Sehingga hari ini... orang Melayu di Pattani masih merasakan bahawa mereka dijajah oleh bangsa Siam. Untuk memahami ini kita perlu susuri galur perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa di sana...Banyak kerahsiaan sehingga hari ini tidak diketahui oleh orang awam di Malaysia... sedangkan ianya perjuangan bangsa kita sendiri. Kita perlu susun sejarah bangsa kita agar anak cucu kita di kemudian hari tidak terkapai-kapai sepertimana kita pada hari ini apabila mencari sejarah sendiri.
Patani diambil oleh Siam dari tangan Inggeris pada tahun 1946, walaupun Siam telah menakluki Patani pada tahun 1785. Sebelum itu, pada tahun 1640, Patani dan Legor pernah mengalahkan Siam di Ayuthaya.
Orang-orang Melayu sejak zaman dulu tidak pernah bersatu. Inilah yang membuka peluang kepada kaum penjajah menjajah dan menakluki negeri-negeri Melayu. Pembelotan, pengkhianatan dan rebutan kuasa menyebabkan negeri-negeri Melayu tewas ditangan musuh.
Contohnya ialah di Patani sendiri. Sewaktu raja Patani sedang membuat persiapan berperang dengan Siam, Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Raja Patani diusir dari buminya sendiri. Siam, juga tidak percaya kepada kepada Jambu dan tidak mengangkat raja Jambu menjadi raja di Patani.
Situasi di Patani adalah sama saja walaupun berada dalam era yang berbeda. Yang menentang Siam tidak boleh pulang ke Patani; yang mengampu atau menyokong Siam diangkat menjadi besar. Melalui mereka inilah Siam masih boleh menjajah rakyat Patani.
Sejarah moden Siam bermula hampir sama dengan sejarah proklamasi Amerika Syarikat (1776) iaitu pada tahun 1781 apabila pemberontak membunuh raja gila mereka bernama Phaya Taksin. Rama Thibodi, seorang general di perbatasan Khmer/Kemboja diinobatkan sebagai Raja Siam. Di sinilah bermulanya dinasti Rama Chakri. Dengan kekuatan bala-tenteranya, Rama Thibodi menyerang semula Legor. Dari Legor, Rama Thibodi menyerang Gerbi, Terang, Setul; dan kemudiannya menyerang Kedah. Ekpedisi ini diteruskan ke atas Singgora, Patalung dan Patani.
Sejarah bagi negeri-negeri di utara Tanah Melayu adalah kompliketed dan kabur. Bahan-bahan sejarah tidak cukup untuk dijadikan rujukan dan pedoman. Misalnya Langkasuka, berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa ialah nama Kedah Tua. Tetapi berdasarkan kepada pengakuan cendikiawan Patani, Langkasuka itu terletak di Patani. Bagaimanapun Langkasuka bukanlah entiti kepada sebuah bandar, melainkan identiti kepada sebuah pemerintahan.
Langkasuka itu merangkumi Patani, Kedah, Setul dan selatan Thailand termasuk selatan Burma. Pusat pemerintahan Langkasuka terletak di Legor (atau Nakorn Srithammarat, dalam Bahasa Thai). Lukman Iskandar yang tidak asing lagi sebagai pemimpin pejuang Pattani ialah Chaukonsaman XIIIV, keturunan raja-raja Langkasuka yang memerintah di Legor... nama macam Siam tetapi anak Melayu! Apabila Siam tawan Legor pada tahun 1680, Siam menghapuskan pemerintahan beraja di Legor. Keturunan ini telah dinobatkan oleh Siam menjadi raja di Setul, sebuah negeri kecil yang menjadi buffer state diantara Siam dengan Melayu; bersemanyam di Kuala Bara. Maka raja di Kuala Bara terkenal dengan nama Chakunbara Pakdee. Chaokunsaman X menjadi Chaokunbara Pakdee I di Kuala Bara. Kuala Bara menjadi pusat pemerintahan di bagian barat daya (pantai barat Selatan Siam). Proses penaklukan Siam ke atas Tanah Melayu mengambil masa berabab lamanya. Siam tidak menawan negeri-negeri Melayu sekali gus.
[bersambung]
[[i] Last edited by riccckyyy at 2-8-2006 01:22 PM [/i]]
[b][u]Kuala Bara sebagai Pusat Pemerintahan [/u][/b]
Kuala Bara adalah pusat pemerintahan bagi Setul Bambang Negara. Setul berasal dari istilah Muang Santhorn. Nama ini diperkenalkan oleh Siam untuk menyebut daerah-daerah yang ditaklukinya pada tahun 1680. Daerah-daerah ini adalah milik Legor. Apabila Siam menghapuskan pemerintahan beraja di Legor, Raja terakhir Langkasuka yang bergelar Chaokunsaman XV dihantar menjadi raja di Setul, memakai gelaran Chaokunbara Pakdee I, bersemanyam di Kuala Bara.
Pada tahun 1787, dua tahun selepas penaklukan ke atas Kedah dan Patani, Raja Rama I, menghantar puteranya yang bernama Issara Santhorn menjadi wakilnya di Setul. Berkebetulan dengan nama asal negeri Setul dan nama puteranya, Issara Santhorn, Siam memanggilnya dengan nama Muang Santhorn. Issara Santhorn berkahwin dengan puteri Chaokunbara Pakdee I bernama Phranang Chaokunbara dan mempunyai seorang putera bernama Putera Thap. Putera Thap juga dikenali dengan nama Phranang Klao.
Apabila Rama I mati, Issara Santhorn dibawa kembali ke Bangkok dan ditabalkan sebagai Rama II bagi Dinasti Rama Chakri. Putera Thap ditabalkan menjadi Chaokunbara Pakdee II. Apabila Rama II mati, Putera Thap (Chaokunbara Pakdee II) telah dimahkotakan sebagai Rama III. Phranang Chaokunbara I, isterinya dilantik menjadi Raja Perempuan Setul Bambang Negara (Muang Santhorn). Putera Thap (Chaokunbara Pakdee II) selepas kematian isterinya melantik anak perempuannya menjadi raja di Setul bergelar Phranang Chaokunbara II. Phranang Chaokunbara II berkahwin dengan anak raja Nongchik bernama Chaokun Lah Raden Puteh.
[img]http://www.trekthailand.net/p4/map.jpg[/img]
14 Wilayah di Selatan Thailand.
Apabila Putera Thap mati, penggantinya, Mongkut, menghapuskan perlantik raja-raja Setul sebagai Chaokun. Sebaliknya Mongkut melantik Khaluwong (Gabenor) untuk menjadi ketua kerajaan di Setul.. Mongkut digantikan oleh Chulalongkorn. Chulalongkorn terus melakukana kezaliman ke atas orang-orang Setul. Pada tahun 1909, Chulalongkorn mengusir Phranang Chaokunbara dan suaminya keluar dari Setul atas alasan bersekongkol bersama wilayah-wilayah Patani, Kedah dan Mergui menentang Rama Chakri.
Phranang Chaokunbara II dengan suaminya yang bernama Chaokun Lah Raden Putih dari Nongchik melarikan diri ke Malaya. Putera lelaki mereka bernama Hussin. Putera Hussin sepatutnya diangkat menjadi Chaokunbara Pakdee III. Maka Hussin hidup sebagai orang biasa.
Putera Hussin mempunyai anak lelaki bernama Osman Thani. Osman Thani membuka sebuah pondok di Setul di sebuah tempat bernama Teluk Serai, berdekatan dengan Kuala Bara. Di sinilah Lukman Iskandar dilahirkan.
Dalam salasilah Chaokunbara Pakdee - Putera Hussin ialah Chaokunbara Pakdee III, Osman Thani sebagai Chaokunbara Pakdee IV, dan Lukman Iskandar sebagai Chaokunbara Pakdee V.
Manakala berdasarkan kepada keturunan Langkasuka, Chaokunbara Pakdee I ialah Chaokunsaman XV. Chaokunbara Pakdee II ialah Chaokunsaman XVI dan beliau juga menjadi Raja Siam bergelar Rama III.. Rama III tidak mempunyai putera. Sebab itu selain dari melantik isterinya menjadi raja perempuan di Setul bergelar Phranang Cahokunbara I, dan kemudiannya digantikan oleh puterinya bergelar Phranang Chaokunbara II.
Negeri-negeri Melayu , dalam banyak hikayat atau sejarah, pernah diperintah oleh raja-raja perempuan. [u]Kedah, di waktu Raja Bersiong melarikan diri, diperintah oleh Raja Perempuan (Permaisurinya). [/u]Tun Teja juga pernah dikatakan dalam sejarah Melaka bertindak sebagai raja perempuan ketika rajanya menjadi tak upaya. Patani juga diperintah oleh raja-raja perempuan dalam jarak waktu yang agak panjang.
Maka Setul juga diperintah oleh raja perempuan dalam dua era berturut-turut hinggalah dihapuskan sistem beraja di Setul oleh Chulalongkorn (Rama V). Phranang Chaokunbara I tidak boleh digelar Chaokunsaman XVII atau Phranang Chaokunbara II tidak boleh digelar Chaokunsaman XVIII. Maka gelaran-gelaran ini jatuh kepada Putera Hussin sebagai Chaokunsaman XVII dan Osman Thani sebagai Chaokunsaman XVIII. Maka Lukman Iskandar ialah Chaokunsaman Pakdee ke XIX atau Chakunbara Pakdee V.
Integrasi Siam dengan Setul atau dengan Melayu terjadi sejak beberapa abab. Patani pernah serang dan tawan Ayutthaya pada tahun 1640. Patani pernah tawan Legor. Legor pernah takluk dan tawan Patani. Legor pernah memerintah hingga ke selatan Semenanjung Tanaha Melayu. Tumasek diperintah oleh Tamuki, anak Raja Legor, menantu kepada Raja Patani (1401). Anak raja Jawa, Parameswara lari dari Majapahit ke Tumasek. Parameswara bunuh Tamuki. Apabila Legor hantar armada menggempur Tumasek, beliau lari dan buka negeri di Melaka dan tukar nama kepada Megat Iskandar Shah.
[[i] Last edited by Laxamana. on 30-7-2004 at 05:27 PM [/i]] Hubungan Kerajaan Melayu Patani dengan Siam amat unik sebelum ianya 'ditelan' oleh Siam hasil 'perkongsian pintar' Siam dengan British. Yang rugi... orang-orang Melayu. Punca asal, Melayu tak bersatu.
Kedudukan Patani yang hampir dengan Siam menjadikan hubungan kedua-dua kerajaan agak istimewa. Bagaimanapun, para pengkaji sejarah masih belum dapat mempastikan dengan jelas bilakah bermulanya hubungan antara Patani dengan Siam. Sumber-sumber tradisional Siam mendakwa bahawa kerajaan - kerajaan Kesultanan Melayu di Semenanjung berada di bawah naungan Siam sejak Zaman Sukhothai pada kurun ke-13 lagi. Dakwaan itu dibuat berdasarkan inskripsi Raja Ramkhamhaeng bertarikh 1292 T.M. yang dijumpai di Nakhorn Sri Thammarat. Kononnya Raja Ramkhamhaeng menghantar ekspedisi ke Selatan Semenanjung dan menakluk kerajaan-kerajaan Melayu di situ. (Hall 1966, 166). Catatan itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa Patani sebagai sebuah kerajaan yang ditakluk oleh Kerajaan Ramkhamhaeng. Adalah mustahil sebuah kerajaan yang terkenal seperti Patani tidak mendapat perhatian pencatat-pencatat di Raja.
Justeru terdapat sarjana Siam sendiri yang meragui kesahihan catatan Ramkhamhaeng itu. Mereka kurang yakin bahawa kerajaan Sukhothai pernah menguasai kerajaan Melayu Patani. Mereka berpendapat itu hanyalah suatu dakwaan yang bertujuan mengagung-agungkan kerajaan Ramkhamhaeng.
Kerajaan Sukhothai mulai merosot dalam pertengahan kurun ke-14 dan diambil oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Pusat pemerintahannya telah berpindah ke Ayuthia pada 1350 T.M. dan menjadi sebuah negeri yang kuat di sebelah utara.
Hubungan kerajaan Melayu Patani dengan Ayuthia dipercayai telah wujud sejak pada masa ini lagi. Bagaimanapun corak hubungannya tidaklah begitu jelas. Sungguhpun begitu, terdapat asas yang mencerminkan wujudnya perhubungan antara kedua-dua kerajaan tersebut sebagai kerajaan yang sama tinggi tarafnya. Hikayat Patani ada membicarakan hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang menyebut Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, "Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracaupun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.� (Teeuw & Wyatt 1970, 155).
Bahkan dikatakan bahawa Sultan Mudzafar Syah telah mengambil kesempatan daripada serangan Burma ke atas Ayuthia untuk menguasai kerajaan itu tetapi gagal. Daripada tindakan itu, jelas menunjukkan bahawa Patani dengan Ayuthia adalah setaraf, sekurang-kurangnya dari kaca mata kerajaan Melayu Patani.Mengikut Thompson dan Wood, Semenanjung Tanah Melayu telah diserang dan ditakluki Siam semasa pemerintahan Raja Ayuthia yang pertama iaitu Ramathibadi I (1350-60) (Thompson 1967, 20; Wood 1924, 64). Akan tetapi peristiwa itu tidak diceritakan oleh penulis-penulis Siam. D.G.E. Hall juga menolak dakwaanWood tentang serangan Ramathibadi I itu (Hall 1966, 459). Hal ini adalah kerana pemerintahan Ramathibadi I telah wujud sebelum kewujudan Melaka lagi. Selain itu, Kerajaan awal Ayuthia lebih menumpukan perhatian kepada masalah dalaman, tidak begitu melibatkan diri dengan penaklukan seperti yang didakwa oleh Thompson dan Wood. Kemunculan kerajaan Melaka pada
awal abad ke-15 juga menjadi satu lagi faktor yang menghalang kerajaan Ayuthia meluaskan pengaruhnya ke Semenanjung. Menurut Sejarah Melayu, kerajaan Melayu Patani telah menjadi negeri lindungan Melaka pada pertengahan kurun ke-15. Pada masa itu Patani juga telah menerima Islam.Sesetengah penulis Siam juga mendakwa bahawa selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Patani telah dinaungi pula oleh Ayuthia. Dakwaan ini juga lemah kerana pada masa itu Patani telah menjadi kuat. Lagipun, raja Ramathibadi II lebih berminat dalam hal-hal kerajaan daripada meluaskan tanah jajahan. Jikapun benar dakwaan bahawa Patani menjadi negeri uftinya semasa Ramathibadi II, namun kedudukan itu adalah bersifat sementara saja. Ini adalah kerana selepas pemerintahan Ramathibadi II, Kerajaan Ayuthia telah menjadi lemah disebabkan berlakunya perebutan kuasa. Pada waktu ini kerajaan Burma, Vietnam, termasuk juga Patani, mengambil kesempatan untuk menyerang Ayuthia. Selepas itu Patani bebas daripada sebarang ancaman asing.
Kerajaan Melayu Patani telah mencapai kemuncak keagungannya pada zaman pemerintahan raja-raja Perempuan (1584-1624). Pada zaman itu Patani telah muncul sebagai sebuah pusat perniagaan yang terpenting di rantau ini. Ijzerman, seorang pedagang Belanda, menyatakan Patani adalah "pintu masuk" bagi pedagang-pedagang yang ingin berdagang di China dan sekitarnya. (Blusse 1972, 2). Pelbagai jenis barangan dilaporkan terdapat di sekitar kota pelabuhan Patani. Kenyataan itu disahkan oleh Peter Floris, seorang pengembara Inggeris, yang melawat Patani antara 1612-13. Beliau menulis bahawa: "Patani mempunyai hubungan perdagangan dengan semua negeri di Asia Tenggara". (Moreland 1934; Teeuw & Wyatt 1970,13). Hakikat ini diakui juga oleh Alexander Hamilton. Beliau menulis: Patani was formerly the greatest port for Trade in all those seas.. It was the staple port for Surat Trading . . . (Hamilton 1980, 84) Kekuatan ekonomi Patani dan ditambah pula dengan kestabilan politik dalam negeri telah menjadikan Patani sebagai sebuah negeri yang kuat dan dihormati oleh negeri-negeri jiran, termasuk kerajaan Ayuthia sendiri. Pengaruh politik Patani telah meluas ke beberapa buah kerajaan Melayu di Semenanjung khususnya Pahang dan Johor-Riau.
Kekuatan Patani itu terbukti apabila Raja Ungu, Raja Patani VIII (1624-35), mampu mengamalkan dasar anti-Siam dan memutuskan hubungan politik dengan Siam. Keadaan ini berlaku apabila Raja Ungu menggugurkan gelaran kebesaran Siam 慞era Chau� (Phrao Cao) dan diikuti kemudiannya dengan membatalkan tali pertunangan antara Raja Kuning, anaknya dan bakal Raja Patani, dengan Okaphaya Deca, anakGabenor Ligor. Van Vliet menulis bahawa keadaan ini berlaku kerana Raja Ungu menganggap �. . . the King of Siam (Prasat T抙ong) did not have the right to wear the crown and that he has killed the true kings and their heirs�. (Ravanswaay t.t, 37) Kerajaan Siam cuba menyerang Patani tetapi gagal.
Pada tahun 1630, Patani bertindak balas tetapi, dengan bantuan Johor dan Pahang, serangan Siam itu dapat dipatahkan oleh Kerajaan Patani. Kekuatan Patani telah diakui oleh Siam: Patani mempunyai daya yang sangat besar dan kekutannya sungguh hebat. Sementara itu pihak Songkhla yang bertanggungjawab mengawal Patani bagi pihak Siam cuma mempunyai pasukan tentera yang kecil hingga tidak mempunyai cukup daya mengawal Patani secara sendirian (Prawat Muang Pattani 1966).
Keagungan dan kekuatan Patani tidak kekal. Pada zaman akhir pemerintahan Raja Kuning (1635-88), Patani mula menuju zaman kemerosotan. Keadaan ini jelas apabila Raja Kuning mengubah dasar dan pernah berbaik-baik dengan kerajaan Siam. Patani bersetuju untuk menghantar Bunga Mas dan Perak ke Ayuthia dan Raja Kuning menerima gelaran Phrao Cao. Keadaan di Patani menjadi sunyi apabila Raja Kuning meninggalkan kerajaan tanpa seorang pengganti yang berwibawa. Hikayat Patani menyebut tentang perbalahan antara pembesar-pembesar negeri yang bergelar Datu yang berebut kuasa untuk menjadi Bendahara sehingga menjadikan Raja Patani sebagai boneka sahaja (Teeuw & Wyatt 1970, 72). Pada awal abad ke-18 pemerintahan keturunan Kelantan telah didirikan.
Pemerintahan Kelantan bermula dengan pemerintahan Raja Bakal, seorang pembesar dari Kampung Teluk. Alang Yunus adalah pemerintah terakhir dari keluarga ini. Alang Yunus hanya sempat memerintah Patani selama 11 bulan saja kerana baginda mati dibunuh oleh saudara tuanya, Datu Pengkalan Pauh, seorang Bendahara, dalam satu pertelingkahan antara mereka. Pembunuhan itu telah mencetuskan perang saudara di Patani. Akibatnya "Negeri Patani pun sangatlah huru-hara dan segala rakyat pun banyak kesakitan dan adat tertib pun sudah tiada . . ." (Teeuw & Wyatt 1970, 94)
Perang saudara yang sering berlaku di kalangan pemerintah Kelantan ini telah menyebabkan ramai pedagang asing memindahkan peniagaan mereka ke negeri lain. Keadaan ini menyebabkan "hasil negeri pun berkurangan". (Teeuw & Wyatt 1970, 72)
Dalam masa Patani sedang menghadapi kekacauan politik, Siam sedang berperang dengan Burma. Peperangan Burma-Siam secara tidak langsung telah juga melibatkan negeri-negeri Melayu utara, termasuk Patani yang menjadi barang "rebutan" di antara kedua-dua kuasa tersebut. Rebutan ini terjadi kerana tiga motif. Pertama untuk motif "prestij politik", kedua, motif sosioekonomi yang berhubung dengan kepentingan penggemblengan tenaga manusia sambil memperolehi sumber-sumber mentah sesuai dengan keadaan empayar yang bercorak tradisional ketika itu. Ketiga, motif strategi ekonomi bagi mengawal rantau Segenting Kra yang menghubungkan Teluk Benggala dengan Teluk Siam. Peristiwa adu tenaga ini telah menjejaskan keselamatan Patani.
[[i] Last edited by Laxamana. on 30-7-2004 at 05:08 PM [/i]] Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang 'misgoverned'. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.
Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136, pernah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination)
Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada 憄enjajahan� Siam. Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British juga memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis Cina. Justeru, Kerajaan British mahu pastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-Tanah Melayu. Oleh kerana itu Isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arah kerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam.
Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di Semananjung Tanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama Melayu Patani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala Tuan Guru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhan subversif. GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani di Semenanjung juga telah disekar aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut, gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah. Sungguhpun begitu, perjuangan Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani. Dalam tahun 1960-an, beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata. Perjuangan itu bagaimana-pun masih belum menempa sebarang kejayaan. [u]Patani Diserang oleh Kerajaan Chakri[/u]
Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun 1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri di selatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siam dahulu. Negeri-negeri di Selatan Semenanjung
iaitu Ligor, Songkhladan Pattalung telah diserang oleh Siam. Keadaan ini menyebabkan raja negeri-negeri tersebut terpaksa mencari perlindungan di Patani. Oleh kerana pemerintahnya, terpaksa tunduk kepada desakan Siam supaya raja-raja tersebut diserah kepadanya. Pada tahun 1779, Sultan Muhammad pula telah dipaksa memberi bantuan kepada Siam untuk menentang Burma. Apabila Sultan Muhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telah memerintah adiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun 1785 (Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101). Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapi Siam telah berjaya menguasai Patani pada tahun berikutnya.
Sultan Muhammad pula telah syahid dalam pertempuran dengan pihak Siam (Light 1786)1 . Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.Berikutan kejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siam sebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidin bagaimanapun tidak lama berkuasa. Dalam tahun 1791, Tengku Lamidin telah bersatu dengan Raja Annam yang beragama Islam, Okphaya Cho So, dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam di Tiba, Chanak, Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telah dibantu oleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapi gagal (Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telah melantik Datuk Pengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalan juga bangkit menentang Siam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telah dapat dipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat di Bangkok Kerajaan Melayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeri atau hua muang untuk melemahkan orang Melayu Patani.
Di tiap-tiap buah negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasan Songkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagungan Kerajaan Melayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah dari negeri yang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-raja pemerintahnya adalah seperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:
Patani Tuan Sulung
Teluban Nik Dir
Nongchik Tuan Nik
Jalor Tuan Yalor
Jambu Nai Pai
Rangae Nik Dah
Reman Tuan Mansur
Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percaya mereka dapat melemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang.Sejajar dengan itu arahan raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeri Melayu bahawa hukuman mati ataupun penjara akan dikenakan terhadap mana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranya mereka memberontak atau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai, seorang berketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-raja di negeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orang Siam ke negeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan penduduk yang berketurunan Melayu.
Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedah dan memaksa Sultan Abdullah melarikan diri ke Pulang Pinang (Rahmat Saripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu tersebut telah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainya Perjanjian Burney dalam tahun 1826.
Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya. [u][b]Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar[/b][/u]
Di antara ketujuh-tujuh buah negeri Melayu bekas kerajaan Melayu Patani,negeri Melayu Patani adalah yang paling berpengaruh. Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeri Patani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad, bekas Perdana Menteri Kelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan Long Jenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai Raja Patani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantan dalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.
Peperangan saudara itu berpunca daripada perebutan takhta antara Long Senik Mulut Merah atau Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar Tun Ahmad, Raja Kampung Laut. Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja (Rahmat Saripan 1979, 115). Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.
Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supaya menyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantar wakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-dua pihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapi kali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya. Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergi ke Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta oleh Gabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III (1824-51) mengenai masalah tersebut.
Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. Semasa Pemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh Phraya Chaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos 1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.
Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patani sebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan.Tawaran itu dibuat berikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, raja Patani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatan untuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteri telah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itu telah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa Tuan Besar di Patani. Setelah disahkan oleh Rama III sebagai Raja Patani, Tuan Besar telah menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan memakai gelaran Phya Pipik Pakdi. (Ibrahim Syukri) Kebetulan dengan perlantikan baginda sebagai Raja Patani, Kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbirannya terhadap negeri-negeri Melayu. Kerajaan Siam telah memberikan kuasa mentadbir tanpa campur tangan daripada pegawai-pegawai Siam. Raja-Raja Melayu hanya dikehendaki menghantar bunga Emas dan Perak setiap tiga tahun sekali ke Bangkok serta berikrar tidak akan menderhaka kepada kerajaan Siam.
Perubahan dasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu dewasa itu mempunyai hubungan rapat dengan dasar kerajaan Rama III yang ingin mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri Siam itu sendiri. Sebagaimana ditegaskan oleh Mills, Rama III menyedari bahawa �...there was no profit to be obtained from governing as a Siamese province a distant state whose inhabitants were resolved not to submit to alien rule. The experiments had been tried for twenty years, and the only result had been a constant series of rebellions�. (Mills 1960,34).
Ekoran berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Rama III pernah menerima surat daripada Bonham, Gabenor Negeri-Negeri Selat mengingatkan bahawa �. . . the company had grown weary of bolstering up their (Siamese) power in Kedah. Should another revolt occur, the Straits Government had been ordered not to assist in its suppression�. (Mills 1960, 192-93). Menurut Nantawan Haemindra, seorang sejarawan Thai, perubahan dasar itu adalah suatu langkah yang berkesan dalam mengelakkan perasaan tidak puas hati dan kekacauan di Wilayah itu. Perlantikan elit tempatan sebagai Gabenor di tujuh buah wilayah tersebut telah mempertingkatkan lagi kemantapan politik Siam di kesemua negeri ufti tersebut (Nantawan Haemindra 1960). Sejak itu hingga ke beberapa dekad kemudiannya keamanan telah wujud di negeri-negeri Melayu Patani dan Kedah.
[[i] Last edited by Laxamana. on 30-7-2004 at 05:15 PM [/i]] [b][u]Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani[/u][/b]
Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad (1842-56) dan dua orang penggantinya, Tengku Puteh (1856-81) dan Tengku Besar (1881-90), Negeri Patani berada dalam keadaan aman. Kerajaan Siam masih membenarkan Raja-Raja Melayu menguruskan pentadbiran dalam negeri. Bagaimanapun semasa Patani berada di bawah pemerintahan Tengku Sulaiman Syarifuddin (1890-98), Chulalongkorn, Raja Siam, mula merancang untuk menyusun semula pentadbiran wilayah mengikut sistem Thesaphiban. Di bawah peraturan ini, kerajaan negeri tidak lagi mempunyai kuasa otonomi dan dengan itu juga Raja-Raja Melayu akan kehilangan kedaulatan mereka. Tindakan kerajaan Siam itu telah mencetuskan konflik di antara Raja-Raja Melayu Patani dengan kerajaan Siam sehingga membawa kepada penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Patani, pada tahun 1902.
Pada 18 Januari 1896, Chulalongkorn memberitahu Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri Siam, betapa pentingnya pentadbiran wilayah disusun semula. Antara lain baginda menegaskan If we do not put our administration in order, we will not have enough income, which is the source of the power needed to defend the country. The expansion of the earnings which result from the facilitation of the people抯 methods of earning their livelihood and making a living out of the produce of the soil. The strengthening and the retionalization of the administration and the development of the economy are therefore the ultimate aims of this kingdom (Tej Bunnag 1977, 91).
Terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa kerajaan Siam membuat keputusan mengubah dasar pemerintahannya terhadap negeri-negeri Melayu. Perubahan dasar pemerintahan Siam ini mempunyai pertalian rapat dengan pengolakan yang berlaku di rantau Asia Tenggara dalam tahun-tahun 1890-an (Iraklein 1968, 52-68; Chandran 1971, 143-59). Kehadiran kuasa-kuasa penjajah dengan dasar imperialisma mereka di Asia Tenggara telah menimbulkan kebimbangan Siam terhadap keutuhan wilayahnya, terutamanya wilayah-wilayah yang terpencil dari kawalan kerajaan pusat di Bangkok seperti negeri-negeri Melayu di Selatan Siam. Kerajaan Siam khuatir sekiranya wilayah-wilayah ini tidak disatukan di bawah kekuasaan Siam kemungkinan besar wilayah-wilayah tersebut akan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.
Dalam tahun-tahun 1890-an, kuasa-kuasa Perancis dan British berlumba-lumba meluaskan kawasan jajahan masing-masing di rantau ini. Perlumbaan mereka telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 1893 (Claire Hirshfield 1968, 35-38). Perancis berjaya mencapai matlamatnya di timur Sungai Mekong dengan menggunakan kekerasan ke atas Siam, manakala British pula menumpukan perhatian ke kawasan di timur laut Burma dan selatan China, dan juga di negeri-negeri Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra. Walaupun pihak British menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah Siam namun sejak tahun-tahun 1890-an lagi perwakilan British di Tanah Melayu telah mendesak supaya pengaruh British diperluaskan ke negeri-negeri Melayu utara sehingga ke Segenting Kra (Ira Klein 1968, 62-68; Chandran, J 1971,143-59). Pada tahun 1896, setelah Frank Swettenham menjadi Residen-Jeneral yang pertama bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu, kempen untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu utara itu dengan jajahan British semakinrancak.
Keadaan semakin bertambah genting dengan termeterainya pengisytiharan British-Perancis pada 15 Januari 1896 (Chandran, J 1970, 105-120).Pengisytiharan itu hanya memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya sahaja dan tidak menyentuh tentang keadaan di Negeri-negeri Melayu utara. Sungguhpun pengisytiharan itu memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya, Siam bimbang kerana syarat tersebut tidak menghalang Peranchis atau British mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggugat kemerdekaan kerajaan Siam. Jelas di sini bahawa pengisytiharan itu tidak menjamin kemerdekaan dan keutuhan wilayah Siam tetapi memberi peluang kepada kerajaan Siam untuk merombak sistem pentadbiran wilayah.
Cadangan Chulalongkorn itu telah disokong oleh Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri. Selepas membuat beberapa tinjauan mengenai sistem pentadbiran wilayah, Putera Damrong mencadangkan kepada Chulalongkorn supaya pentadbiran wilayah disusun semula mengikut Sistem Thesaphiban (Nantawan Haemindra 1976). Di bawah Sistem Thesaphiban, pentadbiran wilayah akan disusun dan dikumpulkan ke dalam satu unit yang dikenali sebagai Monthon. Tiap-tiap Monthon ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi (Khaluang Thesaphiban) yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Di bawah sistem ini juga, semua kakitangan kerajaan dari peringkat atas sehingga ke peringkat bawah dibayar gaji mengikut skim kebangsaan.
Setelah memperoleh persetujuan daripada Chulalongkorn, dalam bulan Mei 1897, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah (Phraratchabanyat laksana pakkhrong thongthi) (Tej Bunnag 1977, 118). Pada bulan Februari 1899, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan pula Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah (Kho bangkhap pokkhrong huamung).
Peraturan tersebut memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melumpuh dan menghapuskan "whatever remained of the provincial administration independent existence". Di bawah peraturan ini, jawatan raja Negeri ataupun Gabenor tidak lagi bersifat 憇emi-hereditary�. Raja Siam diberi kuasa untuk melantik atau melucut Raja Negeri atau Gabenor. Raja Negeri tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati (phu samret ratchakan) di peringkat negeri. Mereka juga hanya dianggap sebagai seorang pegawai kerajaan (phu wa ratchakan).Peraturan ini juga melucutkan beberapa keistimewaan yang ada pada Raja-raja negeri. Raja-raja tidak lagi mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali Pendakwaraya (yokkrabat) dan Pegawai Hasil (phu chuai) sahaja. Sungguhpun begitu, sebelum sebarang perlantikan dibuat, Raja negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan atau kebenaran Pesuruhjaya Tinggi Wilayah yang berkenaan.Sebaliknya, Pesuruhjaya Tinggi wilayah diberi kuasa untuk melantik lima orang pegawai, dua daripadanya ialah penolong Gabenor dan Timbalan Gabenor.
Di samping itu, Raja-Raja Negeri juga kehilangan sebahagian daripada hasil negeri. Mereka juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan ataupun memajakkan cukai (tax-farms). Mereka tidak dibenarkan mempunyai pendapatan sampingan selain daripada gaji yang dibayar oleh Kerajaan pusat. Peraturan itu juga menegaskan bahawa Gabenor bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor tidak mempunyai kuasa ke atas kakitangan bawahan. Sebarang tindakan yang diambil oleh Gabenor hendaklah dilaporkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Wilayah dalam masa tujuh hari selepas tindakan itu diambil.
Jika dilihat pada Peraturan 1899, jelas menunjukkan bahawa peraturan ini bertujuan melumpuhkan kekuasaan Raja negeri dan dengan demikian menguatkan lagi cengkaman kerajaan pusat ke atas pentadbiran wilayah.Dengan peraturan ini pihak berkuasa di Bangkok berharap ia akan dapat mengawal wilayah-wilayah luar khasnya daripada gangguan pihak asing.
Proses pelaksanaan Peraturan 1899 ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.Putera Damrong tidak mahu pelaksanaan reformasi pentadbiran ini menimbulkan tanggapan negatif kuasa-kuasa Barat, khususnya British, bahawa pihak Siam sedang berusaha menyekat pengaruh mereka di wilayah-wilayah tersebut. Putera Damrong pernah mengingatkan kakitangan pentadbirannya tentang pentingnya mengekalkan hubungan baik dengan British kerana kerajaan Siam perlukan sokongan pihak British bagi membendung ancaman Perancis (Tej Bunnag 1977, 138-39). Di samping itu beliau juga tidak mahu menggunakan paksaan ke atas raja-raja negeri supaya menerima peraturan baru itu. Beliau bimbang tindakan semacam itu akan hanya 憛alienate the provincial nobility and make them run to the foreigners�. Berdasarkan prinsip ini, Putera Damrong memulakan usaha ke arah penyusunan semula sistem pentadbiran di wilayah-wilayah luar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan