  
i. Kebersihan amatlah dititikberatkan oleh Islam dan ia meliputi aspek- aspek kebersihan diri,pakaian,peralatan dan kawasan tempat pemprosesan atau membuat makanan ;
ii. Tujuannya ialah untuk menjamin bahawa makanan yang dihasilkan adalah suci dan tidak membahayakan kesihatan manusia ; 
iii. Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, benda- benda haram dan tidak suci mengikut hukum syarak. Beberapa aspek yang ditekankan antaranya:   
iv.    Premis pembuatan,penyediaan dan penjualan makanan dan minuman perlulah bersih dan  bebas daripada gejala-gejala yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti lalat, tikus, lipas, cicak dan seumpamanya.; 
iv. Pekerja-pekerja dikilang perusahaan makanan mestilah sihat,berpakaian kemas dan bersih untuk mengelakkan daripada gejala kekotoran; 
v.       Peralatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dicuci seberapa kerap yang boleh untuk menjamin kebersihan. Cara membasuh adalah menjirus dengan air bersih serta sentiasa mengalir; dan
vi. Tandas dan bilik air mestilah dibersihkan dari semasa ke semasa kerana ianya adalah punca kekotoran. 
7.         BAHAN GUNAAN:  
Bagi maksud garis panduan ini, bahan gunaan boleh dibahagikan kepada kategori berikut:  
7.1        KOSMETIK  
i. Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya ; dan
ii. Bahan kosmetik yang diperbuat dari tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang dibuat dari sumber haiwan yang halal dan tidak najis adalah juga boleh digunakan.  
7.2   PAKAIAN DAN ALATAN  
i. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan;
ii. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing ;
iii. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan ; dan
iv. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.
8.         TANDA HALAL:  
i. Penggunaan penunjuk ‘HALAL’,DITANGGUNG HALAL’ atau apa-apa perbahasaan yang boleh membawa erti bahawa orang Islam boleh memakan atau minum dan menggunakannya akan menunjukkan keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, enyediaan dan penjualan adalah halal untuk orang Islam.  
ii. Penggunaan penunjuk yang menandakan sesuatu hasil pengeluaran itu halal adalah tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘HALAL) 1975 dan Perintah Dagangan (Penandaan Makanan), 1975, (dilampirkan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin