Selasa, 23 Julai 2013

SEKS KETIKA HAMIL

Adakah nafsu seks anda meningkat apabila anda hamil? Ataupun seks adalah perkara yang terakhir di fikiran anda? Apa sekalipun jawapan anda, inilah perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai seks semasa hamil.
размер 492x500, 54.00 kb
Adakah OK untuk mengadakan hubungan seks semasa anda hamil?
Selagi kehamilan anda dalam keadaan normal, anda boleh mengadakan hubungan seks seberapa banyak kali yang anda suka. Tetapi anda mungkin tidak selalu mahukannya. Pada trimester pertama mulanya, hormon anda akan naik-turun, keletihan dan rasa loya mungkin akan mengganggu keinginan seks anda. Semasa trimester kedua, aliran darah ke faraj dan payu dara anda akan meningkat dan ini mungkin menyalakan semula keinginan anda untuk seks. Tetapi pada trimester ketiga, tambahan berat badan, sakit belakang dan tidak keselesaan mungkin sekali lagi akan mengganggu keghairahan anda untuk seks.
Bolehkan seks semasa hamil menyebabkan keguguran?
Ramai pasangan bimbang seks semasa kehamilan akan menyebabkan keguguran, terutama sekali dalam trimester pertama. Tetapi seks bukan satu kebimbangan. Keguguran pada peringkat awal kehamilan biasanya berkaitan dengan chromosomal abnormalities atau masalah lain yang dihadapi bayi — tiada kena mengena dengan apa yang anda buat atau tidak buat. Namun, jika anda pernah mengalami keguguran, doktor anda mungkin akan menyarankan supaya mengelakkan seks sewaktu trimester pertama.
Adakah seks semasa hamil membahayakan bayi dalam kandungan?
Bayi anda yang sedang membesar didalam kandungan dilindungi oleh amniotic fluid dalam uterus anda, serta mucus plug yang melindungi cervix anda sewaktu kehamilan. Kegiatan seks tidak akan menjejaskan bayi anda.
Apa harus anda buat jika seks menjadi tidak selesa?
Memang normal jika anda mengalami kurang pelinciran semasa kehamilan kerana tahap hormon anda berubah. Ini boleh membuatkan seks menjadi tidak selesa. Penggunaan pelincir alternatif boleh membantu.
Haruskah suami anda menggunakan kondom?
Pendedahan kepada penyakit jangkitan kelamin (Sexually Transmitted Diseases) semasa kehamilan akan meningkatkan risiko jangkitan yang boleh menjejaskan kehamilan anda dan kesihatan bayi anda. Gunakan kondom jika suami anda dijangkiti penyakit kelamin.
Masih boleh seks oral?
Seks oral masih selamat semasa kehamilan. Tetapi awas! Jika anda menerima seks oral, pastikan suami anda tidak meniup udara kepada faraj anda. Memang jarang sekali berlaku, tetapi satu letusan udara mungkin akan menahan satu saluran darah — yang mungkin boleh mengancam nyawa anda dan bayi.
Semasa kehamilan, anda akan mengeluarkan discharge yang lebih, ini tidak merbahaya. Jika anda dan suami merasa terganggu oleh ini, anda boleh membasuh faraj anda sebelum memulakan seks.
Bagaimana dengan menggunakan jari untuk merangsangkan faraj (fingering)?
Boleh, tetapi anda harus memastikan jari suami anda dibersihkan dulu dengan sabun dan air. Jangan gunakan alkohol atau apa-apa bahan kimia untuk mengelakkan masalah pada faraj. Bolehkan anda menggunakan vibrator sewaktu hamil?
Ada sesiapa mahu lakukan kajian?
Tiada jawapan yang jelas boleh didapatkan setakat ini.
Bolehkah orgasma menyebabkan kelahiran pramatang?
Orgasma boleh menyebabkan pengecutan uterus. Tetapi rasa pengecutan ini adalah berlainan daripada rasa pengecutan apabila anda hendak bersalin. Jika anda sedang hamil dalam keadaan normal, orgasma — dengan atau tanpa persetubuhan — tidak akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Seks juga tidak akan mencetuskan kelahiran walaupun waktunya sudahhampir.
Perut anda semakin besar, apakah posisi seks yang terbaik semasa kehamilan?
Selagi anda selesa, kebanyakan posisi seks adalah OK semasa kehamilan. Anda boleh melakukan eksperimen posisi apa yang terbaik untuk anda. Biar kreativiti anda berkembang, selagi anda seronok dan selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin