bermula dengan krisis di sudan, pemimpin-pemimpin dunia arab
lepas sorang, sorang menghadapi kebangkitan rakyat mereka. pergolakan di
mesir menyebabkan dunia gempar seketika. rakyat negara asing dipanggil
pulang termasuk para pelajar malaysia. alhamdulillah, mereka kemudian
boleh kembali meneruskan pengajian kerana hosni mubarak memenuhi
tuntutan rakyat yang mahu dia berundur.
namun peristiwa itu bagai menggesa rakyat di negara arab
lainnya untuk bangkit menolak kepimpinan mereka yang dirasakan sudah
terlalu lama berada di tampuk pemerintahan. yaman masih bergolak. libya
pula diserang oleh amerika menyebabkan dunia mengutuk serangan itu.
pemimpin libya tetap keras. dari sejak muda sehingga kini,
muammar ghadafi satu-satunya pemimpin arab yang tidak pernah akur dan
tunduk kepada amerika mahupun sekutunya. sebab itu dia dibenci orang
luar tetapi kini, dia juga sudah menjadi musuh dalam negaranya sendiri.
sememangnya, bila seseorang sudah terlalu lama berada di tampuk
pemerintahan, dia lupa untuk berpijak di bumi nyata.
bencana berterusan hingga kini. jepun, negara maju yang dilanda 4 musibah secara berterusan. semua orang pun dah tahu, kan?
mula-mula, jepun dilanda gempa bumi. ahh...yang tu, rakyatnya
kira okey jek...iyalah... diorang cukup bersedia untuk itu. tak lama
lepas tu, terus dilanda tsunami pula. satu kampung ghaib bersama 10 ribu
penghuninya. tak cukup lagi.... loji nuklearnya pula meletup
menyebabkan sisa radioaktif terbebas ke udara dan sedang berarak di
ruang angkasa dunia. dan terbaru, jepun ditimbuni salji, keadaan yang
terlalu sejuk berbanding masa-masa sebelumnya.
namun, di sebalik semua yang mendatang, siapakah yang dapat
menafikan ketenangan orang jepun menangani musibah yang menimpa? selepas
10 hari, tiada kekalutan. rakyatnya masih berbaris untuk membeli
makanan. masih tenang menyapu halaman. masih setia membantu jiran di
sekeliling.
sesungguhnya, apakah ada kita dengar mereka saling menyalahi
antara rakyat dan pemimpin? tak ada.... aku akui, aku kagum dengan
mentaliti bangsa yang satu ini. begitu kuat!
ada yang kata, jepun ditimpa bala sebab negara itu paling
sedikit umat islamnya. ada yang cakap, ugama yang dianuti itu terlalu
jelek, sebab itu ditimpakan bala....
bagi aku, Allah melakukan sesuatu atas hak dan zatNya. Allah
Maha Mengetahui mengapa bala itu diturunkan.Dan, janganlah terlalu
gembira serta merasa bahagia bila Malaysia terlepas daripada semua itu.
apakah rakyat Malaysia ini semuanya baik-baik sebab itu semua bencana
itu tidak kita alami?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan