Selasa, 2 Julai 2013

KENAPA REMAJA ISLAM SUKA SEKS

Catatan dengan tajuk yang panjang ini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin anda setuju atau mungkin anda tidak bersetuju dengan ulasan saya. Setelah meninggalkan alam remaja dan memasuki alam dewasa dan sepanjang saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang sama jantina dan  sebangsa, saya ada membuat 'kajian' tentang apa perkara no. 1 yang difikirkan oleh golongan remaja masa kini. Jawapan paling banyak yang saya dengar atau perkara yang sering difikirkan oleh remaja Melayu ialah SEKS dan hiburan. Perkara kedua, ketiga barulah tentang motorsikal, kereta, cari duit atau lain-lain.


Ini bukanlah persepsi saya tapi ialah tinjauan saya ke atas semua rakan yang saya kenali tidak kira datang dari negeri mana pun, semuanya memberi jawapan yang sama. Bangun awal pagi fikir tentang seks, sebelum tidur fikir tentang seks. Saya pun tidak tahu kenapa setiap remaja Melayu suka berfikir dan bercakap tentang seks. Majoriti dari golongan ini hanya memikirkan tentang seks, seks dan seks. Siapa yang harus di pikat atau kat mana mereka boleh melakukan hubungan seks. Saya rasakan pada masa kini melakukan hubungan seks boleh di samakan dengan kepuasan bermain futsal, merempit atau menonon wayang. Perkara itu sudah menjadi seperti perkara biasa sekarang ini. Melakukannya seperti tidak bersalah dan hanyalah untuk keseronokkan.

Ketika anak muda dari bangsa lain sibuk memikirkan bagaimana untuk menyambung pelajaran, bagaimana mencari wang dengan banyak atau bagaimana nak jadi kaya raya, anak Melayu pula sibuk memikirkan macamana nak dapatkan awek yang boleh diajak buat seks, atau fikir bila nak boleh tukar motor baru, bila dah ada motor fikir pula bagaimana nak lajukan motor. Hanya itu perkara utama yang difikirkan oleh remaja Melayu pada masa ini. Saya akui soal mencari wang ada mereka fikir tapi itu bukanlah perkara pertama. Itulah antara penyebab bangsa kita masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.

Saya cakap ni bukan dengan hujah yang direka tapi dengan fakta. Anda boleh kaji jumlah kes pembuangan bayi di negara ini. Bangsa apa yang ‘juara’ dalam kes ini? Bagaimana perkara ini boleh berleluasa? Jika tanya pada saya, saya akan bagi jawapan peribadi iaitu  faktor teknologi masa kini dan faktor kebebasan yang mereka perolehi. Faktor teknologi yang saya maksudkan ialah seperti penggunaan handset yang boleh menyimpan format rakaman video lucah antara pendorong utama untuk remaja mencuba melakukan hubungan seks. Bila dah tengok video lucah, nafsu dah naik ‘stim’, maka terjadilah faktor kedua iaitu mencari kebebasan. Majoriti mereka bebas keluar dengan sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ada diantara mereka ini terpaksa menipu asalkan mereka boleh lakukan hubungan seks di mana sahaja yang mereka rasakan selamat. Pasangan bercinta sekarang seperti ‘suami isteri’, bila rasa teringin mereka akan berjumpa dan lakukan hubungan seks dan inilah hasilnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin