ni kes pertama ana dulu. Dulu rasa teruja nak
berdialog dengan jin, tapi bila dah tangani banyak kes, barulah terasa
yang dialog dengan jin hanya meletihkan dan membuang masa sahaja.
Beginilah ceritanya…
Setelah memagar rumah berkenaan, kami meminta izin untuk pulang.
Ana mendapat panggilan telefon pada suatu
pagi. Panggilan tersebut adalah dari encik Haslam (bukan nama sebenar)
yang tinggal berdekatan dengan ana. Beliau meminta ana merawat isterinya
yang mengalami gangguan mistik. Semestinya ana menunggu penggilan
sebegini, kerana keinginan menimba pengalaman merawat pesakit sebenar
setelah tamat kursus ilmu perubatan Islam.
Walaupun begitu, ana tidak akan pergi
berseorangan, kerana ana meminta bantuan rakan seperguruan iaitu Abang
Fairuz (dipanggil abang kerana dia lebih tua), yang tinggal berdekatan
juga.
Sebelum pergi merawat, ana dan abang Fairuz
bermesyuarat terlebih dahulu di masjid, tentang strategi rawatan. Kami
berbincang tentang apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk merawat
pesakit. Maklumlah kami berdua masih baru lagi dan belum pernah merawat
pesakit yang sebenar. Baru sahaja nak menimba pengalaman.
Setelah itu, Abang Fairuz membacakan Ruqyah
Penuh kepada air yang dibawanya, ini bagi memudahkan rawatan kelak.
Apabila di depan pesakit nanti, air ruqyah akan terus di sembur kepada
pesakit menggunakan botol spray tanpa perlu menjiharkan ruqyah penuh.
Ini akan menjimatkan masa rawatan.
Ketibaan kami di sambut oleh encik Haslam.
Sambil menunggu di ruang tamu adalah isterinya Puan Hasmah. Kami pun
bertanya tentang masalah yang di hadapi mereka.
Encik Haslam menjelaskan bahawa isterinya
telah mengalami gangguan mistik dah cukup lama iaitu selama 20 tahun.
Dah bermacam-macam bomoh dan perawat mereka dah jumpa, tapi masih lagi
belum menjumpai kesembuhan. Dari pengalaman yang lepas, encik Haslam
menceritakan bahawa Puan Hasmah telah disihir, dan jika kerasukan dia
akan bercakap bahasa Siam.
Ana dan abang Fairuz saling berpandangan.
Pada hemat ana, sememangnya salah satu simptom disihir ialah, gangguan
sentiasa berulang walaupun telah banyak dirawat. Ini kerana tukang sihir
akan sentiasa menghantar “yang lain” setelah pesakit mendapatkan
rawatan.
Kami pun bertanya lagi simptom-simptom lain
dengan lebih lanjut. Ternyata segala simptom sihir ada pada Puan
Hasmah, baik simptom semasa tidur, atau simptom semasa jaga.
Puan Hasmah menerangkan beliau juga turut
ada mengalami gangguan saka muslimah berupa perempuan tua. Beliau pernah
bermimpi berjumpa sakanya itu, dan sakanya itu meminta daun sireh
berserta air kopi diberikan kepadanya setiap hari. Puan Hasmah menambah
lagi bahawa beliau pernah mendapatkan khidmat rawatan bomoh yang
memasukkan “jurus” Harimau ke dalam dirinya.
“Temuramah” ini memang agak lama, tapi bagi
ana tidak mengapa kerana pesakit berterus-terang dan menceritakan
semuanya. Ini perlu bagi perawat dalam menyusun strategi rawatan, dan
menjangkakan kemungkinan yang akan muncul semasa proses rawatan
berkenaan.
Baru sahaja kami ingin memulakan rawatan,
Puan Hasmah sudah kerasukan. Sambil dia tersengih-sengih, seperti rasa
seronok pula ingin dirawat.
Ana memulakan bacaan “kola rabbi firghli
wahabli mulkan….” lalu menyemburkan air ruqyah ke muka gangguan yang
sedang merasuk. Keadaan yang tersengih tadi berubah menjadi marah dan
bengis, kemudian mengaum pula.
“Tidak salah lagi, ini jin harimau”, bisik
hati ana. Puan hasmah yang kerasukan ini mula merangkak ke arah kami
sambil menderam seolah-olah bunyi harimau.
Ana membacakan pada rod logam rawatan yang
Ana pegang “iz uhi rabbuka ilal mala ikati anni ma akum….” Ditambah
dengan “ innama jaza ulladzi na yuha ribu nallah….” Lalu membuat aksi
“kelar-kelar” pada gangguan merasuk. Manakala Abang Fairuz membaca ayat
Kursi berulang-ulang.
Dari bunyi ganas menjadi bunyi takut pula,
lalu gangguan merasuk perlahan-lahan kembali merangkak ke tempat rawatan
(yang disediakan encik Haslam) dan rebah. Puan Hasmah pengsan pula.
Ini peluang untuk kami mengeluarkan
gangguan makhluk halus dari tubuh Puan Hasmah. Akan tetapi belum sempat
kami membuat apa-apa, tiba-tiba Puan Hasmah tersedar lalu melakukan
posisi duduk.
Ana: ini siapa?
Gangguan merasuk : (bercakap bahasa Siam)
Ana: Aku tahu kamu pandai cakap Melayu, kamu dah duduk lama kat dia kan?
Gangguan merasuk: Hang buat apa mai kacau tempat aku? Jangan kacau tempat aku!
Ana: Siapa kau, kenapa kau ganggu wanita ni?
Tidak menjawab pertanyaan Ana, gangguan
tersebut tiba-tiba membuat “hand seals” lalu membaca mantera, kemudian
menulis sesuatu dengan jari, seolah-olah simbol karakter cina ala-ala
reiki, terus ia menembak sesuatu ke arah kami.
Terasa ribuan jin-jin kecil melanggar badan
kami, tapi kami juga rasa jin-jin kecil berkenaan terpelanting tidak
memberi kesan kepada kami.
Gangguan itu tidak putus asa dan terus mencuba lagi.
Ana: Dia nak buat sihir tu.
Abang Fairuz: Camne sekarang?
Ana: Baca Yunus 81-82 ulang-ulang.
Akibatnya sihir yang cuba dilakukan jin siam berkenaan tidak menjadi. Kemudian ia pun menangis. Ana mengambil peluang ini untuk berdialog.
Ana: Siapa kau, kenapa ganggu wanita ini?
Gangguan merasuk: (Membuat isyarat tidak boleh bercakap.)
Ana: Ada jin pemantau di luar ke? Kenapa ganggu wanita ini?
Gangguan merasuk: (membuat isyarat tangan dileher)
Ana: Tuan kau nak dia mati?
Gangguan merasuk: (mengangguk)
Kemudian tiba-tiba ia kelihatan seperti dicekik.
Ana: kat mana jin pemantau, tunjuk!
Ia kemudian menunjukkan lokasinya. Apa lagi, Ana dan Abang Fairuz bertubi-tubi menembak jin berkenaan dengan ayat pemecah.
Tiba-tiba…
Gangguan merasuk: Me! Me! (sambil menangis lalu mencium lantai, tempat jin pemantau dimusnahkan)
Rupa-rupanya jin pemantau tersebut adalah ibu jin berkenaan. Ana tahu “me” (sebutan “mey”) tu maksudnya ibu dalam bahasa Siam. Dulu Ana selalu juga tengok drama TV Siam, jadi faham le sesikit (signal tv siam tersesat ke Malaysia, ni masa ana duk kat Terengganu masa kecik).
Ana dan abang Fairudz mengugut gangguan berkenaan agar ia memberi kerja sama. Seakan menggelabah, dia pengsan pula.
Terus bangun semula, rupanya yang lain pula
merasuk. Kali ni ketua gangguan pula. Ni dapat difahami dari bahasa
isyaratnya setelah di tanya siapakah dia.
Pendek cerita, diplomasi gagal ( buat letih
ana dan abang Fairudz aje), lalu kami mengazab jin berkenaan dengan
bacaan-bacaan ruqyah Al-Quran (biiznillah). Kemudian dia tumbang lalu
timbul pula rasukan jin saka perempuan tua yang mengaku (kononnya)
kerabat raja-raja. Dan jin ini mengaku dirinya Islam.
Bab dia Islam dan kerabat raja tu ana tak pastilah kebenarannya tu, yang penting dia keluar dari badan pesakit.
Ana dan abang Fairudz membaca ayatul Qursi
dan mengulang-ulang ayat akhir ayatul Qursi, jin saka berkenaan juga
ikut membacanya, secara penuh sampai habis. Akan tetapi bila lebih dari
30x ulangan, jin-jin sihir mula mengorak langkah untuk meninggalkan
tubuh pesakit. Ini diketahui kerana jin saka yang merasuk itu,
menunjukkan dengan isyarat tangan sambil tu dia juga turut berada dalam
keadaan kesakitan.
Tanpa membuang masa, ana dan abang Fairudz
terus mengunakan botol kaca (sebagai transit sahaja, bukan untuk
mengurung) dan terus di hantarkan penempatan jin Islam Serambi Madinah
untuk di adili kesalahan mereka.
Akhirnya semua gangguan keluar kecuali
seekor jin asyik (jin cinta) yang asalnya adalah salah satu jin sihir
yang amat menyayangi pesakit. Dan jin berkenaan sanggup mati demi
pesakit (jin yang merasuk tu bagitau kami secara isyarat tangan sambil
di terjemah oleh suami pesakit).
Oleh kerana jin berkenaan berdegil, maka
kami pun sembelih jin berkenaan (biIznillah) dengan bacaan ruqyah
Al-Quran. Akhirnya gangguan tumbang dan pesakit tersedar. Suami pesakit
pula memeriksa mata pesakit untuk mengesahkan bahawa itu adalah
isterinya, bukan jin yang merasuk. Akhirnya encik Haslam mengatakan
bahawa mata isterinya kembali jernih dan mengesahkan bahawa itu adalah
benar-benar isterinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan