Alhamdulillah, ternyata Sidharta Buddha Gautama adalah seorang muslim, mari kita telaah bukti-buktinya:
1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha
Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain
adalah Nabi Zulkifli as, yg dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yg
mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa
Arab Zulkifli sendiri berarti
“orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
2. Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang
akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad
saw. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui:
“There
will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a
holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in
conduct, auspicious, knowing the universe“.
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI?
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja
di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada
menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:
”Wahai rakyatku! Siapakah
antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada
waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan,
maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:
”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya.
Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau
diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua karena mereka orang yang suka bersabar.”
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA?
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang
bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil,
lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera
kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari
keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah
Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula
adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar
Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa
ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah
putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga
teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut
permaisuri.
MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ‘seorang yang bijaksana’
atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan
dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan
seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan
Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang
dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada
saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada
pengikut setianya bernama Ananda.
Makna
“Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti
“dari tempat yang tinggi”;
karena itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang
jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana
yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat
diringkaskan sebagai
“Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai
Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas
sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh
hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disadari secara ghaib oleh seorang
tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita
Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada
keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan
Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan
dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah
tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil
DEWA-DEWA).
Asita menangis karena sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran
Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat
kepada bayi Bodhisatta.
Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu
dari dua yaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi
Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia
akan menjadi Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas
Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana
memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA
yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.
Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru
istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa
pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi keheranan kepada
orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif
terhadap penganiayaan hingga tidak ada seorang pun yang beliau lihat
menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.
Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak
tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke
sebuah pohon (Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi)
untuk membuang stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata
“Buddha”
dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat
catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat
Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu pada maksud ayat;
“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan
demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia
ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada
putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari)
pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah
Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s.
(Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota
Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig)
pula melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi
di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin
yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama
dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam
Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa
sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi
di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan
dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha
al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi
Dhul-Kifl, yang bererti
“ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
KESIMPULAN
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat
kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan
Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut
menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang
mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin
menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli
dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan
sekiranya disuaikan.
Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah
berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan
kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan
Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan
buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin.
Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok
tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah
pokok tersebut.
Bila Allah berfirman :
“Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha),
Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan Baladil amin
-Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw. ia ikut
urutan, hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan susunan sejarah riwayat
Nabi-Nya. Mari kita sama-sama fikirkan. HANYA ALLAH YANG MAHA
MENGETAHUI.