Selasa, 14 Jun 2011

EMPAYAR MELAYU SIAM.

"Empire of the Great Monggol", Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Monggol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.
Obergruppenfuhrer Anwar:
>>Gelaran dan tarikh dalam Undang-Undang Kedah<<

Salam hormat dan selamat sejahtera. Sudah lama kami tidak bertemu saudara/i dalam blog ini. Harap saudara/i dalam keadaan sihat dan dipelihara oleh Allah hendakNya. Ahli-ahli kami sedang sibuk menguruskan satu pertemuan keluarga Syarif Yang Di Pertuan Negara Kedah dimana dijangkakan seramai 5000 ahli keluarga baginda akan berkumpul buat pertama kalinya dalam sedikit masa lagi. Pada masa yang sama kami juga meneliti beberapa buah buku, sebagai sumber sekunder yang ada menyebut dan membuktikan mengenai kerajaan Benua Siam ini beragama Islam. Untuk itu, kami mulakan dengan Undang-Undang Kedah terlebih dahulu.

Ramai yang bertanya kami dari mana datangnya nama Syarif Yang Di Pertuan. Sebenarnya nama baginda ada disebut dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 42 dan 43. Walaupun nama ini dikecilkan ‘s’ nya, tetapi hakikatnya itu lah nama baginda. Mungkin penyelenggara tidak mengetahui siapa Sharif ini sebenarnya lalu dieja seperti nama biasa dengan huruf 's' kecil. Namun begitu bagi kami yang mengetahui peranan dan nama baginda cepat mengenal pasti walaupun ‘tersembunyi’.

“Dan, kebesaran syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itulah raja”.UUK.m.s 42

Panglima negeri ketika itu adalah Perdana Menteri Mangkubumi dimana disebut Syarif berada di atas beliau sebagai raja yang memerentah.

“Dan, adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Setar adanya.
Daripada Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasalam,seribu seratus sembilan puluh sembilan (1785 masihi), iaitu tahun Ha, pada dua puluh delapan hari bulan Safar, hari Isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia ke atas jemala Datuk Bendahara menyuruh muafakat dengan segala pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.UUK,m.s 43

Berlainan dengan buku-buku penulisan sejarah dan sastera lain, sesebuah undang-undang itu adalah sentiasa tertakluk oleh pindaan. Tujuan diadakan pindaan rang undang-undang adalah demi penambah baikan kepada undang-undang yang sedia ada. Amalan ini masih lagi berlaku hingga kehari ini dalam sebuah Negara demokrasi. Begitu juga dengan Undang Undang Kedah yang mana teks asalnya bertulisan jawi sudah pasti disalin secara berperingkat-peringkat semenjak dari zaman Sayyidina Ali wa maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh (812 masihi).

Sudah pasti diantara sebab-sebab pindaan rang undang-undang ini dibuat kerana keperluan semasa, penggunaan bahasa, takrif, penulisan, pengaruh Parsi, perniagaan dan perdagangan dsbnya. Walau bagaimana pun ia tidak lupa menyebut nama raja-raja yang memerentah terdahulu untuk dijadikan contoh bagaimana undang-undang dizaman mereka telah dilaksanakan.

Dalam tahun-tahun akan datang, perubahan bahasa dari bahasa kawi ke jawi amat penting berikutan ada catatan yang mengatakan sekiranya seseorang itu tidak memahami Bahasa melayu, dianggap sebagai tidak terpelajar. Jelas bahasa Melayu sebagai bahasa Nusantara turut mempengaruhi kesemua aspek kehidupan termasuklah penulisan dakwah Islamiah seperti kitab-kitab, hikayat, riwayat dll.

Hingga hari ini kita dapati bahasa Melayu masih lagi digunakan di Nusantara sebagai bahasa komunikasi lantas melampaui bahasa daerah masyarakat setempat itu sendiri. Ada pendapat agak ektremis mengatakan bahawa Melayu itu asalnya bahasa bukannya bangsa sepertimana hari ini. Kami serahkan kepada saudara/i untuk memikirkannya.

“Bermula adalah dibicarakan Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Dipertuan Yang Maha Mulia menyuruh perbuat undang-undang bandar kepada datuk-datuk yang tersebut itu supaya tetap adat bandar dan pekerjaan syahbandar dalam negeri islam”UUK,ms2.

Jelas bahawa segala penulisan dan fasal-fasal yang disebut dalam buku ini adalah berkenaan dengan undang-undang Islam, untuk orang-orang Islam dan bukan Islam juga. Kedatangan pedagang-pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan dalam negara Kedah untuk berdagang sudah pasti, mereka turut terikat dengan peraturan-peraturan ini. Tujuannya adalah untuk menetapkan adat bandar (dimana bandarnya?), tugas-tugas dan tanggungjawab Syahbandar didalam sebuah negeri Islam. Kita tahu penggunaan jawatan Syahbandar dan tugas-tugas Syahbandar disebut dengan jelas dalam undang-undang Kedah. Hakikatnya, hari ini kita juga tahu bahawa jawatan Syahbandar ini turut digunakan di pelabuhan Ayuthia dizaman dahulu.

Sepertimana tercatat dims 2, terdapat gelaran-gelaran yang hingga kini tidak digunakan lagi oleh mana-mana kesultanan dalam negeri-negeri di Malaysia. Gelaran-gelaran tersebut ialah

1) Syah Alam Yang Maha Mulia, dan
2) Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia

Gelaran seperti diatas sangat penting untuk kita mengetahui siapakah yang memerentah dan waktu pemerentahannya. Timbul tanda tanya kepada kita, siapa kah yang memakai gelaran ini, yang mana setiap arahannya di sebutkan sebagai titah. Di permulaan teks disebut (m.s 1) mengenai titah Syah Alam Yang Maha Mulia suruh salin ambil taruh Undang-undang Datuk Besar di Hulu. Titah ini diberikan sekitar tahun 1060 Hijrah bersamaan tahun 1650 masihi oleh Sultan Mahmud Syah Melaka kerana pada ketika itu baginda masih ada dan memerentah di Melaka (rujuk mukasurat 98 perenggan 3). Titah baginda ialah supaya dibuat salinan (sebab dahulu tiada mesin pencetak) dari teks yang lebih awal untuk disimpan dan dijadikan rekod kerajaan.

Untuk kita mengetahui dari teks manakah ia disalin, kita lihat muka surat 2 dimana disebut bahawa undang-undang yang disalin semula itu adalah dari undang-undang zaman Raja Setia Bijaya namanya dan Raja Jalil Putera menjadi Syahbandar. Raja Jalil Putera adalah anakanda kedua (daripada 3 putera dan seorang puteri) kepada Sultan Rijaluddin Muhaammad Johan Syah. Susunan anakanda baginda adalah seperti berikut

1. Kaifa Tabim Sheikh Ali menjadi raja di Toung Oo, Burma
2. Putera Jalil @ Khun Warawangsa
3. Tunku Nur Aisyah @ Mahin Inta Tiral berkahwin dengan Zahiruddin bahadur Syah, Raja Monggol India.
4. Sultan Mohammad Yusuf, Raja Pasai
Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah(1424), bergelar Parameswara Melaka dan baginda berkahwin dengan adinda perempuan Laksemana Cheng Ho. Nama Parameswara adalah gelaran kepada pemerentah dan ia turut digunakan di Burma dan Kemboja.

Seperkara lagi ialah bagaimana mungkin kita mengatakan Portugis menyerang dan menguasai Melaka dalam tahun 1511 sedangkan hubungan dengan Gabenor (Gurnador) Portugis pula ada disebut pada muka surat 15 berkenaan dengan kaedah menyambut surat kompeni. Pada pendapat kami, catatan Melaka diserang Portugis adalah versi catatan tempatan.

Melaka sebagai wilayah Benua Siam telah keluar dari wilayah berikutan raja daerah yang pergi sendiri ke China dan mendapat pengiktirafan oleh Maharaja China. Catatan sejarah ada menyebut bahawa Siam pernah menyerang Melaka kerana keluar dari wilayahnya namun dihalang berbuat demikian oleh Maharaja China. Selepas tarikh itu hubungan perdagangan Siam Melaka pun mula merosot, mengikut catatan Tom Pires.

[size=18]Berikutan kematian Laksemana Cheng Ho yang mengawal Selat melaka dan hilangnya minat Maharaja China untuk menjaga Nusantara, Maharaja Siam telah melantik tentera Portugis untuk mengawal Nusantara bagi pihaknya. Portugis dengan 'backing' kerajaan Benua Siam dan Monggol india telah merampas kembali negeri melaka dari Raja daerah. Ada laporan mengatakan selepas merampas Melaka kembali, mereka pergi ke Ayuthia mengadap Maharaja Siam kerana tugas yang diberi telah dilaksanakan. Orang Portugis ini adalah kafir zimmi yang tidak menentang Islam kerana mereka telah lama bertapak di Khalingga dan di Goa India, iaitu jajahan Raja Monggol India yang beragama Islam.[/size]Turut di sebut hubungan baik dengan raja yang memerentah Singgora, Patani, Ligor, Jambi Sumatera, Raja Perak (bukan Sultan Perak). Undang- undang Kedah tidak menyebut Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani sebagai bukan Islam. Kaedah menerima surat raja mereka sama seperti raja perak dan raja Jambi di Sumatera dan tidak sama dengan kompeni (Portugis) dari Melaka, Khalinga dan Gujerat (disebut kafir). Ini sekali gus membuktikan Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani beragama Islam berdasarkan kepada cara penerimaan atau sambutan surat rasmi kerajaan.

Berbalik kepada soal gelaran, untuk kita mengatakan gelaran ini dulunya digunakan oleh Sultan-sultan ketika itu adalah tidak munasabah kerana gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah menteri yang saudara kepada raja (ms 30 dan 36) sementara Paduka Seri Mangkubumi adalah Perdana Menteri kepada Syah Alam Yang Maha Mulia yang memerentah Benua Siam Kedah. Hubungan kekeluargaan ini masih terjalin hingga kini walaupun pihak waris tidak memegang apa-apa tampuk kekuasaan.

Di muka surat 30, dalam memperkatakan mengenai adat raja Johor, disebut
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.

Perlu kita ingat bahawa semua adat istiadat yang disebut sebelum ayat ini seperti meminang, hantar cincin, kebesaran Bendahara, kebesaran temenggung, kebesaran Bentara, kebesaran Laksemana, adalah adat raja-raja di Benua Siam. Adat-adat ini masih lagi digunakan hari ini di Malaysia. Juga, semua keterangan ini dieja menggunakan teks jawi bukannya teks bahasa lain.

Semakin jelas kepada kita, sekiranya kita meneliti dengan ilmu, Raja Besar Benua Siam dizaman dahulu itu beragama Islam.
Obergruppenfuhrer Anwar:
BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.

Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.

Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Koya.

[size=18]Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah islamiah ini segera dimusnahkan.[/size]
Obergruppenfuhrer Anwar:
Kenapa Hikayat Merong Maha Wangsa di bakar?

Didalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa ada tercatat bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir, (lihat dibawah blog ini) iaitu anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Sekaligus ia menafikan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai hari ini kerana terdapat ke dua bangsa ini bertutur dalam dua bahasa yang berbeza. Pendek kata, jika Bahasa menunjukkan bangsa, orang-orang Siam beragama Islam sementara orang-orang thai (dari puak Sukuthai) pula beragama Buddha.

Dalam tahun 1767, ibu negeri Benua Siam Islam Ayuthia telah ditawan puak musuh yang beragama Buddha. Raja atau pemerentah mereka, Rama I adalah dari bangsa Sukuthai yang beragama Buddha. Ini berbeza dengan situasi sebelumnya dimana Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam yang diperentah oleh raja-raja Siam Islam. Ini yang disembunyikan oleh sejarah menyebabkan sejarah negara kita dan sejarah orang-orang Melayu dari rumpun Siam menjadi tidak tepat.

Hari ini kita dapati sejarah menjadi kucar-kacir apabila orang-orang Thai di Thailand pula mengakui mereka adalah orang Siam padahal raja mereka adalah dari bangsa Sukuthai yang menjajah negeri Siam bermula dari Rama I Yotfa Chulalok. Memang asalnya mereka orang Siam, rakyat negara Siam tetapi hari ini mereka dijajah oleh Raja Rama Thai, bukan Raja Siam yang beragama Islam seperti dizaman Ayuthia. Dengan sebab itu, apabila penguasaan mereka telah menyeluruh, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka.

Sekiranya diberi peluang, entah-entah, seluruh semananjong ingin di taikan oleh mereka. Langkah Inggeris menukar nama Semenanjong Malaka (jajahan Siam Islam) kepada Semenanjong Tanah Melayu adalah bagi menghentikan kemaraan ini dan menjaga kepentingan ekonomi mereka seperti bijih timah, ladang getah, lombong emas dll. Ada kemungkinan apabila Raja Thai berkuasa di Ayuthia, kemudiannya Bangkok mereka berhak kepada keseluruhan wilayah yang dulu berada dibawah Benua Siam Islam. Mereka lupa tentang perbezaan agama itu.

Kesemua maklumat-maklumat ini jika dianalisa dengan teliti ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dalam tahun 2005, selenggaraan Mariyam Salim. Undang-Undang Kedah merupakan manuskrip asal perlembagaan Benua Siam Islam Kedah. Ia mula ditulis berperingkat-peringkat semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi. Buku tersebut mula ditulis di zaman Saidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir (anakanda Podiset) berkerajaan di Acheh Darul Salam. Sebagai sebuah perlembagaan negara ia pasti di buat ‘amendment’, mengikut kehendak dan keperluan dari masa ke semasa.

Teks asal tulisan jawi Undang Undang Kedah ini telah tersimpan sekian lama di perpustakaan ‘School Of Oriental And African Studies (SOAS) London’, nombor rujukan MS 40329 dalam bentuk microfilm dan ia telah dibawa balik ke Malaysia untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Obergruppenfuhrer Anwar:
Siapa Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia?

Di ms 42,ada tercatat,
“Dan, kebesaran Syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu (d)ialah raja”.

Di ms 43 ada tercatat,
“Adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Star adanya”

“Daripada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan iaitu TAHUN HA (1788 M) pada dua puluh delapan haribulan Safar, hari isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Keatas jemala Datuk Bendahara (Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah anakanda kepada Raja Siam Ligor Nambang ) menyuruh muafakat dengan segala pegawai-pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.

Nama Syarif yang dimaksudkan ialah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Nambang Ligor Ibni Khalifah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Chau Pija Sitamrat yang bersemayam di istana Kota Palas, Pulau Langkawi. Kita juga mengetahui terdapat gelaran yang tidak lagi digunakan hari ini iaitu Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dan Syah Alam Yang Maha Mulia. Inilah gelaran bagi Raja Besar Benua Siam. Sebagai Raja besar dan Ketua agama Islam mereka turut menggunakan gelaran Khalifah dan Maulana.

Di muka surat 17 tercatat,

“Hijrat al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan/Rabiulawal, hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang.”

Kota Palas kini dinamakan Padang Mat Sirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah dan makam baginda masih lagi di kenali sebagai makam Purba, padahal baginda adalah Raja Besar Benua Siam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah sebagai bukti bertulis. Papantanda pada makam purba (dikatakan kubur seorang wanita) di Pulau Langkawi harus ditukar dengan maklumat terkini dan di perelokkan bersesuaian dengan seorang raja besar yang bergelar Maulana. Dulu, makam baginda ditimbus dengan tanah untuk mengelakkan daripada dimusnahkan oleh gabungan tentera thai dan Burma yang menyerang Pulau Langkawi.

Di ms26 – 27 pula tercatat,
“.. raja segala hamba itu, adatnya disalin Seri Perdana Menteri daripada hukum kanun Datuk Besar Kota Star masa itu”.

Raja segala hamba bermaksud raja yang besar berbanding rakyatnya dan adat resamnya disalin/ditulis oleh Seri Perdana Menteri yang sememangnya ditugaskan berbuat demikian.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Dari bukti catatan diatas dapat kita fahami bahawa Sultan Muhammad Jiwa (1710 – 1778) hanyalah berjawatan sebagai Paduka Seri Perdana Menteri, BUKAN sebagai Sultan Kedah. Seterusnya di ms 40,

“Maka adat ini daripada raja-raja dahulu sampai pada Marhum naga (Sultan Rijaluddin) turun pada Datuk Besar, turun kepada Datuk Seri Paduka Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurnai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat”.

Di ms27 -28 tercatat,

“Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun Alif (1812 Masihi ) dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”.

Raja Maha Besar Benua Siam pada tahun 1812 masihi ialah Raja Siam Ligor Nambang Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Pada masa itu baginda bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, mukim Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu Kedah Darul Aman. Perkataan Meang Kuang ialah bahasa Siam yang bermaksud, ‘Negara Luas’. Negara luas yang dimaksudkan disini tak lain tak bukan ialah, Benua Siam Islam Kedah.

Jika diambil kira bukti yang terdapat di muka surat 51 dalam buku dokumentasi ‘Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 1981’, ada tercatat,

“Bagi seorang Seri Paduka Raja Laksemana pula tugasnya sebagai ketua tentera laut dan semasa di laut dia berkuasa penuh”.

Laksemana yang dimaksudkan itu ialah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah. Pada masa peperangan itu angkatan laut Kedah Darul Aman dikatakan musnah semasa melancar siri pemberontakan menentang Siam pada tahun 1839 masihi. Siam yang dimaksudkan disini ialah Siam Islam, bukannya tentera Thai dari Bangkok.

Catatan penulisan J.F. Agustin bertajuk, ‘Kemusnahan Angkatan Laut Kedah Darul Aman’ ada menceritakan dengan lebih terperinchi dalam buku “Kedah Darul Aman Dari Segi Sejarah”, jilid 5, Ogos 1971,ms 16 – 18.

Dari buku Sejarah Warisan Mahawangsa Kedah, muka surat 1, ada tercatat seperti berikut,

‘Dalam tahun 1837, James Low melaporkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuskrip Sejarah Kedah disebutnya sebagai ‘Kedah Annals Termed Merong Mahawangsa’ dari Sultan Ahmad Sajoodin Halim Shah (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804’).
Beginikah caranya bagi seorang Raja Laksemana Ketua Tentera Laut Kedah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang dilantik oleh Maharaja Benua Siam Islam menggunakan manuskrip sejarah Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa yang direka semula olehnya untuk menipu pihak Inggeris kononnya beliaulah Sultan Kedah Darul Aman, padahal dalam tahun 1837 beliau telah diusir oleh tentera Raja Benua Siam Islam Ligor dan duduk di dalam buangan di laut.

Realitinya, dalam tahun 1837 negeri Kedah Darul Aman belum wujud, hanya sebagai sebahagian wilayah Benua Siam Islam sahaja. Dengan menipu dan mendapat pengiktirafan pihak Inggeris pada tahun 1839, Seri Paduka Laksemana Ketua tentera laut Kedah menyusun siri pemberontakan menentang Raja Maha Besar Benua Siam Kedah iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Syah Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah.

Dari Buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, M.A Fawzi Basri memetik fakta dari tulisan Winstedt dan manuskript Riwayat Negeri Perak, ms 22

“Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera Balai Besar, Alor Star Kedah dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang Putera raja dari Kedah menjadi bendahara” (Bendahara Kedah atau Raja Muda ialah Raja Siam Songkhla, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang).


Pada tahun 1862 Long Jaafar, putera kepada Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menaikki takhta Benua Siam Kedah bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah. Ini adalah berikutan kemangkatan Syed Alang Alauddin di Istana Kuning Berahman Indera, Alor Star. Sebelum pada itu Sultan Jaafar ini menjadi Raja Larut Matang merangkap Bendahara Benua Siam Kedah dan disana baginda dikenali sebagai Long Jaafar (raja daerah juga digelar penghulu sebagaimana penghulu Kayang di Perlis). Mengikut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara adalah juga Raja Muda. Tak hairanlah ada catatan sejarah mengatakan Long Jaafar hanyalah penghulu atau orang kaya akan tetapi penghulu yang bagaimana? Sudah pasti bukan penghulu seperti hari ini.

Apabila Long Jaafar menaikki takhta kerajaan Benua Siam Islam, tempat baginda sebagai Raja Larut Matang telah diganti oleh Ngah Ibrahim. Bukti bertulis dimuka surat 21, buku yang sama ada tercatat,

“Bagaimana pun dalam tahun 1862 Masihi Sultan Jaafar memberikan jawatan menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim iaitu anak seorang pembesar yang bergelar Paduka Setia, Orang Besar Enam Belas Tuk Paduka Setia iaitu pengapit kepada Panglima Bukit Gantang.” Rujuk Winstedt, History of Perak,ms 43, halaman 145

Di ms 20 – 19 Halim Nasir, Ibid halaman 92 dan 93 tercatat,

“Dengan itu juga sejarah kerajaan melayu Beruas beransur luput, sebaliknya beberapa orang pembesar melayu telah memerintah kawasan masing-masing, sebelum tertubuhnya kerajaan Perak hari ini”.

Dari bukti tersebut ternyata negeri Perak hari ini tidak wujud sebaliknya hanya kerajaan Kesultanan Beruas dalam wilayah Benua Siam Kedah.

Dalam Bahasa Siam yang masih dituturkan di Kedah, perkataan BERUAS bermaksud, Puak Raja Siam Kaya, iaitu merujuk kepada Raja Kota Beruas yang pertama bernama Intaraja II (Songtam), Nai Hisbu Mad Azam Syah Ibni Maha Tammaraja Chief Khalifah Saiyidina Zahiruddin Mohd Bador Shah (Babur India Monghul,1569 Masihi).

Nai Hisbu Mad Azam Syah ialah Raja Siam dari Dinasti Ayut’ia Ke 21.Sila rujuk buku sejarah, “A History Of South East Asia”,1955 DGE Hall. Permaisuri Zahiruddin ialah Nor Aishah Begum Bavinnoung Mah In (Inta Tiral) puteri kepada Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia 1491 iaitu Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah yang juga bergelar Parameswara Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin