Vandalisme
Perbuatan
yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme.Di Malaysia
pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi
malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini
rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak
bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan
sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang
yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk
mendapat rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian
di atas berlaku adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan
menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan
perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak
boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa
kepada berlakunya tragedi.
Sebab-sebab
- Pengaruh kawanSelepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.
- Amalan moral yang kurang baikAjaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.
- Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasanMereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.
Kesan-kesan
- Imej negara dijejaskanApabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka lihat.Hal ini menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.
- Beban kepada rakyat dan negaraBarang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk memperbaki barang-barang yang dirosakkan.
Langkah-langkah
- Memberi hukuman yang lebih beratPihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan bukan hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang sentiasa mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka tidak berani lagi untuk mengulangi kesalahan tersebut.
- Bimbingan kaunselling harus diberiBagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti ini,bimbingan kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa kebaikan kepada orang ramai.
Penagihan Dadah
Dadah
boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata.Biarpun dadah
mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang membawa kebaikan
kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan kepada kita apabila ia
disalahgunakan.Mengikut kajian yang dijalankan, remaja yang terlibat
dalam penagihan mencatat peningkatan yang mendadak.
Sebab-sebab
- Tidak mendapat kasih sayang daripada keluargaRemaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.
- Pengaruh kawanSesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
- Rasa ingin mencubaRemaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba.Apabila mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
- Kesenangan untuk mendapat dadahDalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah,pehak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini.Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.
Kesan-kesan
- Masalah kesihatanRemaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental,kanser dan sebagainya.Hal ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun.Mengikut kajian yang dijalankan,sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta serpihan kaca.Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.
- Peningkatan kes jenayahDemi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah,mereka terpaksa mencuri,merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang.Oleh itu,kita sering mendapat berita tentang kes pecah rumah,meragut,merompak dalam surat khabar.
- Pembangunan dan keamanan negara tergugatApabila penagih dadah dalam negara kita meningkat,pembangunan negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja.Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.
Langkah-langkah
- Mengetatkan undang-undangKerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya di kalangan remaja.Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus dipreketatkan lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat.Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kitas dalam menghapuskan gejala ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam negara kita.
- Kempen dan ceramah diadakanKempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah.Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang.Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih dadah.
- Kasih sayang IbubapaIbubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.
- Pegangan agama yang kuatRemaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah.Hal ini disebabkan,mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi undang-undang.
Gejala Ponteng
Gejala Ponteng
Pelajar merupakan pemimpin kepada negara pada masa akan datang memperlihatkan betapa pentingnya pelajar kepada negara dan pelajar-pelajar kita terdiri remaja-remaja yang bakal menjadi pucuk kepimpinan.Sayangnya,remaja-remaja sebagai pelajar asyk ponteng sahaja dan ia telah menjadi masalah yang serius di kalangan remaja masa kini.Selepas ponteng,mereka akan menghabiskan masa mereka di kompleks beli-belah dan pusat-pusat hiburan.Sebab-sebab- Hilang minat dalam pelajaranBukanya semua pelajar mempunyai tahap kefahaman yang sama dan di kalangan mereka adanya yang lemah.tetapi,golongan pelajar sentiasa diabaikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat.Selain itu,mereka diabaikan malah dipandang rendah oleh cikgu mereka kerana tidak cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.
- Pengaruh daripada rakan-rakanAda di kalangan mereka yang ponteng kerana dipengaruhi oleh kawan mereka.Mungkin mereka akan menolak permintaan pada permulaan tetapi kawan mereka akan mula menjauhi mereka.Demi meneruskan hubungan mereka sebagai kawan,mereka terpaksa ikut jejak rakan mereka ponteng kelas.
- Pengabaian peranan ibubapa dalam pelajaran anak merekaIbubapa yang sibuk kerja untuk mencari rezeki kuran mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah.Hal ini memberi peluang kepada pelajar ponteng sekolah.
Kesan-kesan- Masalah sosial meningkatPelajar yang ponteng ini akan melibatkan di mereka yang tidak sihat seperti gengsterisme vandalisme dan lain lain.Golongan pelajar ini akan membawa masalah kepada masyarakat kita dan jika tidak diselesaikan dengan segera akan menpengaruhi pembangunan negara.
- Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolahAkibat daripada tabiat ponteng itu,golongan remaja ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka kerana mereka jauh tertinggal.Kemungkinan juga golongan ini akan menganggur kerana mereka tidak dapat bersaing dalam keadaan yang penuh dengan persaingan.
Langkah-langkah- Peranan pihak sekolahDalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini,pihak sekolah memainkan peranan yang paling penting.Pihak sekolah harus memberi perhatian terhadap kehadiran pelajar-pelajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam kehadiran mereka.Pelajar yang ditangkap ponteng harus dihukum dengan berat sebagai amawan keras kepada yang lain.
- Peranan ibubapaIbubapa harus mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka termasuklah memastikan anak mereka sentiasa hadir di sekolah.Apabila pihak sekolah mendapati anak mereka ponteng,mereka harus memberi kerjasama dengan berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Rogol
Rogol
Pada kebelakangan ini,kes rogol yang melibatkan remaja sering menjadi tajuk utama surat akhbar.Di mana perginya akhlak anak-anak muda kita?Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku tentunnya ada sebab musabab yang tersembunyi.Mangsa-mangsa rogol merupakan golongan wanita yang lemah dari segi fizikal berbanding golongan lelaki.Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Memanadngkan perkara ini semakin hari semakin serius,ia adalah penting bagi kita untuk melihat secara mendalam perkara ini.Sebab-sebab- Gadis remaja yang berpakaian tidak senonohRemaja pada masa kini telah mengabaikan adat sendiri dan mengagung-agungkan budaya barat yang membawa padah mereka.Akibat daripada pengaruh budaya barat,sesetengah gadis remaja memakai pakaian yang menjolok mata dan yang beragam islam itu enggan memakai tudung.Apabila pakaian mereka terlalu kurang,ia akan membangkitkan hawa nafsu lelaki dan merogol gadis tersebut apabila mereka gagal mengawal hawa nafsu mereka.
- Boleh mendapat gambar dan video lucah dengan senangKemajuan teknologi memberi kemudahan kepada kita untuk mendapat maklumat dengan senang.Sesetengah remaja telah menyalahgunakan kemudahan ini untuk mendapatkan gambar dan bahan lucah.Dalam kegairahan mereka menonton video-video lucah,mereka tidak sedar bahawa mereka menuju ke arah melakukan jenayah seks iaitu rogol.
- Tidak mempunyai pegangan agama yang kuatRemaja yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat berkemungkinan besar gagal dalam mengawal hawa nafsu mereka.Akibatnya,gadis yang tidak berdosa akan menjadi bahan korban demi memenuhi kepuasan penjenayah.
Kesan-kesan- Kesan buruk terhadap psikologi mangsa rogolApabila gadis itu dirogol,dia akan menghadapi masalah dari segi fizikal dan mental.Pertama,mereka akan berasa malu dan mula menghindarkan diri daripada orang ramai termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.Mangsa rogol akan menghadapi trauma dan mungkin tidak akan berkhawin akibat daripada peristiwa yang dihadapi masa dahulu.
- Masalah kesihatanSesetengah perogol mungkin mempunyai penyakit-penyakit seks yang berjangkit.Jika perogol itu menghadapi penyakit seperti AIDS malah mangsa rogol turut dijangkiti.Penyakit AIDS adalah penyakit yang tidak dapat diubati dengan teknologi masa kini.Oleh itu,mangsa rogol yang tidak berdosa ini terpaksa menanggung kepahitan ini.
Langkah-langkah- Penguatkuasaan undang-undangDemi mengurangkan gejala sosial ini berleluasa,polis harus menangkap perogol-perogol dan memberikan hukuman yang berat kepada mereka sebagai amaran keras kepada yang lain.Hukuman terhadap perogol harus diberatkan lagi agar mereka yang berniat untuk melakukan jenayah takut.
- Mengadakan kempen dan ceramahkerajaan memainkan peranan yang penting dalam memaparkan iklan yang berkaitan dengan akibat melakukan jenayah seks terhadap kaum lelaki.Bagi perempuan pula,ceramah yang diberi harus fokus pada cara melindungi diri mereka seperti berjalan berdua-duaan ataupun dalam kumpulan pada waktu malam,menggalak mereka belajr seni mempertahankan diri.
Pembuangan zuriat
Definisi
Dewasa ini,kita sering mendengar berita tentang bayi yang baru dilahirkan dibuangkan ke dalam tong sampah ataupun dibiarkan di tempat-tempat yang tersembunyi.Masalah ini makin hari makin serius dan telah menjadi salah satu masalah remaja.Perbuatan seperti dianggap berdosa sama ada kita melihatnya dari segi agama ataupun moral.Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 65 kes buang bayi dicatat pada tahun 2000 meningkat kepada 83 kes pada 2006. Daripada 83 kes itu, 79 membabitkan pembuangan bayi yang baru dilahirkan dengan empat lagi masih janin.Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006).Dengan merujuk kepada statistik yang diberikan oleh pihak polis,gejala ini mencatat peningkatan pada kebelakangan tahun ini.Demi membantu pembaca memahami apa yang sedang berlaku,kita akan mengkaji sebab-sebab,punca-punca,kesan-kesan,dan langkah-langkah untuk mengurangkan kes pembuangan bayi.
Faktor-faktorBagi setiap perkara yang berlaku tentunya ada sebab musabab dan masalah pembuangan zuriat juga tidak terkecuali.Berikut adalah sebab-sebab berlakunya masalah pembuangan bayi:
1. Kurangnya kasih sayang daripada ahli keluargaGadis remaja yang mengandung tanpa disedari membuang zuriat tersebut sebaik sahaja mereka melahirkannya.Hal ini disebabkan mereka kekurangan prihatin daripada keluarga dan menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa mendapat kasih sayang daripada teman lelaki.Demi memenuhi permintaan seksual daripada teman lelaki,mereka mengadakan hubungan seks dan mengandung.Untuk mengelak tanggungjawab perundangan, mereka melahirkan zuriat tersebut dalam keadaan bahaya dan membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan.Selain itu,keengganan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka berkahwin merupakan antara faktor remaja lari mengikut teman lelaki dan bersekedudukan sehingga hamil dan melahirkan anak
2. Golongan ini berpelajaran rendah dan lemah dari segi ilmu pengetahuan.Mengikut kajian yang dijalankan,gadis remaja yang terjebat dalam gejala ini tidak berpelajaran tinggi dan ada sesetengah daripada mereka tidak tahu tentang fungsi bahagian badan dan sistem reproduktif mereka.Hal ini akan meyebabkan mereka mudah tertipu oleh orang yang jahat untuk menjalani hubungan seks san seterusnya kemungkinan mereka mengandung dan membuang bayi tersebut adalah besar.
3. Tidak mempunyai pegangan agama yang kuatSelain itu,Remaja yang tidak berpegang kuat kepada agama akan mudah terjebat dalam maksiat yang tidak sihat.Demi wang,sesetengah daripada mereka sanggup melacurkan diri dan akibatnya mereka mengandung tanpa menyedari perkara tersebut.Seterusnya,mereka akan melahirkan bayi tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.
4. Hukuman yang kurang beratWalaupun ada di kalangan mereka yang sedar tentang akibat perbuatan itu tetapi mereka masih melakukannya.mereka berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan tidak akan memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada mereka.
Kesan-kesan
Pembuangan zuriat mempunyai kesan yang akan mempengaruhi pembangunan negara.Kesan-kesan pembuangan zuriat adalah berikut:
Peningkatan bilangan anak yatimAhamdulilah,sestengah bayi yang dibuang masih sempat diselamatkan jika ditemui tetapi nasib mereka akan menjadi pahit selepas itu.Dalam kehidupan mereka, mereka mungkin tidak berpeluang tahu siapa ibu bapa mereka dan kehidupan mereka diteruskan dengan mengadu kepada simpati orang ramai.Disebabkan oleh masalah kewangan,mereka juga tidak mempunyai peluang untuk belajar dan menyara anak-anak yatim ini merupakan kos kepada negara.
Cara mengatasi
Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:
1. Mengadakan kempen kesedaranDengan mengadakan kempen,remaja-remaja akan sedar akibat dan kesan pembuangan zuriat.Polis juga boleh memberi amaran keras kepada mereka semasa kempen dijalankan supaya perkara seperti ini tidak berlaku pada remaja-remaja tersebut.Pihak penganjur juga boleh menjemput doktor untuk memberi ajaran seks yang betul kepada mereka supaya mereka tidak menjalani hubungan sekd sesuka hati.
2. Iklan-iklan juga harus dipaparkan.Pihak-pihak media dengan kerjasama kerajaan terutamanya daripada kementerian kesihatan harus mengiklan tentang keburukan pembuangan bayi biarpun di akhbar,television ataupun di surat khabar.
3. Mempunyai pegangan agama yang kuatSelain itu,ibubapa harus mendidik anak-anak mereka supaya sentiasa beriman.Hal ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang akan membawa kepada mereka masalah pembuangan zuriat.
Keratan AkhbarMayat bayi ditemui terapung
KUANTAN 26 Mei – Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.”Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.”Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,” jelasnya.Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.
Pengambilan Minuman Keras
Definisi
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman keras atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk terutama sekali pada remaja kita masa kini. Masalah ini mempunyai tahap serius yang sama dengan masalah-masalah sosial lain yang melanda negara kita. Malah masalah ini kian hari kian meruncing.
Faktor-faktor
Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil minuman keras termasuk:
1. Pengaruh rakan sebayaRamai remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Jika mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka takut akan kehilangan rakan. Dalam realiti, rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
2. Iklan yang dipaparkanNamun pengiklanan arak dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat menarik. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan. Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan untuk juga menjual arak juga menarik perhatian remaja.
3. Mudah didapatiPenjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja tidak menghadapi kesusahan dalam mendapat alcohol pada bila-bila masa sahaja. Ini telah mendorong mereka untuk mengambil minuman keras dengan lebih kerap.
Kesan-kesan
Alkohol membawa banyak kesan negatif iaitu:
1. Memudaratkan kesihatan
Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.
2. Tahap kemalangan meningkatKebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu, kemungkinan yang besar bagi kemalangan untuk berlaku dalam keadaan mabuk.
3. Kelakuan di luar kawalan
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Mereka akan berkelakuan buruk.
Cara mengatasi
1. Peranan ibu bapaIbu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula bergaul dengan rakan sebaya untuk mencari keseronokan serta mengambil alkohol untuk melepaskandiri daripada permasalahan.
2. Kempen kesedaranKempen kesedaran harus dijalankan bagi menanam kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya para remaja tentang bahaya dan akibat pengambilan minuman keras. Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga sekolah supaya anak-anak sekolah mendapat pengetahuan tentang kesan daripada arak.Budaya Barat
Definisi
Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.
Contoh-contoh Budaya BaratBudaya Punk
Punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.Gaya hidup ialah relatif tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil dari kata "ideas" dan "logos" yang berarti buah pikiran murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat, waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek "jor-joran" yaitu manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata lain punk berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya masing-masing.
Pengaruh Black Metal
Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.
Budaya Hedonisme
Dalam kamus Collins Gem (1993) dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme adalah paham yang dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup semata-mata (Echols, 2003) . Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata.Seorang hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-perasaan yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-dapatnya menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian akan ada banyak orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi kehidupan yang kian hari semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat ini disatu sisi menawarkan berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan yang membanggakan namun di sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan memberikan bayangan keberuntungan dan kemajuan secara material dan fisik sebanyak dan setinggi mungkin. Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan manusia yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya mengalami kehilangan arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan