Selasa, 14 Jun 2011

SEJARAH BUNGA EMAS.

Mengimbau kembali sejarah penghantaran Ufti (Bunga Emas) ke Siam, tidak banyak sejarah yang diketahui...  maka sejarah telah dilupakan.

Apa kata kita berkongsi pengetahuan mengenai Ufti Bunga Emas... seperti :-

a) Anggaran Harga
b) Raja yang memerintah
c) Utusan-utusan raja masa tue
d) Kapal yang digunakan .... rekabentuk.. ada lagi ke skrg ni
e) Nakhoda kapal tue nama apa ???
f) Hantar ke mana ???
g) Bunga emas tue buat kat mana ???


[img]http://i60.photobucket.com/albums/h22/nice72/BungaEmas.jpg[/img]


Wassalam
Deff_Lepak posted at 1-8-2006 15:22
arwah nenek aku penah cerita yg nenek (kot..?? sbb aku tak ingat sgt) dia asal drp peristiwa penghantaran bunga emas ni..

sebagai balasan raja siam hadiahkan pd kerajaan terengganu masa tu sepasang kanak2 (adik beradik laki & pompuan).. bermula drp situlah keturunan nenek aku berasal.

tiada dlm sebarang catatan sejarah.. betul atau tidak cerita ni, aku tak tau. Sbb cerita lisan drp arwah nenek ku jer.. aku kongsi cerita jer..
Syd posted at 15-7-2007 10:52
Jejak: Ufti lambang dijajah Siam
Oleh Nasron Sira Rahim


Lima negeri pernah hantar bunga emas elak diserang Bangkok

TIDAK ramai antara kita menyedari selain Portugis, Belanda dan British, Siam adalah antara kuasa besar yang pernah menjajah negara kita malah mereka mungkin diiktiraf sebagai penjajah pertama di Tanah Melayu sebelum ketibaan bangsa asing lain.

Cerita penjajahan Kerajaan Siam terhadap tanah air kita adalah catatan sejarah yang terlalu lama malah ia berlaku sebelum kewujudan Melaka lagi.

Kekuasaan Kerajaan Siam mula menonjol apabila pengaruh Kerajaan Majapahit mula merosot pada abad ke-14 dan sejak itu, mereka mula melebarkan pengaruhnya dengan menjajah satu demi satu kerajaan kecil di sekitar wilayah mereka.

Kekuatan mereka menyebabkan Kerajaan Siam berjaya melebarkan jajahannya sehingga ke selatan Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga ke pulau Temasik (Singapura) dan melantik Temagi sebagai wakil pemerintah mereka.

Ketika itu, Melaka masih belum wujud dan Parameswara pula baru melarikan diri dari buruan musuhnya di Palembang. Parameswara merentasi lautan dan cuba mendapatkan perlindungan daripada Temagi di pulau itu.

Bagaimanapun, keinginan putera raja itu untuk menguasai Temasik menyebabkan tercetusnya konflik antara Parameswara dengan Temagi yang menatijahkan kematian wakil Kerajaan Siam itu.

Kematian wakil mereka menyebabkan Kerajaan Siam berang dan bala tentera segera dihantar ke Temasik untuk memburu Parameswara.

Khabar kedatangan tentera Siam untuk menangkapnya menyebabkan Parameswara melarikan diri meninggalkan pulau itu. Selepas gagal menangkap putera raja itu, Siam terus menyimpan dendam terhadap Parameswara.

Melewati masa, Parameswara berjaya membuka Melaka pada 1400 dan kerajaan baru itu berjaya ditadbir menjadi wilayah yang cemerlang dan terkenal di kalangan pedagang asing.

Dendam Kerajaan Siam terhadap lelaki itu masih belum terlerai. Mereka masih mengingati yang Parameswara adalah lelaki yang menyebabkan kematian Temagi.

Lalu Siam ingin menyerang dan menjajah Melaka tetapi Parameswara memohon perdamaian dan bersetuju untuk menjadi negeri naungan Siam dengan menghantar 40 tahil emas kepada kerajaan itu.

Parameswara sedar yang Melaka tidak akan menjadi negara merdeka selagi terpaksa menghantar ufti ke Siam menyebabkan dia mula menjalin hubungan dengan kuasa yang lebih besar iaitu China.

Kerajaan Siam kembali menyerang Melaka pada 1456, bagaimanapun angkatan perang Siam yang menggempur dari Batu Pahat berjaya dikalahkan pahlawan Melaka di bawah pimpinan Bendahara Tun Perak.

Bagi menamatkan serangan berterusan dari Siam, Tun Perak menasihati Sultan supaya menjalin persahabatan dengan Siam.

Jalinan persahabatan selain masalah dalam negara menyebabkan Siam tidak lagi menyerang Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.

Kelekaan Siam terhadap masalah dalam negara mereka menyebabkan Kerajaan Melaka berjaya mengukuhkan kekuasaan mereka tanpa sebarang halangan besar. Melaka semakin berkuasa dan meluaskan jajahannya sehingga ke Pahang.

Selepas masalah dalam negara mereka berjaya diatasi, Kerajaan Siam kembali berminat untuk terus menjajah Tanah Melayu.

Sejarah penjajahan Siam terhadap Terengganu bermula apabila kerajaan itu meminta bantuan ketenteraan dari Terengganu untuk menyerang Ligor pada 1781. Bantuan itu menyebabkan kemenangan berada pada pihak Siam dan sebagai balasan terima kasih, mereka menyerahkan sebahagian harta rampasan perang kepada Terengganu.

Tindakan itu menyebabkan terjalinnya hubungan persahabatan antara Terengganu dan Siam. Bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan, Terengganu menghantar bunga emas kepada Raja Siam setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, melewati masa, Siam mula menganggap yang penghantaran bunga emas oleh Terengganu kepada mereka bererti Terengganu adalah negeri yang berada di bawah naungan Siam.

Selain Terengganu, Kedah adalah antara negeri jajahan Siam yang paling lama dan mereka terpaksa menghantar bunga emas kepada kerajaan asing itu pada setiap tahun.

Pada 1786, Sultan Kedah, Raja Abdullah, menawarkan Pulau Pinang kepada British tanpa kebenaran Siam dan tindakan itu menimbulkan kemarahan Siam kerana pulau itu termasuk dalam wilayah Kedah yang dijajah Siam.

Pada abad ke-18 juga, peperangan tercetus antara Kerajaan Siam dengan Burma dan kesan peperangan itu menyebabkan Kerajaan Siam menjadi semakin lemah. Keadaan itu menyebabkan Kedah tidak lagi menghantar bunga emas ke Bangkok.

Bagaimanapun, pada awal abad ke-19, Siam kembali menjadi kuasa yang kuat dan mereka menjajah Kedah, Kelantan dan Terengganu yang disebut 慛egeri-negeri Utara�.

Pada 1818, Siam mengarahkan Kedah sebagai negeri jajahannya untuk menyerang Perak kerana mereka ingin Perak juga menjadi negeri jajahan mereka.

Keadaan itu menyebabkan Sultan Kedah berada dalam dilema kerana mereka tidak pernah bermusuh dengan Perak. Bagaimanapun, arahan itu terpaksa dipatuhi dan Kedah akhirnya berjaya mengalahkan Perak.

Perak kemudian menjadi negeri jajahan Siam dan terpaksa menghantar bunga emas kepada kerajaan itu.

Pada 1821, Raja Siam menuduh Sultan Kedah bersubahat dengan Burma untuk menentang Siam selain enggan membantu Siam dalam peperangan menentang Burma.

Sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin diperintah menghadap Raja Siam di Bangkok bagi memberi penjelasan tetapi baginda enggan menyebabkan Raja Siam semakin murka.

Siam menyerang Kedah dan Sultan Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang bagi mencari perlindungan British.

Sultan Ahmad Tajuddin meminta British membantu mereka menyerang Siam tetapi ditolak kerana British enggan campur tangan dan berperang dengan Siam. Ini disebabkan British ingin berbaik-baik dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam bagi mencari peluang perdagangan dan sekutu diplomatik.

Pada 1822, British menghantar John Crawford ke Siam bagi mendapatkan pengiktirafan pendudukan British di Pulau Pinang. Mereka khuatir Siam akan menyerang bagi mendapatkan kembali Pulau Pinang kerana pulau itu dulunya adalah jajahan Siam dan diserah Kedah tanpa kebenaran Raja Siam.

Hasil rundingan dan manis mulut bagaikan 憁enanam tebu di tepi bibir�, Kerajaan Siam bersetuju mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.

Pada tahun sama, Selangor menolong Perak membebaskan diri daripada penjajahan Siam. Keadaan itu menyebabkan Raja Ligor murka dan kembali menyerang Perak dan Selangor pada 1824.

Pada Ogos tahun itu juga, Gabenor British di Pulau Pinang, Robert Fullerton cuba campur tangan dalam urusan negeri Melayu bagi menghentikan pencerobohan Siam ke atas negeri di Semenanjung.

Fullerton mengancam Raja Ligor supaya menghentikan serangan ke atas Perak dan Selangor atau British akan berperang dengan kerajaan itu. Gabenor British itu menghantar sebuah kapal perang British untuk menakut-nakutkan Raja Ligor. Gerun melihat kekuatan ketenteraan British, Raja Ligor patuh kepada arahan berkenaan dan berhenti mengancam negeri Melayu.

Pada 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam yang antara syaratnya adalah Siam dan British mengakui kemerdekaan Perak; British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap Kedah dan berjanji tidak akan membantu Kedah menyerang Siam.

Syarat lain adalah Sultan Kedah juga tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak atau Burma.

Hasil Perjanjian Burney, Perak menjadi negeri yang merdeka dan tidak tunduk kepada naungan mana-mana pihak. Keadaan itu menyebabkan mereka menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam tetapi Siam nyata tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Mereka menghantar seorang wakil yang diiringi sepasukan tentera ke Perak bagi memaksa Sultan kembali menghantar bunga emas kepada mereka.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan British kerana Siam sudah melanggar perjanjian kemerdekaan Perak. British menghantar wakilnya, Kapten James Low ke Perak bagi memberi jaminan bahawa British akan melindungi negeri itu dan mempertahankan kemerdekaan Perak.

Bagaimanapun, jaminan perlindungan British itu tidak diberi secara percuma. Perjanjian Low kemudian ditandatangani antara Sultan Perak dengan James Low pada 8 Oktober 1826 dan implikasi perjanjian itu menyebabkan Perak kehilangan kawasan Dinding, Pulau Pangkor dan pulau lain di luar pantai Perak yang diserahkan kepada British.

Perjanjian Burney juga memberi kesan kepada kedudukan Sultan Kedah. Penjajahan dan penguasaan Siam terhadap Kedah menyebabkan Sultan Kedah dihalau keluar dari negerinya dan dipaksa menetap di Melaka.

Walaupun pada mulanya baginda enggan, Sultan Ahmad Tajuddin akhirnya terpaksa mengalah apabila Siam mengugut akan menggunakan kekerasan.

Perpindahan baginda bagaimanapun disertai semangat untuk kembali memerdekakan Kedah daripada penjajahan Siam serta iltizam untuk mengusir bangsa asing itu dari bumi Kedah.

Bersama pengikut setianya, baginda kemudian menyerang Siam sebanyak tiga kali antara 1829 hingga 1838. Bagaimanapun, Siam berjaya mematahkan serangan itu dengan bantuan ketenteraan British.
Syd posted at 15-7-2007 10:52
> British akhiri penaklukan Siam di Tanah Melayu

PADA 1840, Raja Ligor mangkat dan kematiannya membawa perubahan terhadap layanan Kerajaan Siam ke atas Kedah.

Setahun selepas itu, Sultan Ahmad Tajuddin menghantar anaknya, Tunku Anom ke Bangkok dan memujuk supaya kedaulatan Kedah dikembalikan serta Siam memerdekakan Kedah. Cadangan itu mendapat sokongan British.

Akhirnya Raja Siam, Rama III bersetuju menyerahkan kembali takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin dan Kedah dimerdekakan. Bagaimanapun, Perlis dijadikan wilayah berasingan dan tidak lagi menjadi sebahagian dari Kedah seperti sebelumnya.

Cerita penjajahan Siam terhadap Kelantan pula berlaku pada 1832 apabila Sultan Kelantan meminta perlindungan kerajaan asing itu daripada serangan pihak musuh.

Sebelum itu, pada 1800, perang saudara berlaku antara dua kerabat diraja iaitu Tengku Muhammad dan Long Muhammad bagi merebut takhta. Dalam pergolakan itu, Tengku Muhammad tewas dan berundur ke Terengganu. Pembesar Kelantan menabalkan Long Muhammad sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad I.

Bagaimanapun, baginda terus diancam Terengganu dan demi menjaga keselamatannya, Sultan Muhammad I mendapatkan bantuan Siam pada 1832. Satu perjanjian dimeterai di mana Kelantan akan menghantar ufti kepada Siam sebagai balasan perlindungan.

Pada awal abad ke-20, British menjadi kuasa penjajah yang kuat di Tanah Melayu. Mereka menjajah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Bagaimanapun, mereka masih tidak berpuas hati dan ingin menjajah Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang ketika itu berada di bawah naungan Siam.

Pada 1909, satu perjanjian rahsia iaitu 慞erjanjian Bangkok� dimeterai antara British dan Siam di mana Siam bersetuju menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.

Menerusi perjanjian itu, diharapkan penjajahan Siam ke atas negara kita akan berakhir tetapi siapa menyangka yang mereka masih mengintai peluang untuk menjajah kembali empat negeri terbabit.

Peluang itu terbuka apabila Jepun mengalahkan British dan menjajah tanah air kita pada 1941. Sebagai balasan membantu menyediakan laluan untuk Jepun masuk ke Tanah Melayu, Siam 慸ihadiahkan� empat negeri terbabit.

Bagaimanapun, apabila Jepun kalah pada 1945, British kembali menguasai Tanah Melayu dan turut mengambil kembali negeri Utara dari Siam sekali gus mengakhiri episod penjajahan Siam terhadap negara kita.


FAKTA: Perjanjian Bangkok 1909


Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Siam disahkan sebagai jajahan Siam.

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Siam diserahkan kepada British.

Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada 1909.

Kelantan menerima penasihat British pada 1910.

Terengganu menerima penasihat British pada 1919.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin