Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai Kerajaan, Engkau berikan Kerajaan kepada Orang yang Engkau Kehendaki dan Engkau Cabut Kerajaan dari Orang yang Engkau Kehendaki. Engkau Muliakan Orang yang Engkau Kehendaki dan Engkau Hinakan Orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala Sesuatu. (A-li 'Imraan 26)
Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (Al- Baqarah 247)
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku Adil, dan berbuat Kebaikan. (Al-Nahl 90)
• Ada yang sudah jatuh digulingkan. Dan ada yang sedang menanti waktunya. Suatu ketika dahulu mereka adalah Pemimpin yang Hebat, Kaya, Tinggi kedudukannya, Hidup dalam keadaan semewahnya. Tapi hari ini segalanya sudah hilang. Segalanya amat mudah Bagi Allah swt. Apatah lagi Pemimpin, Kerajaan yang sewenangnya menzalimi, menindas Rakyat. Aidaikata selamat, senang di Dunia, kelak diAkhirat sudah Pasti diHukum juga jika tak menginsafinya.
• Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan Negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai Ulama yang telah Dibunuh ketika itu kerana enggan Mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga Enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun Beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan Negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada Beliau mengapa beliau enggan Benyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang Hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan Kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang Raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba Lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada Emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus Hamba Perempuan, dan setiap mereka memiliki Sebekas perhiasan. Jika engkau Belanjakan itu semua, sehingga Hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang Kain, dan hamba-hamha Perempuanmu hanya memakai baju tanpa Perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan Wang, Harta dan Tanah lagi, Maka Aku akan Fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong Jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan NabiNya saw.
(lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).• Kesimpulannya, Sama-sama kita memberi sokongan pada Pemimpin, Golongan yang memahami Islam, mengamalkan cara Islam dan yang ingin Melaksanakan Islam. Bukan pada Golongan yang meninggalkan cara Islam dan tak ingin melaksanakan Islam. Ingatlah Hanya dengan cara Islam sahaja dapat menjaminkan kebahagian, kesenangan Hidup diDunia hinggalah Akhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan