Jumaat, 26 Julai 2013

PERHATIAN KELAKUAN YAHUDI MAKIN TERIKUT OLEH UMAT ISLAM

Subjek Yahudi kini menjadi perbahasan semasa dan dalam penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi.
Antara lain sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.” - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim


Sebuah lagi hadis bermaksud: “Daripada Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w. menyerahkan baju besinya.” - Riwayat Al- Bukhari
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?” – Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961)
Berdasarkan ini, adalah tidak benar untuk menyatakan tidak boleh berhubungan (termasuk bermuamalat) dengan orang Yahudi; tetapi yang tidak bolehnya meniru perangai dan sikap orang Yahudi yang kini terkenal dengan rejim Zionisnya yang membelasah penduduk Palestin semahu-mahunya.
Cakaplah apa saja mengenai mereka, sombong, jahat, zalim, pembunuh dan sebagainya, mereka buat ‘dek aje’ (tak tahu).
Mereka tidak ambil ‘pot’ (kisah) jika seluruh dunia mengutuk mereka, yang mereka tahu kepentingan bangsa mereka didahulukan, diutamakan.
Namun sikap dan perangai Yahudi inilah yang semakin menular dalam masyarakat kita termasuk pemimpinnya. Katakan dan tuduh apa saja kepada mereka; pembunuhkah, meletupkan orangkah, berjoli katak dengan wang rakyatkah, penzinakah, perasuahkah, mereka buat pekak saja. Mereka tidak ambil ‘pot’ atas tuduhan itu, apa yang mereka tahu cita-cita mereka untuk ke puncak kemasyhuran dunia tercapai.
Sama seperti orang Yahudi (Zionis), orang Malaysia juga mula tidak ambil peduli apabila dilempar pelbagai tuduhan seperti meletupkan orang, mencuri laki orang, berzina dan merasuah. Mereka tidak pun berusaha untuk membersihkan nama mereka melalui langkah menyaman si penuduh. Orang Yahudi, biarlah apa dikatakan terhadap mereka, perangai mereka tetap sama sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Orang Malaysia pun mulai sama macam mereka, keras hati dan keras kepala, dulu, kini dan selamanya.
Sepanjang sejarahnya, Yahudi adalah bangsa yang melawan Rasul. Nabi Musa a.s. dilawan mereka, ada Nabi diusir mereka dan sesetengah Nabi seperti Nabi Yahya a.s. digergaji sampai mati oleh mereka.
Orang Malaysia sekarang ini pun apa kurangnya, orang yang perjuangkan hak rakyat mereka kenakan pelbagai tindakan.
Kenapa orang Malaysia kini berperangai macam Yahudi? Orang Yahudi tidak menjajah dunia seperti British, Sepanyol, Belanda, Portugis dan sebagainya. Tetapi mereka menjajah pemikiran penduduk seluruh dunia.
Shakespeare melalui karyanya The Merchant of Venice atau juga dikenali sebagai The Jew of Venice mengingatkan betapa liciknya orang Yahudi melalui watak Shylock yang mahukan mengerat daging Antonio selepas dia gagal membayar balik pinjaman yang diberikan si Yahudi.
Jadi Yahudi hari ini telah berjaya menerbos mereka yang tubuhnya bersifat bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya) dengan ‘meyahudikan’ pemikiran dan perangai mereka. Mungkinkah mereka melakukan ini melalui suntikan beracun yang kini semakin diheboh-hebohkan melalui pembabitan APCO Worldwide?
Benar batang tubuh orang Malaysia dilihat sebagai bersifat kebangsaan. Mereka bangga memperkenalkan tarian tradisional termasuk dikir barat di Washington, tetapi pemikiran dan perangai mereka menyerupai orang Yahudi.
Sebagai contoh mereka buat pekak badak sahaja, suara rakyat yang mempersoalkan pembaziran mereka ke sana tidak dipedulikan langsung, yang penting mereka perlu dilihat terhebat di seantero dunia.
Apabila perangai Yahudi diamalkan pemimpin, dikhuatiri penyakit amat bahaya ini menjangkiti rakyat. Tengoklah perangai rakyat sekarang ini sudah macam Yahudi. Bunuh orang, tetak orang, simbah asid, buang bayi malah bakar bayi, semakin menjadi-jadi. Siapa ajar semua ini?
Kebanyakan orang yang melakukan jenayah ini sudah buta dan keras hati. Mereka buat ‘dek aje’ sama seperti pemimpin yang didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk meletupkan orang. Semuanya buat-buat pekak, buta dan bisu samalah seperti sikap orang Yahudi.
Rakyat yang telah buta hati ini, cakaplah apa saja pada mereka, mereka tidak peduli lagi. Cakaplah rasuah berbilion ringgit, skandal itu skandal ini, mereka tidak ambil ‘pot’ pun. Cakaplah pemimpin itu dan ini (termasuk presiden parti kedua terbasar dalam BN) ada skandal seks, mereka tidak ambil peduli pun. Kalau ada pilihan raya, mereka tetap undi parti yang itu juga. Cakaplah apa saja, mereka tetap tang tu tang tu jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin