Rabu, 15 Jun 2011

BAHAN BACAAN SERVIS KENDERAAN.


Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya... .
Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.
Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Tips penjagaan gearbox
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.
Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin meraung dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).
Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.
akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).


Tips menjimatkan minyak kereta
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjimatkan petrol anda selain dari membeli device atau bahan adetif.
1) Yang paling penting sekali adalah servis kereta anda mengikut jadual. Saya pernah terlupa nak servis, kereta anda 'makan minyak' macam minum air, sekejap aje dah nak kena isi.
2) Pastikan tekanan tayar anda sesuai dengan bebanan, kalau lebih muatan, isi angin lebih sikit.
3) Keluarkan barang-barang yang tak perlu dari bonet kereta anda.
4)Memandu secara sistematik dan teratur. anda patut tahu bila untuk membrek, bila untuk membelok dan sebagainya.
5) Isi minyak di waktu malam atau awal pagi.
6) Beli minyak pada stesyen minyak yang ramai orang.

KAEDAH SELAMAT MENGHAMPIRI PLAZA TOL
Sebagai seorang pemandu, ada beberapa perkara mesti diberi perhatian apabila menghampiri sesuatu plaza tol.
* Perlahankan kenderaan mengikut kesesuaian keadaan.
* Masuk kelorong yang sesuai dan anda perlu memastikan samaada anda mahu memasuki lorong tunai atau lorong automatik. Elakkan daripada memotong barisan apabila anda beratur untuik membayar tol.
* Anda perlu mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri kerana tindakan memotong barisan boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain yang sanggup bersabar menunggu giliran.
* Ambil tiket transit sebelum memasuki lebuhraya.
* Simpan tiket transit ditempat yang selamat dan senang dijumpai.
* Sekiranya anda kehilangan tiket transit anda akan dikenakan bayaran mengikut dari jarak tol yang paling jauh.
* Bagi penunggang motosikal pula, gunakan lorong khas yang disediakan apabila melalui plaza tol.
* Jangan masuk kelorong automatik sekiranya anda bukan pelanggan Touch 'n Go atau Smart Tag. Tindakan atau kesilapan anda boleh menyebabkan kesesakan di lorong automatik itu.
* Pastikan kenderaan anda tidak memasuki terus lorong memotong apabila anda memasuki laluan utama dari jalan susur. Sekiranya anda terus masuk ke lorong memotong, kenderaan yang sedang menggunakan lorong terpaksa membrek secara mengejut dan seterusnya membahayakan pengguna lebuhraya yang lain.
Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga
Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.
Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.
Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.
Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.
Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaran/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.
Tekanan angin tayarPerlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.
Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.
Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.
Sistem elektrikPeriksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.
Timing/drive beltDitukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.
EnjinEnjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km
Radiator/sistem penyejukPeriksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.

Tips Penjagaan Tayar Kereta
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, Prhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dikilangkan.

KETIGAMengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar.
Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci.
Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMATayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Tyre Maintenance



This includes checking all suspension components to ensure there are no worn parts before they cause costly problems and a computer four wheel alignment. Please note, once a wear pattern has started, the wear pattern will continue even after the alignment, so if you plan to purchase new tires, get your alignment immediately following. Have your vehicle aligned at least once a year and sooner if you notice the following: Excessive or uneven tire wear, steering wheel pulls to the left or right, feeling of looseness or wandering, steering wheel is not centered when car is moving straight ahead.


Tip Tukar / Beli Tayar Kereta
Ada segelintir di antara kita telah mengetahui perkara ini, tapi bagi mereka yang belum gunakan ini sebagai panduan. Saya pun tak tahu ini kali berapa ader yang post pasal tayar...anggaplah ini sebagai ilmu.
1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Sentra standard, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 16 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 5 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.
5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
Tingkat Jangka Hayat Tayar
Sumber : BERITA HARIAN 11.6.2010
Tayar komponen terpenting dalam memberi keselamatan kepada kereta. Penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelenggaraan kereta.
Kos penyelenggaraan kereta sangat mahal tanpa mengira jenama dan model. Jadi, amat penting mengetahui beberapa panduan penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta.
Pertama, anda perlu tahu ada panduan mudah untuk dipatuhi jika ingin menjaga tayar supaya tahan lebih lama.
Tetapi jangka hayat tayar kereta boleh tahan lama bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :
• Jenis permukaan jalan raya bagi laluan pemanduan anda setiap hari.
• Suhu kepanasan jalan raya – ia membuatkan tayar cepat haus.
• Penjagaan dan penyelenggaraan semua bahagian komponen kereta yang lain.
• Bagaimana anda menjaga semua tayar kereta anda.
Keadaan jalan yang tidak dijaga menyebabkan kenderaan kita menerima tekanan dan ia membuatkan kos penyelenggaraan kereta meningkat. Dalam hal ini, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua itu bergantung kepada pihak yang terbabit dengan penjagaan dan penyelenggaraan jalan.
Cuma sebagai pengguna, elakkan melalui jalan yang diketahui rosak atau sedang dalam pembaikan. Jika terpaksa juga melaluinya, pandu dengan berhati-hati dan perlahankan kenderaan.
Oleh itu, kita perlu menjadi pemandu bijak jika tidak mahu kos penyelenggaraan kereta meningkat.
Keadaan keseluruhan kereta penting untuk memainkan peranannya supaya tayar berfungsi dengan baik.
Oleh itu, ketika menukar tayar baru anda dinasihatkan membeli jenama, model dan saiz yang betul. Ia penting kerana jika anda membeli tayar berlainan saiz ia memberi impak meningkatkan penggunaan petrol kereta. Saiz tayar yang salah meningkat kos penyelenggaraan kenderaan anda. Jadi, gunakan saiz yang betul.
Corak pemanduan seseorang boleh mempengaruhi jangka hayat tayar. Gaya pemanduan kasar seperti kerap memecut dan menekan brek membuatkan tayar cepat haus.
Kenderaan yang kerap kali memecut di jalan yang tidak rata dan berlubang akan mengalami pemanduan yang susah dikawal. Jika ini berlaku, pemandu perlu menghantar kereta untuk penjajaran tayar yang disyorkan sebanyak dua kali atau lebih dalam setahun.
Penjajaran tayar penting untuk mengekalkan jangka hayat tayar kereta. Kereta yang mempunyai masalah penjajaran (alignment) akan mengakibatkan tayar mengalami kehausan tidak sekata.
Selain penjajaran, anda perlu melakukan putaran tayar (balancing) seperti disyorkan dalam manual kereta. Putaran dilakukan supaya semua empat tayar mengalami kehausan sekata.
Mekanik akan menukar kedudukan tayar jika semua tayar bersaiz yang sama supaya penggunaannya sekata.
Ini boleh meminimumkan kos penyelenggaraan kereta setiap bulan. Pada setiap tayar, jumlah tekanan angin maksimum tertera pada dinding tayar.
Anda tidak digalakkan mengisi tekanan angin dengan kadar maksimum kerana ketika memandu, tahap suhu tayar meningkat dan pasti akan meningkatkan tekanan angin tayar.

Kenal dan faham akan tayar kereta anda

Ramai pemilik kenderaan kurang faham tentang ilmu tayar kereta. Ramai yang beli tayar hanya pentingkan harga. Harga mesti murah, dan tayar mesti cantik.
Tayar yang di pasang pada kenderaan baru adalah tayar kelas A dan tidak perlu di timbang atau di lekat dengan timah atau pemberat. Tayar itu semasa digred di kilang dia sudah 100% memuaskan. Tayar tersebut akan ditempah oleh kilang-kilang pemasangan kenderaan di dalam atau di luar negara.
Tayar yang terdapat di kedai-kedai tayar adalah dari kelas yang kurang kelas B dan C. Setiap tayar yang dibuat mempunyai tanda tarikh pengeluarannya. Ini ramai orang tak tahu. Sebab itu ramai yang telah diperdaya oleh peniaga dengan menjual tayar yang sudah lama berada di stok kedai. Pakai setahun dua tayar akan bengkak atau meletup.
Nak tengok tarikh pembuatan tak lah susah sangat. Sebelum membeli minta untuk melihat tarikh pembuatannya , sudah tentu peniaga tahu anda perihatin dan berilmu sikitlah bab tayar ini. Ada 4 digit saja angkanya. dengan palang di tengah. seperti (34/06) Digit 34 menunjukkan minggu ke 34 dan digit 06 ialah tahun 2006, tahun pembuatannya.
Jangka hayat tayar ialah 5 tahun, lebih dari ini anda berada dalam bahaya. satu tips lagi ialah angin atau tekanan udara dalam tayar. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. pasti angka ini bila mengisi angin. 30 atau 200.
Ada seorang rakan ,kisah lama dulu lah. semasa tayar tubeless di perkenalkan di pasaran kita. kereta itu ialah Ford Laser brand new. Selepas beberapa minggu dengan tayar tersebut dia pergi tukar kepada tayar yang pakai tiub, bila di tanya , kenapa dia tukar tayar tu.? Orang cakap tayar tak ada tiub tak bagus kena pakai yang guna tiub. Aku senyum saja lah, no komen kat dia.
Satu lagi ialah pusingan tayar. kalau anda baca manual kereta baru, ada araha supaya buat rotation .Boleh ikut kalau tayar jenis boleh pusing dua hala. tetapi tayar yang jenis pusing satu arah atau satu arah boleh abaikan arahan tersebut.

Tahukah anda mengenai detail tentang spec tayar anda..............
Contoh : Maksimum speed tayar anda mampu tampung, Maksimum load tayar anda mampu tampung dan lain2 lagi....................

kebanyakan tayar mempunyai kod dan marking di sebelah wall tayar.
Setiap kod melambang berapa maksimum load dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.........
Contoh : 91V
91= Ini menunjukan berape maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod nie setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.
V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.

So kepada yang biasa bawa lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar anda jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.................
Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kete anda...........
Tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005)......
Yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar........
Contoh : DOTXXXXXXX3005
30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat
05 adalah tahun (2005)
Warranty daripada syrikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat........

Beli Tayar Jangan Tertipu
kalau boleh hantarlah ke bengkel yang kita kenal. Ini kerana pengalaman saya sendiri sebagai seorang bekas pengurus bengkel servis kereta mewah, banyak cara yang boleh dilakukan ‘kenakan’ customer. Kalau boleh tunggu sampai kereta siap diservis. Periksa satu persatu alat-ganti yang ditukar. Itu sebagai ingatan!

Ini juga satu peringatan penting! Bila beli/tukar tayar kereta, jangan sampai tertipu. Jangka hayat tayar kereta itu cuma 5 tahun. Kalau dah lebih pada itu, sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ia akan membuat kereta kita terasa bergegar dan kurang cengkaman. Ini menyebabkan kereta mudah terbabas di selekoh yang licin.
Ini pernah terjadi pada seorang kawan saya yang membeli sebuah kereta terpakai. Kereta itu dah 2 tahun duduk dalam showroom used car dealer kerana tak ada pembeli. Kawan saya ini minat sangat pada kereta keluaran Italy, dia terus beli. Saya nasihatkan dia tukar tayar kereta. Tapi dia degil. Katanya tayar masih cantik lagi dan bunga masih tebal.
Dia pandu kereta itu ke Kuala Terengganu. Dari sana dia call saya bagitahu dia cukup puas hati pada kereta itu. Tayar juga tidak ada apa-apa masalah. Katanya, dia mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi cengkaman tayar itu cukup mantap. Tetapi keesokkan hari dalam perjalanan balik ke KL, dia call saya dalam nada suara yang tersedu-sedu. Saya tanya kenapa? Katanya keretanya baru saja terbalik keempat-empat tayar ke atas dekat selekoh Marang.
Tayar masih elok dan bunga masih tebal, tapi kalau kereta itu dah lama tak bergerak, tayarnya dah keras. Bila dipandu, kereta mula melantun-lantun, dah jadi macam kereta Charlie Chaplin. Kepada kawan-kawan yang suka beli tayar terpakai terutama tayar import, nasihat saya, hentikan! Akibat nak jimat duit, kereta boleh terlibat dalam kemalangan dan kemungkinan nyawa melayang.
Beli tayar baru pun harus hati-hati juga, jangan tertipu! Pernah juga terjadi pada seorang lagi kawan. Dia dah tukar empat-empat tayar baru, datang jumpa saya minta nasihat kerana dia terasa keretanya melantun. Terkejut juga saya kereta buatan Jerman boleh melantun. Cuma kurang sikit pada kereta Charlie Chaplin. Tapi adalah lebih kurang macam kereta Mr. Bean.

Apabila saya teliti pada tayar yang dia baru pasang itu, rupa-rupanya tayar itu dah berusia lebih pada 6 tahun. Sedangkan jangka hayat sesebuah tayar hanya 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan oleh kilang. Apabila menggunakan tayar yang sudah berusia lebih pada 5 tahun, ini akan membuatkan kita berkawan rapat dengan Charlie Chaplin dan Mr. Bean. Tetapi Michael Schumacher akan menjauhkan diri dari kita.
Okey, macam mana kita nak tahu usia tayar itu! Kalau dilihat pada kedua-dua gambar yang saya publish ini, pada bahagian tepi tayar itu, ada tercatat minggu dan tahun tayar itu dikeluarkan. Kedua-dua gambar ini adalah dari kereta saya sendiri.
Satu tercatat 5107 – bermakna tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-51 tahun 2007. Satu lagi tercatat 0208 – dikeluarkan pada minggu ke-2 tahun 2008. Ini bermakna tayar-tayar ini belum menjangkau usia 3 tahun lagi. Masih elok dan memang masih boleh digunakan.
Tetapi harus diingat, meskipun tayar yang berusia kurang dari 3 tahun, seandainya sudah dipasang pada kereta dan kereta itu sudah 2 tahun tak bergerak, keadaan tayar itu sudah jadi keras. Daripada membahayakan nyawa kita, lebih didermakan untuk dijadikan tukum tiruan.

Ini ada satu cerita aku nak kongsi dengan hangpa suma. Bukan dongeng bukan fantasi tetapi fakta yang kadang-kadang berlaku atas batang hidung sendiri dan kawan-kawan.
Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.
So, kat sini aku nak share beberapa tips supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis. Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau alat-alat ganti.
Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis. kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan sebagainya.
Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan dimasa hadapan.
Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.
Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk membersih keadaan atas enjin selepas servis.
Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta tersebut.
Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa, tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis la…
Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.
Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.

Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor siri yang perlu kita ingat.
Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.
Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai dan perlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu. Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik atau sebagainya.
Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan didinding kedai mereka. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.
Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin