Rabu, 15 Jun 2011

TIPS PANDUAN MENJAGA RANTAI MOTORSIKAL.

Rantai Motosikal

Bagaimana Menjaga Rantai Motosikal ?

Jika ada bahagian atau alat yang terdapat pada motosikal anda yang paling banyak bahagian yang bergerak dan juga yang paling dilanyak tanpa belas kasihan adalah rantai pemancu. Rantai adalah rangkaian sehingga melebihi 100 ‘link’ atau sambungan yang diguna untuk memusingkan roda  belakang. Setiap link ada sekurang-kurangnya 7 bahagian seperti mana dapat dilihat digambar. Bayangkan jika sebuah moto itu mempunyai rantai 120 link, ini bermakna ada 840 bahagian yang bergerak padanya. Tetapi kita sentiasa melupakan bahagian penting ini. Kita abaikan untuk memberi pelinciran yang baik, kita jarang membersihkan dari kotoran malah kita memberi tekanan apabila memecut dengan tiba-tiba. Ini semua memberi kesan kepada rantai motosikal kita. Begitu juga apabila kita menukar ke gear rendah secara mengejut. Setiap penukaran gear akan memberi kesan kepada rantai kita.

Menukar gear secara mengejut akan memberi kesan pada rantai.
Kenapa Perlu Menjaga Rantai
Penjagaan rapi rantai adalah sepenting menukar minyak pelincir enjin dan juga penjagaan tayar kerana ianya amat penting untuk perjalanan yang selamat. Rantai adalah antara bahagian motosikal yang kurang diberi perhatian oleh ramai penunggang. Ada penunggang sampai rantai putus baru nak mencari yang baru. Bahayanya apabila rantai
putus ia berkemungkinan tersangkut pada bahagian moto atau roda dan akibatnya anda boleh hilang kawalan ataupun rantai boleh melibas sehingga merosakkan bahagian enjin. Jika nasib baik ia mungkin jatuh atas jalan tanpa sebarang tindak balas. Tau tau bila tekan minyak moto tak bergerak. Jika ada selekoh di depan sudah pasti anda terbabas.
Berapa kerap patut rantai di selaraskan
Terpulang kepada gaya pemanduan anda dan juga kepada cara anda menjaga rantai. Tetapi sebagai panduan setiap 800 hingga 1000 km boleh dilakukan.
Apakah alatan yang perlu untuk menjaga rantai
Peralatan berikut akan memudahkan kerja:
1. Spaner saiz sesuai pada moto anda.
2. Berus atau berus gigi lama.
3. Jika rantai anda menggunakan o-ring pastikan guna pembersih yang sesuai
4. Juga guna pelincir khusus untuk O-ring
5. Untuk rantai biasa boleh guna sebarang minyak pembersih
6. Kain buruk untuk lap rantai
Bagaimana nak memeriksa rantai
1. Tongkatkan moto dengan tongkat tengah.
2. Sebelum mulakan sukatan kelonggaran beri sedikit pelincir pada rantai.
3. Pusingkan roda dan perhatikan jika ada bahagian yang lebih ketat dari yang lain.
4. Hentikan roda dibahagian paling ketat.
5. Sebaiknya moto kini diturunkan dan minta pertolongan kawan untuk memegang moto anda supaya tegak dan lurus.
6. Putar roda dan henti putaran apabila rantai paling ketat. Selaraskan supaya kelonggaran hanya 1 – 11/2 inci atau 3-4 cm.

7. Sukatan kelongggaran dibuat dibahagian pertengahan rantai bahagian bawah.
8. Ketatkan kembali gandar belakang.
9. Anda boleh menaikan moto atas tongkat tengah untuk tugasan berikut.
Tugas berikut adalah untuk melihat kehausan rantai.
1. Beralih ke belakang dan dengan tangan, tarik rantai keluar dari gegancu.
2. Rantai yang baik tidak akan berganjak jika ditarik.
3. Jika rantai anda mudah ditarik ia sudah haus. Ganti rantai dan gegancu sekali .

Tarik rantai di bahagian belakang gegancu.
Saya tidak mengesyorkan rantai dipotong atau disambung kerana penambahan atau pengurangan rantai akan membuat kehausan yang tidak seimbang dan akan mengakibatkan rantai putus secara tiba-tiba.
Malaysia kini mempunyai kilang rantai dan gegancu yang mengeluarkan produk bermutu antarabangsa seperti kilang rantai SSS dan RK-M . Produk-produk ini diterima oleh pengguna termasuk di negara Eropah.

Periksa Gegancu Depan dan Belakang


Teliti gegancu dan pastikan tidak haus, rupa gigi pada gegancu memberi ceritanya sendiri. Tukar gegancu dan rantai sebagai pasangan jika tidak rantai atau gegancu yang haus akan merosakan satu sama lain.
Ini kerana gegancu yang mempunyai gigi rosak akan memberi kesan kepada rantai dan begitu juga rantai yang rosak akan merosakan gegancu baru..

Pastikan tiada kotoran di sekitar rantai


Tidak ramai yang suka membersihkan rantai kerana tangan akan berlumuran dengan minyak dan gris. Untuk kotoran yang degil gunakan  kain yang lembab dengan bahan pelarut. Untuk rantai ‘O’ ring berhati hati kerana minyak tanah mungkin merosakkan  ‘O’ Ring..

Pelinciran


Rantai yang kerap diberi pelincir akan tahan lebih lama. Pusing roda dengan tangan (bukan dengan menghidupkan enjin seperti di gambar) dan sembur atau sapu pelincir. Lakukan di bahagian dalam dan luar. Lap pelincir yang berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin